Assalamualaikum,
Petang kelmarin tadi saya mendapat sms daripada Puan Suri. Beliau bertanyakan tentang program Berani Bersuara! yang seterusnya. Saya hanya mampu menjawab, setakat ini program tersebut hanya akan dibuat pada cuti sekolah bulan Jun nanti. Tanya Puan Suri lagi... kenapa tak buat weekend so that student boleh selalu practice?
Berpunca dari sms ini, saya mula terfikir... kalau parents sanggup hantar anak mereka berlatih bolasepak setiap minggu, pasti ada yang mahu anaknya berlatih bercakap depan orang ramai pada setiap minggu juga! Saya telah mula membayangkan kehadiran pelajar-pelajar sekolah setiap minggu ke program Berani Bersuara! Bermula dengan sedikit pengenalan dan "ice-breaking", program diteruskan dengan ucapan semua pelajar selama 3 minit setiap seorang. Saya juga membayangkan pada minggu-minggu awal pasti ramai yang masih kelihatan gugup. Selepas 3 atau 4 kali berucap, saya boleh nampak sekarang ni betapa hebatnya anak-anak ini berdiri dengan yakin dan memberikan satu ucapan yang sangat menarik.
Baiklah... kita akan memulakan kelas mingguan pada bulan Mei ini. Setiap bulan kelas akan diadakan sebanyak 3 kali. Buat permulaan ini, kelas akan diadakan setiap ahad kedua, ketiga dan keempat selama 2 jam bermula pukul 10 pagi. Saya buka kepada semua pelajar dari tahun 5 hingga ke tingkatan 5. Apabila bilangan pelajar sudah bertambah kelak, saya akan asingkan kelas mengikut kumpulan umur yang lebih sesuai.
Persoalan yang lebih utama sekarang ialah.. berapakah bayaran yang patut dikenakan? Buat masa ini saya sendiri belum dapat tetapkannya kerana ia bergantung kepada tempat yang akan digunakan untuk kelas ini kelak. Andai kata pihak surau Al-Hidayah beri keizinan kepada kita untuk menjalankan program di kelas KIDAS secara percuma, maka.. kita semua akan hadir ke kelas ini secara percuma juga! Minuman dan makanan ringan sila bawa dari rumah ya :)
0 komen:
Post a Comment