30 Jun 2006

Takda Otak

Hari ini hari Jumaat. Hari yang aku janjikan ada entri baru selepas bercoti-coti malaya di Kota Kinabalu. Aku ada terlampau banyak benda yang nak ditulis.. terlalu banyak.. hingga aku tak tahu nak tulis apa. Oleh itu aku cadang nak upload gambar je. TAPI..... aku lupa bawak kable usb camera aku tu.... so tak boleh nak tranfer gambar ke pc ni.

Akhir sekali.... otak aku masih berehat dan masih di Sabah walaupun secara zahirnya aku berada di pejabat. Sekian untuk kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Jun 2006

Halallllllll

Esok kat opis aku ada game bowling jam 12 tengahari. Betulll.. 12 tengahari. Memang begitulah cara-cara untuk menggantikan kerja-kerja yang sepatutnya dijalankan pada hari Sabtu kedua atau keempat dulu. Sekarang Sabtu dah tak kerja... jadinya kerja penting itu terpaksa dibuat waktu tengahari hari Isnin. Sian akuu.. kena main bowling masa aku patut tido!

Selasa pulak aku nak bercoti-coti di KK dengan family. Naik kapalterbang paling morah di dunia itu. Mana tak morahnya.. dorang boleh guna duit airport tax yang aku bayar 6 bulan dulu tu utk macam-macam benda. Ya.. aku bayar 6 bulan yang lepas pada mereka dan mereka hanya akan bayar pada MAB sekarang. Bijak tak mereka? Bijak kan. Kalau mereka tak bijak macam company yang satu lagi itu, pasti aku tak mampu nak bawak family aku ke KK!

Rabu ini pula... adalah hari paling penting dalam hidup kita semua. Apa dia? Tak tahu lagi? 28 Jun 1998 adalah hari aku dihalalkan untuk buat anak! Ya.. sudah 8 tahun aku menceburi bidang itu. Buat Black Purple dan Sastri.... jangan tunggu lama-lama.... nanti lama-lama... (kepalahotak aku ada macam-macam idea untuk diletak di sini tapi aku tak sanggup taip hehehe)

Kesimpulan kepada entri ini ialah.. Hari jumaat minggu hadapan, baru akan ada entri lain dari aku. Aku tak nak lah jadik macam Tiara yang menghilangkan diri senyap-senyap dan tetiba buat entri suruh laki dia tunggu dia pulang atas katil. Kot ya pun.. suruh lah laki dia tunggu kat airport ker stesen bas ker atau kat pagar rumah dulu kan hahahaha.

Selamat berbowling untuk aku dan Kota Kinabalu.... aku cabar kau....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Jun 2006

Kisah Jiwang Karat 2

Lan sayangkan Sayang,
Lan rindukan Sayang,
Lan cinta sangat kat Sayang...


Begitulah 3 ayat keramat yang selalu ku ucapkan di telinga mu. Sejak hari pertama kita confirm jadi pakwe makwe... kita sering berbalas ucapan yang sama....tiap kali mengakhiri surat cinta kita, tiap kali mengakhiri gayutan cinta kita (gayut kat telepon ya!), tiap kali mengakhiri dating kita, pada malam pertama kita, pada setiap bulan madu kita, ketika dirimu di labour room melahirkan anak-anak kita dan banyak ketika-ketika lagilahhhhhhh senang cerita..

Demi cinta kita itulahhh.. aku sanggup serahkan remote control Astro rumah kita sejak 2 minggu ini kerana aku tahu.. Sayang lebih teruja untuk menonton CSI daripada tengok bola.. dan aku.... takpa lahh.. biar lah aku sahaja yang beralah....

Mamakkkkk... hujan lebat mana pun aku tetap akan pergi ke kedaimu... kerana.. demi cintaku padamu Sayang.... tak akan aku benarkan World Cup ini mengganggu Sayang menonton AXN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Jun 2006

Kawasan D

Aku suka bola. Tapi tidak ada entri lagi dari aku pasal world cup selain dari yang ini. Entri ini juga bukan untuk ulas kenapa England masih belum berjaya kalahkan Sweden dalam World Cup sejak 40 tahun lepas. Entri ini adalah untuk menguji. Korang tahu tak fungsi kawasan D depan kotak penalti seperti dalam imej di bawah? Kalau aku cakap.. kalau tendang dari situ bola masuk dalam gol tak kira korang percaya tak?



Nota - Aku tahu apa fungsi kawasan D itu sejak dari sekolah rendah lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Jun 2006

Abang Kecik

Pagi semalam aku ada 2 komitmen. Nak kena jadi pengadil untuk Street Soccer Remaja Al-Hidayah dan juga nak bawak bini pegi check-up kat Pusrawi.

Aku cakap dengan bini, pagi-pagi aku mesti pergi ke surau dulu untuk buat undian dan kemudian beri penerangan pada budak-budak tu tentang peraturan pertandingan. Briefing tu dijangka dibuat jam 8.30 pagi.. jadi elok sangat ahh selesai briefing aku balik dan bawak bini ke klinik tu sebab klinik buka jam 9. Harapnya orang tak ramai dan aku dapat segera kembali bertugas di surau.

Walaubagaimanapun, rancangan hanya tinggal rancangan jelahhh. Pukul 9 baru mula briefing tu. Lepas penerangan selama lebih kurang 10 minit, aku dapati kawan aku yang dah ditugaskan untuk jadi pengadil sementara aku nak ke klinik tu masih belum sampai lagi. Hampehhh... aku pun tengok jugak Rep Chech kena belasah dengan Ghana sampai pukul 2 pagi tapi masih boleh bangun awal jugak.

Pukul 10 pagi baru nampak kelibat mamat tu. Aku pun terus serah wisel kat dia dan merempit balik ke rumah. Tak sabar rasanya nak tengok kandungan rahim bini aku bila di "scan" nanti. Kamera pun aku bawak untuk aku amik gambar still dan video pada screen monitor tu kalau-kalau doktor tu tak boleh nak produce.

Tiba di klinik, Alhamdulillah orang tak ramai. Tunggu dalam 20 minit dapatlah jumpa doktor. Doktor tanya latar belakang dan sejarah kemengandungan bini aku sebelum-sebelum ni dan akhirnyaaaa... "Sila baring kat atas katil tu" minta puan doktor. Aku pun menyebuklah berdiri dekat-dekat skrin monitor di sebelah katil tempat bini aku diskodeng isi rahimnya.

Belum sempat aku nak tanya doktor kalau-kalau boleh dapat gambar scan tu ke... semangat aku terus luntur bila aku dapati imej yang dipaparkan sama seperti imej yang aku lihat lebih kurang 3 bulan lepas aku kahwin dulu (1)... Reaksi doktor ini juga sama seperti dulu....saiz kandungan terlalu kecil dari yang sepatutnya.

"Saya bagi awak makan ubat ni dulu dan kita beri sedikit masa untuk ia membesar. Dua minggu lagi awak datang balik"

Bagi aku, aku tahu buat masa ini... Adik masih lagi anak aku yang bongsu dan panggilan Bang Cik (Abang Kecik) untuknya terpaksa ditangguhkan dulu.


UPDATE pd 4.25pm

Tambahan nota kaki

(1) Satu minggu lepas scan 3 bulan lepas kahwin itu, bini aku terpaksa buat D&C untuk membuang kandungan yang tidak menjadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Jun 2006

Aku Boss

Aku tak sangka betul. Tak sangka ada Lanrambai lain di dunia ini. Selama ini aku sangka aku seorang jer pakai nickname tu. Cik AnitaA meroyan telah menyedarkan aku bahawa nama itu bukan hak aku seorang. Orang itu pernah menjadi boss kepada Wan Azham. Orang itu mempunyai lubang hidung yang kembang. Orang itu mempunyai jari yang jegang....err... apa maksud jegang ek? Orang itu juga sudah kematian abahnya. Orang itu mempunyai seorang kawan yang selalu meroyan sehingga sanggup memanggil anak Lanrambai itu baghral kelohom. Sayang sekali.. Cik AnitaA ini hanya pandai meroyan di blog orang tapi takut memperkenalkan dirinya. Email yang diberikan tidak ada Anita yang menghantar surat meminta kepastian adakah Lanrambai penulis blog ini adalah orang yang sama dengan boss Wan Azham itu.

Wahai Cik Anita.... saya tidak kenal siapa Wan Azham. Saya tidak pernah menjadi boss kepada Wan Azham. Saya kurang periksa sama ada lubang hidung saya kembang. Saya tidak tahu makna jari jegang... jadi tak dapat nak berikan maklumat tentang hal ini. Abah saya telah meninggalkan saya pada 20 Mac 1988. Saya takkan ambik kesempatan mengecas bateri saya semasa memandikan anak perempuan saya. Saya juga tidak sebodoh Pak Pandir yang memandikan baby dalam kawah mendidih!

Wahai Wan Azham. Cik Anita kata kamu sering menjenguk di blog ini dan blog Sinaga. Tapi kenapa hanya berkirim salam melalui Cik Anita ini? Kenapa tidak anda sendiri yang menyampaikan salam anda sendiri? Apa kata kalau anda yang memperkenalkan diri anda kepada saya? Mungkin saya terlupa akan kehadiran diri kamu... walaupun setakat ingatan saya sekarang tidak ada memori langsung mengenai sesiapa yang bernama Wan Azham.

Setelah membaca entri ini di blog Abdullah Jones... aku jadi makin bingung. Adakah AnitaA meroyan ini orang yang sama dengan tukang komen Anonymous yang mengakhiri komennya dengan nickname Puteri? Adakah Puteri ini orang yang sama yang memberi komen sebegini:

Putihalibutapasalpantangnampakmustihina said...

Azalan Hussain makan ubat penenang, penah masuk wad neurologi(sakit otak ke weh?)
Oit oit! Wad giler tanjung rambutan kosong satu katil untuk kamu!

1:16 AM

makangajibutakenabuangkejakesianyer said...

Ermm..rakan sekerja diDawama terutama wan azham,kirim salam,katanya dia mengidap penyakit sawan babi keturunan.



Dawama? Wan Azham? Rasa macam pernah dengar nama tu.. tapi di mana ya.. ehh.. kat msjbox aku rupanya. Aku pernah jadi Boss Wan Azham di Dawama ke? Gilosss.. aku ini kerja bidang tukang-tukang bikin rumah, masjid, pejabat, jalanraya dan kini hanya tumpukan pada sungai. Apa barang aku nak jadi boss Wan Azham kat Dawama? Yang aku tahu pasal Dawama ni dorang jual buku dan sama-sama buat heboh dengan TV3. Aku kerja dengan buku? ohhh tidak.. Aku Bukan Boss pun aku tak beli-beli lagi.

Sekarang ini.... yang aku pelik sangat... apa kaitan aku dengan Sinaga dan Dollah Jones?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Jun 2006

Kakak Pakar Menembak

3 Minggu Lepas

"Ayah, Kakak dapat nombor 4 kat sekolah petang"

Pandai jugak anak aku rupanya hehehe.... aku belek-belek kertas jawapan dia... "Kakak pandai ke baca jawi ni?"

"Tak.. Kakak tembak jer"

Ahh sudahhh.. pandai benor anak aku menembak kalau macam ni.


Malam Tadi

Terkujat aku tengok kertas jawapan peperiksaan sekolah pagi Kakak. Agama Islam dengan Matematik je yang lulus... yang lain hancurrrr. Aku tanya dia kenapa teruk ni.

"Kakak tembak tak kena lah tu" selamba jer dia jawab.

Bilalah anak sulong aku ni nak rajin membaca ni??? Tadika 2 tahun. Aku tahu dia boleh baca tapi dia tak nak baca. Mungkin sebab dia terpaksa mengeja perlahan-lahan dulu... tu yang buat dia malas tu. Kalau mengira ok jer... tapi...

Take away 5 from 9 = 14

Alahaiiii.. ni yang aku tension ni.. anak aku bukan tak tahu kira.. tapi dia tak paham apa dia take away tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Jun 2006

Menyesal

Pagi.

"Sayangggg.. bangunnn. hari ni kakak dah mula sekolah baliklah"

Arghhh... rasa macam baru je lelap dah nak kena bangun dah?

"Kakak pergi mandi dulu cepat". Aku... lelap balik.

Nyesalnya aku tido lambat malam tadi.


Malam.

GOLLLLLLLLLLL!!! Dah mata aku memang tak boleh lelap.. aku tengok lah bola ni sampai habis!!!


Pagi.

Menyesal lagi tidur lambat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Jun 2006

Touch n Go Tips

Tip 1 - How To Reload Faster

- Pastikan baki nilai kad bawah RM1
- Kalau que lorong reload pendek.. beratur jelah macam orang lain
- Kalau que lorong reload panjang - JANGAN ikut sama orang lain yang lurus bendul itu
- Terus pandu ke lorong Touch N Go di sebelah lorong reload
- Buat macam tak tahu baki kad tak cukup
- Bila palang tak naik-naik, suruh kawan sebelah keluar dari kereta dan pergi reload di lorong reload kat sebelah.
- Sambil melihat kawan anda berjalan itu... lambailah tangan anda ke belakang meminta maaf pada deretan kereta yang menjerit-jerit memaki anda
- Bila dah touch kad yang dah penuh dengan duit... tunjukkan isyarat jari hantu anda sebagai tanda terima kasih atas kesabaran mereka yang dibelakang anda itu.
- Pandulah dengan selamat.... kalau boleh pecut laju-laju.. takut yang di belakang anda tadi ingin membalas lambaian jari hantu anda tadi


Tip 2 - How To Save on Tol Payment Using Smart-Tag

- Masuk ke PLUS Hiway.. buat macam biasa... pastikan Rangkaian Segar tahu anda masuk ke hiway tu.
- Pastikan ada kereta yang ikut kereta anda dalam jarak tak sampai 2 meter semasa menghampiri lorong smart tag untuk keluar dari hiway
- Pastikan smart tag anda sendiri dicabut baterinya/rosak/masuk air.. paling senang sorokkan bawah seat.
- Palang tidak akan naik seperti biasa.. tunggu sampai betul-betul di palang...
- Sementara itu.. kereta di belakang anda akan sampai di sensor dan smart tag beliau akan berbunyi "tit"
- Palang naik dan di skrin akan menunjukkan baki kad kereta di belakang anda.
- Palang akan turun sebaik sahaja anda melepasinya dan menyebabkan orang lain terkandas.
- Teruskan perjalanan anda ke One-Utama dan tengoklah wayang bersama isteri anda yang tercinta
- Selesai berdating.. balik guna hiway yang sama.
- JANGAN guna lorong Touch n Go atau Smart Tag!
- Pastikan anda melalui lorong tol si Markonah dan ambil tiket sambil tersenyum manja pada beliau
- Keluar dari hiway guna lorong Smart Tag.. pastikan Smart Tag anda telah kembali berfungsi.
- Singgahlah makan di mana-mana menggunakan duit yang anda jimat daripada menbayar tol itu tadi

NOTA PENTING 1 - pastikan anda masuk dan keluar di tol yang berasingan
NOTA PENTING 2 - pastikan pesan isteri anda untuk tidak membuang tiket tol yang sukar diperolehi itu
NOTA PENTING 3 - Aku tak tahu bila Kisah Jiwang Karat aku tu akan disambung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Jun 2006

Kisah Jiwang Karat

Khamis 12.35 t/malam

Bosannya akuuuuu.. dah dekat nak mula World Cup ni, decoder Astro aku buat hal pulak. Langsung tak keluar apa-apa pun.. hampeh betullah. Nak kena keluar duit le jawabnya. Sebelum ni memang dah selalu menatang tu buat hal tapi taklah sampai shut down terus sejak aku balik kerja sampai sekarang macam malam ni.

PC aku pun satu hal jugak. Internet kat umah aku ni pakai USB Wifi Adapter. Kitaorang share 30 orang guna Streamyx Enterprise ke apa tah namanya tah… letak kat rumah Arif dan pancar pakai Wifi melalui antenna buatan sendiri yang dipacakkan di puncak surau. Masalahnya sekarang, USB port aku tu tah apa kena tah, selalu “hilang” ghaib tetiba jer. Kekadang dapatlah dalam ½ jam melayari sesawang ni… tapi yang selalunya dalam seminit dua jer terus hilang connection. Kalau rosak betul-betul mesti tak boleh dapat connection langsung… ini kejap ada, selalunya tak ada.. arghhhhhhhhh

Mata aku tak ngantuklah pulak.. semangat nak World Cup le katakan…jadi aku taiplah entry aku ni guna Words. Tak tahulah bila dapat publish kat blog. Nak kacau bini… dia tengah demam lah pulak… Ganti tempat Abang yang dah sembuh tu. Abang seronoklah.. boleh bergusti balik dah. Aku?? Arghhhh… Bini aku pun dah start tak lalu nak makan dah ni.. terutamanya ayam. Tiap kali ada isi dalam perot dia tu mesti tak selera tengok ayam. Apsal ek? Nasib baik aku sentiasa selera tengok dia ekekeke.. melalutlah pulak aku ni.

Sejak bukak blog ni… aku rasa tak pernah aku tulis panjang-panjang. Rasa macam menyusahkan orang jer kalau nak kena baca apa yang aku tulis kalau aku karang panjang-panjang. Tapi kali ni.. siaplah korang…. Aku nak tulis seberapa panjang yang boleh ekekeke… sampailah mata aku ni menyerah kalah pada sinaran monitor pc ni. Korang nak baca sampai abis lagi bagus. Kalau tak larat…. Korang boleh copy paste ke word ker.. dan print cantik-cantik. Buatkan kulit sekali.. lepas tu buat spiral binding ke stapler binding ker… baca masa kat atas katil sebelum korang tidor. Kalau malas jugak nak baca.. letak bawah bantal tu dan tepuk 3 kali sambil ko jerit nama aku kuat-kuat. Aku akan cuba untuk masuk dalam mimpi korang dan tolong bacakan…

Korang ingat tak bila kali pertama korang jumpa bini/laki/awek/balak/kekasih/janda/duda korang? Aku? Mestilah aku ingat.. kalau tak, takkan aku tanya soalan tu. Tarikhnya 20 Oktober 1995. Ya… dah hampir 11 tahun aku kenal bini aku. Macamana aku jumpa dia? Ermmmm.. kisahnya begini…..

Pada suatu masa dahulu…. Aku cuba nak ngorat budak junior aku... tapi….ngoratan aku gagal sepanjang aku study dulu. Namun, masa aku dah kerja kat KL dan dia masih belajar kat JB, aku yang gigih berusaha ini tetap cuba nak ngorat dia. Manalah tau.. bila dah ada kerja ni.. baru dia nak terima aku. Masa aku study dulu… nak makan nasik pun selalu duit tak cukup…. nak belanja dia makan.. ermm jauh sekalilah. Aku cuma gunakan kata-kata aku dan kehenseman aku jer untuk ngorat minah tu. Moga-moga berkat titik peluh aku sendiri ni akan membuka pintu hati S untuk menerima diri ini…. chewah.. macam novel remaja lak entry aku kali ni.
Sampai sekarang aku tak tahu adakah dia pernah menerima ngoratan aku tu… Sebabnya…. Kalau aku telepon dia…. Asyik aku jelah yang bercakap.. dia cuma ah..ah..ah jer…. Bukan arghhhh..arghhhh..arghhh ya! TETIBA…… dengan takder apa-apa petanda atau petunjuk.. dia call aku… buat pertama kalinya dalam hidup dia, dia call aku!!! Warghhh.. bestnyaaaaaaaaaaa. Kalaulah dia suruh aku turun JB jumpa dia pada masa tu… gerenti akan aku tinggalkan kerja aku serta merta dan terus menuju ke Puduraya untuk menemui dirinya… masa tu mana ada kereta lagi.. takkan nak naik EX5 sampai JB?. Rupa-rupanya….. dia nak mintak tolong carikan maklumat untuk tugasan dia. Ermmm.. takpelah.. maknanya ada jugak guna aku pada dia… Aku janji untuk tolong carikan maklumat tu dan memaklumkan bahawa aku sendiri akan menghantar benda alah tu guna tangan aku. Dia suruh guna tangan Pos Malaysia jer.. tapi aku tetap dengan pendirianku. Tangan Pos Malaysia tak best kata aku. Sukahati awaklah.. jawab dia sambil ketawa manja.

Selidik punya selidik… dapatlah aku jumpa sumber maklumat yang dikehendaki tu. Petang itu…. ya petang dua puluh haribulan Oktober sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh lima yang bersejarah itu… aku bersama Mok yang sedang membuat praktikal di firma tempat aku kerja, beriringan menuju ke Melawati dari Subang Jaya menggunakan motor cub kami. Aku naik EX5 aku… dia bawak EX5 dia. Hujan lebat tak diendahkan sebab aku pakai baju hujan. Si Mok malu nak pakai baju hujan.. tak macho katanya… (percayalah.. ada yang anggap lepak bawah jambatan semasa hujan adalah lebih jantan daripada memakai baju hujan!!) Sebenarnya hujan tak ler lebat sangat pun.. jadi si Mok ni takder lah ajak aku lepak bawah jambatan petang tu. Sampai kat Setapak.. dia gelakkan aku sebab kat Setapak panas terik. Aku sorang jer yang bawak motor pakai baju hujan…. Masa ni aku pulak yang terasa bengong tapi tak kuasa aku nak berenti semata-mata untuk bukak baju hujan tu…. Kalau tetiba hujan balik, nak kena berenti lagik.

Selepas bermotosikal secara bersaing-saing dan sesekali membuat pacak..(hat ni aku tambah cerita sebab aku tak pernah berani nak buat aksi giler sebegitu) akhirnya.. lebih kurang jam 7 malam, kami selamat sampai di pejabat kawan Mok. Kawan Mok ni lah yang menjadi sumber kepada maklumat yang aku carik tu. Lupa nak cakap pulak tadi, Mok juga perlukan maklumat yang sama seperti minah yang bernama S tadik. Dah tak ingat sapa S pulak? Gi baca dari mula balik ekekeke.

Rupa-rupanya kawan Mokh ni perempuan… “Kenalkan.. ni Emy…. ni Lanrambai”. Entah kenapa…. Hati ini terasa seperti disentuh semasa aku pertama kali menatap wajah itu. Rasa berdebar yang amat sangat. Macam pernah aku rasa sebelum ni.. tapi di mana ya? Ohh…. Aku letakkan hujung jariku di leher dan aku membilang jumlah denyutan nadiku selama seminit… ternyata.. inilah denyutan yang paling laju pernah aku rasa. Denyutan gelabah dan gumbira tak tahu kenapa. Adakah disebabkan oleh senyumanmu wahai kawan Mok? Sungguh manis sekali senyumanmu kala itu kurasakan. Keceriaanku sejak pagi kerana berjaya mencari maklumat yang dikehendaki S tiba-tiba bertukar dengan keterpesonaan aku menatap wajah mu Emy! Bukan setakat wajah.. malah.. langkah penuh sopan-santun dan adab tertib dirinya membuatkan aku terus melupakan S yang ada ciri-ciri ganas sedikit. (Dah jumpa yang lain baru perasan S tu ganas hahahaha) “Woi! Hang nak ke tak nak ni?” Terkezuttt aku diterjah si Mok. Mestilah nak.. takkan datang jauh-jauh tak ambil pulak dokumen tu. Lagipun aku telah berjanji dengan seorang rakan lain untuk ke JB pada malam itu jugak. Dah kebetulan dia nak ke JB jumpa awek dia, aku nak tumpang lah.

Kami melangkah pergi meninggalkan pejabat kawan Mok tu. Semasa sedang memakai helmet… Mok usik aku suruh ngorat kawan dia tu. Aku cuma senyum jer… senyum malu ahhhhh. Dah siap nak merempit balik, kami menuju ke destinasi masing-masing. Mok balik ke Shah Alam. Aku terus ke Pandan. Kepalahotak aku dok menayang kembali senyuman si Emy tadi. Alhamdulillah….aku selamat sampai ke Pandan 20 minit kemudian. Kat Pandan ni rumah kekawan study aku. Mamat yang aku nak tumpang tu bukan tinggal kat situ pun tapi kat situlah tempat bertemu yang dipersetujui sebab aku tak tahu rumah dia kat mana. Sementara menunggu supir aku datang… sambil menghisap rokok… “Aku jumpa awek yang bakal buat mak aku suka lah tadik Kecik… Rasa malas pulak nak gi JB ni”. Kecik hanya sengih jer dengar cakap aku tu.

Tetiba telefon rumah tu berbunyi..(ni zaman handphone hanya untuk yang kaya-raya dan tak malu nak bawak handset besor gedebuk disamping bateri spare dalam poket depan) “Lan… kereta Atuk tayar pancat lah…. Dia tak jadik gi JB”….. Tak tahu kenapa.. aku jadi gembira mendengar perkhabaran itu. Bukan aku gembira kawanku ditimpa kesusahan nak tukar tayar pada malam itu.. bukannnn…. Aku gembira kerana aku tak jadi ke JB dan hantar dokumen tu. Tetiba aku rasa…. “Ahh.. Si S ni bila nak gunakan aku barulah carik aku… selama ini dia tak pernah endahkan pun wajah tampan aku ni… lantak ko lah…malas aku nak bagi benda ni.” Sejak malam itu… aku tak pernah hubungi S lagi. Dia ada menelefon beberapa kali bertanyakan maklumat yang dia mintak tolong tu… tapi aku tipu dia hidup-hidup. Aku kata aku tak dapat hahahahaha…. Baru padan muka dia.

Alamak.. panjang lagilah cerita aku ni…. Tak larat ahhh nak tulis lagik. Lain kali sambunglah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Jun 2006

Kerja

Kenapa setiap kali aku call ko untuk ajak datang diskas pasal kerja ko yang tak betul tu, ko mesti nak ajak aku keluar makan pulak? Kalau ko tu awek muda cun melecun takpelah jugak... ko tu dah tahap apek tua tau tak? Ko ingat kalau setakat ko belanja aku lunch kat tempat orang banyak duit makan tu, aku takkan potong benda-benda ko yang tak buat tapi ko kata ko buat tu? Pungkok hang lah.... ishkkkk.. AKU BENCI KERJA AKU.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Jun 2006

Ujikaji

Bini aku buat ujikaji pagi semalam.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Jun 2006

Abang Demam

Semalam aku cuti kecemasan. Abang demam panas. Kesian aku tengok dia. Melepak jer.. suruh makan tak nak, minum tak nak... makan ubat lagilah dia tak nak. Rindu nak tengok dia terlompat sana-sini, bergusti dengan Adik, naik basikal ronda satu taman, bergaduh dengan Kakak... Bila dia sihat, geram tengok perangai dia yang macam tak pernah penat. Ada sahaja yang dia buat untuk dapatkan perhatian orang macam bunuh remote Astro, sepak terajang Ayahnya yang baru nak berbaring depan TV, minum air tin Kakak sampai habis, buat sommersault kat sofa, buat "pacak" guna basikal kawan dan macam-macam lagilah. Sekarang ni bila tengok dia baring lesu jer 24 jam... alahaii.. siannya tengok dia. Bagi aku, biarlah rumah aku hiruk-pikuk dengan jeritan aku sendiri marahkan dia daripada aku kena merayu dia makan ubat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...