29 Jan 2009

Pangkor Laut - Ulasan

50 jam merasa jadi orang kaya. Itu kesimpulan yang aku dapat buat dalam satu ayat bagi menggambarkan pengalaman aku ke Pangkor Laut Resort (PLR) minggu lepas. Bayangkan.. tambang kapalterbang untuk 2 orang RM912.00. Makan tengahari dan makan malam untuk 2 hari harganya sekitar RM1,500.00. Harga bilik Sea Villa seperti di laman web PLR USD500.00 semalam x 2 malam = RM3,600.00. Couple Spa Experience selama 3 jam RM1,500.00. Semuanya berjumlah sekitar RM7,500.00! Perghh.. terima kasih buat Bini aku yang tak pernah putus asa mengisi borang cabutan bertuah setiap kali membeli-belah di SOGO haha. Sekarang ni semua makcik-makcik kat pejabat aku ni telah bertekad untuk bersungguh-sungguh mengisi borang peraduan dan cabutan bertuah. Mereka tak pernah percaya akan kesahihan peraduan dan cabutan bertuah yang berlambak kat Malaysia ni. Bini aku telah mengubah persepsi mereka.

Aku dah cerita dari segi harganya, bagaimana dengan tempat berbulan madu itu sendiri? Adakah aku berpuas hati? Adakah "resort" itu seperti yang aku jangkakan? Adakah pulau itu seperti "Fantasy Island" yang aku mimpikan? Baik.. mula-mula sekali, sila lihat gambar-gambar air laut ini.

Mungkin bagi sesiapa yang pernah pergi ke pulau-pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang atau Pulau Gadong di Melaka, air laut seperti dalam gambar di atas sudah cukup menarik. Tapi bagi aku yang pernah ke Pulau Tioman dan Pulau Perhentian, air laut yang hijau ini tidak menarik langsung hati aku untuk terjun ke dalamnya. Bahkan air laut di Pulau Labuan jauh lebih jernih! Aku rasa mendiang Paverotti tidak sempat ke pulau-pulau si sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia sebelum dia mati dulu. Kenapa aku sebut Paverotti? Sebab di laman web PLR dan YTL Community ada diletakkan kata-kata mendiang "I almost cried when I saw how beautiful God had made this Paradise." Adakah YTL dah tetapkan apa yang dia perlu kata sebelum dia sampai ke pulau itu lagi dan sebagai balasannya, nama mendiang diletakkan sebagai nama salah satu suite di PLR? Ehh.. terumpat mendiang dan YTL pulak. Komen aku pasal pulau, cantik.. tapi tidaklah secantik yang aku harapkan dan bukanlah secantik yang digembar-gemburkan dalam laman web PLR.

Sekarang aku nak komen pasal resort pulak. Aku mulakan dengan gambar-gambar berikut.



Komen aku pasal resort... tunggu entri lain hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Jan 2009

Pangkor Laut Yang Sedap

Aku tak sempat nak buat karangan lah pasal bulan madu kat Pangkor Laut minggu lepas. Kita tengok gambar jelah ya sambil aku terangkan sikit-sikit.

Pagi masa tengah tunggu teksi datang. Si Adik yang tak tahu akan ditinggalkan sahaja yang ada kat rumah. yang lain semua dah dihantar ke sekolah.


Berjaya Air yang bawak aku dan Bini ke Pulau Pangkor.


Pangkor Laut dari pandangan seekor helang.


Lapangan terbang Pulau Pangkor



Bot dari Pulau Pangkor ke Pangkor Laut. Bot sebesar ini untuk bawak 15 orang sahaja.


Masa tengah proses daftar masuk. Ada seorang kakitangan yang ditugaskan khas untuk layan kita. Tak payah beratur kat kaunter macam hotel biasa. Minah ni namanya Ming. Lepas urusan check in, dia bawak ke tempat makan. Lepas makan, dia iring sampai ke bilik. Beg semua memang dah ada yang uruskan sejak dari airport Pulau Pangkor lagi.


Ini "paspot" yang dia bagi. Ada peta pulau dan maklumat pasal resort tu.


Ini bil makan tengahari aku dan Bini. Tak pernah aku makan semahal tu untuk 2 orang.


Lepas makan dan sign bil, Ming datang dan bawak ke bilik aku ni. Asalnya bilik yang atas bukit tapi tah camna dah diupgrade jadi bilik atas laut ni pulak.


Ini gambar yang aku ambil dari balkoni villa tu. Korang bayangkan sendiri jelah kalau aku tengah mandi kat situ dan ada orang ambil gambar.


Gambar kat pool.




Balik dari dinner yang berharga RM500.25 pada malam pertama aku kat sana, bukak pintu bilik ada buah-buahan sebakul.


Ini gambar masa brekfas. Kuey teow goreng hanya akan digoreng kalau kita order.. tak macam bufet biasa ah. Jus buah-buahan pun, kita pilih buahnya dan akan dibuat jus masa tu. Bini aku hulur sebiji epal mula-mula tu, yang tukang buat jus kata kena tambah lagi 2 biji. Jadi 3 biji epal untuk segelas jus!


Ini tuala yang digunapakai untuk sessi Couple Spa Experience.


Ini pulak tempat habuk rokok kat sekitar resort.

Ini signage tandas wanita. Sesuai dengan bonjolan yang tersembul yang banyak kat situ.


Bunga dalam bath tub ini pula "ditemui" selepas balik dari dinner malam kedua. Ming jumpa kitaorang masa tengah makan dan kata dia ada arrange surprise kat bilik sempena birthday bini aku.


Ini pulak gambar yang dijanjikan. Gambar aku dan Bini bersama dalam bath-tub.

Jeti masa nak balik. Pangkor Laur sedih aku nak balik. Pagi tu pulau tu menangis sampai hujan trun dari langit iringi perjalanan pulang aku.

Bot masa balik kecik lah pulak.



Sekian sahaja. Gambar lain korang boleh tengok kat sini atau kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Jan 2009

6 dalam 1

1.

Aku dah lama tak tengok Juara Lagu tapi tahun ni aku tengok. Masa aku pergi berjalan ke utara yang penuh dengat niat tak dipenuhi dulu tu, aku tertengok separuh akhir pop rock sebab umah kakak ipar aku takda astro. Pertama kali aku tengok Meet Uncle Hussin nyanyi... aku dah agak lagu tu bakal juara. Agakan aku tepat sepertimana agakan aku semasa tertengok Jacklin Victor audition One In A Million.

2.

Anak aku yang sulong, Kakak; sekarang tahun 4 sekolah rendah; tanya apa itu bersetubuh. Dah lebih seminggu soalan tu tak berjawab-jawab lagi. Dia kata Ustaz kat KAFA suruh tanya ibubapa masing-masing. Aku syak mereka sedang belajar perkara-perkara yang mewajibkan mandi dan Ustaz itu sendiri tidak tahu nak jawab bila ada dikalangan pelajarnya yang bertanya dengan lebih lanjut perkara-perkara hadas besar ini.

3.

Kalau BN menang di Kuala Terengganu, pasti Najib akan kata ia memberi kesan yang besar pada politik negara dan Utusan Melayu serta Berita Harian akan letak gambar kecil sahaja berkenaan perang di Gaza di halaman utama.

4.

Semalam 18/1.. Adik sambut hari lahir ke 2. Sambutan cuma sebijik kek 1/2 kg. dan yang tukang meriahkan sambutan cuma abang-abang dan kakak sahaja.





5.

Aku sudah mula tak tahan tengok jersey bola yang ada logo AIG. Aku lebih tak tahan mendengar kata-kata orang yang memakai jersey tersebut sejak 2 hari lepas. Semoga pagi esok aku boleh membalas kata-kata bongkak mereka dengan kata-kata bongkak aku pula.

6.

Kalau-kalau lah aku tak sempat nak buat entri baru sebelum aku pergi memadu kasih kat Pangkor Laut Jumaat ini... Aku ingin maklumkan bahawa selepas cuti Tahun Baru Cina nanti, aku janji aku akan letak gambar aku dan bini bersama dalam bath-tub untuk tatapan korang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Jan 2009

GEJU dan Buka Sekolah

Orang lain tengah sibuk pindah opis baru.. aku sibuk upload gambar kat sini haha.. Entri ekspress untuk kali ni dimulakan dengan 3 keping gambar masa aku gi Gathering Geng Jurnal sabtu lepas.

Aku cuma snap 3 kali jer sepanjang 4 jam kat sana sebab adanya barang besar gajah ni.


Tak sangka si Adik lapar betul selepas dok main hujan kat situ. Gambar ni Basri aka Dugung Senyum yang punya.


Gambar ni pulak Ungku Nor yang punya.


Tengok gambar sempena bukak sekolah pulak.

Ini adalah baju sekolah yang perlu digosok untuk sehari. Bayangkan berapa banyak tenaga elektrik yang digunakan oleh rakyat malaysia untuk menggosok baju sekolah.


Gambar seterusnya adalah tidak mengikut susunan.

Pintu pagar sekolah anak aku semasa budak-budak balik sekolah.


Gambar kelas Bang Ngah.


Gambar Bang Ngah semasa perhimpunan sebelum masuk ke kelas.


Gambar parents yang nak pastikan anak mereka di kelas yang betul. Masa ni guru kelas sedang panggil nama untuk catit kehadiran.


Ini pulak gambar kat tempat perhimpunan.


Sekian sahaja entri ekspess tapi penuh dengan informasi untuk kali ini. Harapnya line internet di pejabat baru aku dah ready. Kalau tak ready lagi.... aku harap korang tabahkan hati dan bersabarlah demi menantikan entri aku seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Jan 2009

Pangkor Laut Makin Hampir

Masih ingat lagi pasal betapa bertuahnya Bini aku? 3 minggu dari sekarang aku akan menikmati Bini aku kat Pangkor Laut tu... ehh menikmati Bini pulak.. menikmati percutian dengan Bini. Kawin dah lebih 10 tahun, pertama kali nak pegi honeymoon haha.

Persiapan

1) Jogging - malas aku bab berlari-lari ni... ganti dengan main tenis jelahh.
2) Berurut satu badan dengan Bang Karim seminggu sekali.
3) Terapi elektrik setiap hari - 1/2 jam RM3 x 20 kali = RM60.... 2,3 hari sebelum pergi cukuplah kot.
4) Baiki PS2 - baru beli 2 bulan dah rosak PS2 anak aku. Habis satu kampung dia ajak main sekali manalah tak jahanam benda tu.
5) Kena cari sapa yang sanggup datang rumah aku dan tinggal dengan anak-anak aku selama 3 hari 2 malam.
6) Kena habiskan baca buku "Honeymoon for Dummies" - mana ada buku tajuk camtu.. Permata Yang Hilang adalah haha
7) Kena prektis balik teknik cakar rimau - biar sempurna cakaran masa kat sana nanti
8) Yang paling sukar sekali - fikirkan alasan kenapa mesti pergi berdua sahaja pada anak-anak aku!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...