Opis bini aku dekat dengan SOGO. Kalau boleh hari-hari dia mahu pergi SOGO. SOGO pulak suka benor buat sale. Kejap sale awal tahun, lepas tu sale tengah tahun, sale ujung bulan, sale musim panas, sale musim luruh, sale musim orang gomen dapat bonus dan macam-macam sale lagi. Pendek kata... asyik sale je SOGO ni.
Tiap kali ada sale kat SOGO, pasti ada lucky draw. Bini aku selaku salah seorang pemegang saham terbesar SOGO memang tak lepaskan peluang masuk lucky draw tu. Tak tahu dah berapa kali hantar tapi tak pernah menang apa-apa pun. Tetiba bulan lepas dia dapat panggilan dari SOGO. Bini aku menang tempat kedua untuk lucky draw yang bulan Mei ke Jun entah. Ingatkan dapat baucher RM1 juta ker.... bolehlah aku belanja sakan untuk raya aritu. Rupanya menang percutian 3 hari 2 malam di Pangkor Laut Resort untuk 2 orang. Ishkkk.. leceh tul lah. Kalau nak pergi nak kena top up untuk bawa anak-anak aku pulak nanti. Dah ler kat pulau.. susah betul.
Lebih kurang 10 hari sebelum raya, aku ikut bini aku pergi SOGO ambik hadiah tu. Bukak-bukak envelope, tengok list apa yang menang... standard room, air transport, jetty transfer, 3 hour spa and meals. Air transport? Aik.. Pangkor ada airport ke???
Petang lepas amik hadiah tu, bini aku call bagitau Pangkor Laut Resort tu bukan kat Pulau Pangkor. Resort tu kat pulau lain. Kat pulau tu pulak, hanya ada resort tu sahaja. Ermmm..... aku pun mulalah buat research sikit. Lepas selidik punya selidik, barulah aku tahu rupanya hadiah yang bini aku menang tu bernilai paling koman pun RM4000! Tengok pada ulasan-ulasan kat blog dan websites yang aku dah baca.... waduhhhh.. tak sabar pulak aku nak pergi.
TAPIIIIIII.... kalau nak pergi berdua, macamana nak tinggalkan anak-anak aku? Kalau nak bawak... dah tentu kena keluar duit banyak untuk tiket flight, feri dan makanan dorang. Tambahan pulakkkk.. kalau budak-budak tu ada, macamana aku nak berendam dengan bini aku dalam bath-tub ni??????
Gambar dicilok dari fotopages Ireneyaya
No comments:
Post a Comment