4 Jan 2011

Change Now

Aku sudah daftarkan satu perniagaan yang baru. Nak sangattt daftar dengan cepat sehingga masa yang diperuntukkan untuk fikirkan namanya pun tidak lama. Bagi aku nama yang didaftar tak penting sangat... asalkan kata tunjangnya ada iaitu "Change Now". Pada asalnya aku nak letak Change Now! Sdn. Bhd. "Sdn. Bhd." hanya untuk syarikat perkongsian sahaja sedangkan aku tiada rakan untuk dikongsi. Hendak diletak nama isteri sekali.... dia tak offer pun :(... Takpelah, sudi menemani aku ke SSM dah cukup buat aku.

Kini kat sijil SSM tu tertera Change Now Consultant.... apa komen anda?

14 komen:

mimiejibam said...

masa sy g kursus dgn Irfan Khairi dulu, dia kata pemilihan nama domain tu penting juga... ada kriteria2 dia yg patut kita consider..bukan main pilih jek... :)

Lan Rambai said...

MJ.. bolehlah kongsikan kriteria2 yang IK nyatakan tu... its good for u to ingat balik apa yang dia ajar... dan pada masa yang sama dapat curahkan ilmu pada yang lain..

Nur Hasyimah Mahasan said...

Satu peningkatan yang bagus ni...teruskan usaha anda..n adakah dengan 'Change Now' ni anda akan 'lenyap' dr government????

Lan Rambai said...

Syimah... lenyap sebagai kakitangan jer... syimah akan pastikan saya dapat job dengan tempat syimah bekerja kan kan kan

mimiejibam said...

kalu nak senarai lengkap, kena bukak buku balik nih...

Lan Rambai said...

MJ... maknanya senarai tu dah takde dalam minda MJ lah tu... seeloknya ilmu yang kita dapat kita kena narate (huruf N pada LEARN) supaya kita tak mudah lupa. Narate maknanya ceritakan apa yang kita belajar... macam saya ni pun.. saya sedang ceritakan apa yang saya belajar ni hehe

Untuk LEAR pula... alamak.. nak kena bukak nota balik jugak lahhh...

mimiejibam said...

hahaha..kite pergi kursus tu thn 2006 laa..dah brapa tahun...

tp masih ada point2 yg ingat kat kepala nih...


hmm...dia pon kena buka nota balik...cehhh

Masy said...

aku nmpk date entry ni je, aku suka. sekian..

Anonymous said...

kenapa tidak menggunakan BAHASA MELAYU?.. adakah bahasa melayu sudah hilang di dunia?.. adakah bahasa melayu tidak enak di dengar?..



~cubaan suara 1.. 2.. 3..~

Lan Rambai said...

masy.. tenkiu sebab singgah sini
anon... sebab tuan punya company punya cita-cita besar ingin melangkaui pasaran luar malaysia sekali hehehe. orang vietnam tak paham "Berubah Sekarang" itu apa.

aku said...

ok la tue.. kalau `money changer' kena bukak kedai tuko duit plak.. ha..ha.. memain je

Anonymous said...

ni macam slogan nak tukar KERAJAAN aje

Lan Rambai said...

Anon 7/1/2011... terpulang pada masing2 nak tukar apa...

samrin said...

i lovvvvvvvvvvvvvvvvv money!!!!!!!!!!!!...agak2 siapa pernah dengar dialog ni