3 Sep 2006

Kerja Sekolah Cikgu Seksi

Esok dan lusa Kakak tidak perlu malah dilarang ke sekolah oleh gurubesarnya. Suka betul dia. Tapi dia dapat kerja rumah banyak.. padan muka dia. Petang tadi, bini aku upah akan bawa ke kedai barulah dia buat sikit.

Dulu masa aku sekolah, cikgu Bahasa Inggeris aku graduan yang balik dari luar negara tapi tak dapat kerja dalam bidang yang dia belajar. Entah macamana, dia jadi cikgu aku. Seksi gila. Dia boleh pakai baju kurung kedah yang nipis dan jarang semasa mengajar di sekolah yang 100% lelaki. Bahagian badan dia yang tidak kelihatan cuma di bahagian baju dan kain bertindan. Kalau ada yang tak tahu, baju kurung kedah, bajunya singkat. Bawah sedikit dari bontot sahaja. Maka korang bolehlah bayangkan setakat mana yang kami nampak semasa dia mengajar Bahasa Inggeris Tingkatan 3!

Ok.... sekarang berhenti bayangkan badan cikgu aku tu!

Kembali kepada kerja sekolah anak aku. Ia adalah salinan fotokopi dari buku yang tidak diketahui siapa penerbitnya. Sila lihat gambar di bawah.



Gambar berikut pula menunjukkan buku tulis sekolah Kakak dilekatkan dengan salinan fotokopi dari buku yang juga tidak diketahui siapa pengarangnya.



Ini pula adalah buku kerja tambahan yang dimestikan setiap ibubapa membelinya bersama-sama dengan buku teks dan buku kerja.



Persoalannya adalah... Mengapa aku dan ibubapa yang lain diwajibkan beli buku kerja tambahan itu tetapi tidak sekali pun pernah disuruh bawa ke sekolah? Pada masa yang sama, mengapa salinan fotokopi dari buku lain pula yang digunakan oleh guru sehingga anak aku perlu sentiasa memastikan bekalan gam ada dalam beg sekolahnya?

Baik.. kini kita kembali kepada guru Bahasa Inggeris aku yang sungguh seksi tadi. Walaupun dia seksi, aku tetap ingat apa yang dia ajar. Dia kata.... If it doesn't sound right... the sentence must be wrong!. Masalahnya, kalau kita sudah sedia mahir berbahasa Inggeris, memanglah kita tahu sesuatu ayat itu betul atau tidak. Mujur aku sudah sedia mahir pada masa itu hahahaha.

Sekarang aku nak kaitkan kerja sekolah anak aku dengan ajaran guru Bahasa Inggeris yang seksi itu. Sila lihat gambar di bawah. (Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)



Aku tidak ada masalah dengan soalan 1. Soalan 2 yang buat aku musykil. Count and choose the correct number word? It does not sound right, does it?

33 comments:

Raiedzall said...

Tak dapat konsenterate la.. asyik nak membayangkan cikgu seksi tu... ;P

Aku Bukan Bidadari said...

hmm.....

~ GAB ~ said...

Precisely Lan, the juxtaposition of the sentence is amissed. It can easily corrected as,

"Count and choose the correct number IN word"

By the way, while typing that out, like Raiedzall, I still cannot help it but to fantasize over the sexy teacher in baju kurung kedah. hehe

Syikin said...

heheh...jauh langkauan imaginasi para lelakikan???

budak2 thn 6 dah start UPSR ya?

saya plak, anak malas or lambat siapkan homework kena denda tak blh guna komputer or tgk kartun feveretnya hehe.

syukurlah anak saya mmg menggunakan semua buku tambahan yg diarahkan beli. kalau tak mmg nak kena sound.

amanitium said...

sampai mana ek boleh nampak? sampai mana ek?

[air meleleh]
oi! air liur lah! haha.

Kenny Ng said...

Memang blur baca soalan tu, mengapa tak terus tanya seperti soalan 1? Gua pun tak faham zaman sekarang, dulu gua tak perlu beli buku latihan tambahan pun, tapi zaman sekarang dipaksa beli. Semua nak bikin duit saja.

Tok Rimau said...

Tampal gambar cikgu seksi kat sini bang. ha ha ha.

Lan Rambai said...

raeidzal, gab dan amanitium... korang memang imaginasi tinggi.. tengok si kenny ng tu.... walau dia lelaki, dia tak tergugat oleh baju kurung kedah cikgu seksi itu hahahaha
bukan bidadari.. hmmm tu maksudnya.. berfantasi juga ke? hahaha
syikin... upsr saya tatau stat bila... sebab anak saya tak perlu ke sekolah saya dah tak ingatlah.. sebab upsr kot.. tapi cuma 2 hari jer.. entah.. mungkin hari lain, tahun lain pulak yg diberi cuti agaknya.
Kenny... konon nak tekankan jawapan in words kot.. atau kalau sama jer soklan ngan soklan 1, tak best ahh. last-last tah apa2 punya ayat yg kluar.

Lan Rambai said...

tok rimau... mana bleh letak gambar dia.. nanti imaginasi kamu semua jadi kurang enak pulak hahahaha

dugongsenyum said...

Pak Abu tutup mulut tu nanti lalat masuk.

Hahaha

esis said...

huuuuu seksi,,, seksiiiinya. huhu. dah dapat bayang dah...

yus said...

cerita sebenar yang nak di sampai tak masuk kat otak di sebabkan cerita guru seksi....hahaha. Mungkin salah print masa publish buku tu kot.

kOmEnG hEnSeM said...

cikgu seksi ko tu lebih kurang mcm jeniper lopeh or mcm oprah???...

ontahsapo said...

aku masih membayangkan baju kedah dan cikgu tuuu...

MAMARISYIA said...

seksi sangat cikgu tu :(..ke ko jer yang suka dok imaginasi keseksian dia tu?

Ayu said...

adehhhh tergelak beso aku.. memula cikgu seksi pastu buku kerja anak.. puas aku cuba kaitkan apalah yg ko nak sampaikan ni.. last2 nya baru aku dapat hehehehe

nanti aku tanya Along aku tuh sapa cikgu seksi ituh hahahahaha

Lan Rambai said...

dugung.. mulut pak abu mana bleh tutup hahaha
esis... ko dapat bayang jer lahh hahaha
yus.. awak pun terganggu oleh cikgu seksi tu jugak hahaha
komeng... terpulang pada camna bayangan dan fantasi ko hahaha
Ontah... ko belikan kain dan suruh bini ko buat baju kedah utk raya ni hahaha
MR.. aku tak yah imagine.. aku tengok sendiri hahaha
ayu... nama cikgu tu sama ngan nama along ko tu!

kemat said...

aku cuba bayangkan cikgu seksi berbaju kurung kedah jarang tu..tapi asyik terbayang cikgu aku yg berskirt pendek itu..(yg lebih pndek dari boxer aku)

Anonymous said...

Meleleh air liur aku. Bila makan me bandung muar. Mesti bulat-bulatkan bentuk kat belakang dia. Buntut kuda.

Aku tak dapat bayangkan cikgu seksi tu. Tapi aku tipu ngko...

Anyway, masa sekolah dulu-dulula. Mak aku akan check aku punya besg tiap kali balik sekolah. Cek mana yang perlu ditampal, mana yang perlu disiapkan. Bersama lidi kelapa yang baru diambil. 3 urat lagi.

Tapi skang, mak bapak dok tgk kesalah buku. ekekes. Bagus juga. Mak bapak skang berpandangan luas dan jauh. Pendidikan memartabatkan bangsa dan negara. Yayyyy....

Ishhh blogspot neh byk bug betulla...

Azhar Ahmad

Sikenit Comel-AminBakish said...

en lan ni mmg mempunyai pandangan yang tajam... yang seksi pun ye.. yang salah pun ye.. :)

13may said...

cikgu yang seksi dapat menghilangkan rasa boring dlm kelas,pelajar rajin datang kelas, pelajar rajin bertanya(soklan ntah hapa2 punya) and last sekali...pelajar boleh....ahhh...xyah bgtau la kat sini:)

Lan Rambai said...

kemat.. yg berkain jarang lebih best utk dinikmati hahaha... skirt terus nampak.. tak thrill!
azhar... bukan sesaja nak carik kesalahan buku.. sambil chek nampak... buku tak bernama pulak tu
kenit... saya memang jenis tajam hahaha
13May... kalau semua cikgu camtu... ahh xyah bagitau la kat sini hahaha

blackpurple said...

Sapa nama cikgu tu Lan..mana tau aku kenal ke..? hehehe..

Lan Rambai said...

nama cikgu tu dirahsiakannnnnn. kalau bgtau nama, nanti ada yg google pulak!

Pegawai Khalwat said...

Alahh.... cikgu tu pun dah tua Lan, kalau bayangkan masa hang Tingkatan 3 tu ok la. Kalau bayangkan masa la ni......

Izhal said...

jawapan dah betul tu... heheh... macam bahasa inggeris jepun plak la...

dulu saya pensyarah BI saya di maktab pun menyegarkan... juga graduan luar negara dan suka berbaju kurung kedah...

baju kurung kedah patut dijadikan baju kebangsaan la... hahah... tak pun baju kebaya ala Saloma...

Sastri said...

err...err... Sas pun penah pakai camtu rasanya masa mengajar bebudak kat UiTM...

Mazudi said...

Tah tah yg tulis buku yg dipotostat ni classmate ko masa tu. Time dia tulis tu dia ter imagine keseksian cikgu B.I ko tu. Hihi.

sinaganaga said...

Seksi? Uuuu... kau maksudkan aku ke? Uuuu...

KAMATO said...

cikgu pakai seksi nak bagi semua budak pandai, termasuk jugak lan..

BooK said...

saya anak muda yang masih innocent. jadi imaginasi saya terhad. haha.

oit.
aku cakap english ikut sedap je. asal boleh je. tak de orang nak gelak pun. orang melayu je yang gelak kan. mat saleh tak gelak kan pun.

sempoii said...

tak baik tau ngk cikgu seksi..kalu imagine takper..huhuhu

Lan Rambai said...

khal...sapa suh hang bayangkan zaman la ni
izhal.. kat jepun english camtu ek?
sast.. yang nipis dan jarang jugak ker?.. hahaha
mazudi.. mungkin juga ekkkk
naga.. ko tu dah tua lah.. dah tak seksi dah haha
kamato.. makin teruk english aku time tu adalahh
book.. cakap memang memang boleh ikut sedap jer.. tapi ini kerja rumah anak aku lahh...
sempoi.. dorang jer yg dok imagine.. aku tgk sendiri (dan masih jelas lagi di kepala hotak aku ini hahahaha)