30 Dec 2011

Ombak Rindu diSonglap Idiots

Tak puas menonton 3 idiots malam tadi. Pasti akan cari versi tanpa potongan lepas ni. Rasanya lebih berbaloi air mata mengalir untuk kisah hebat ini daripada kisah cinta melankolik yang sedang hebat didownload dari youtube pada saat ini.
Selepas habis 3 Idiots, saya sambung dengan tengok Ombak Rindu di Youtube hehehehe. Dah semua orang tengok, saya pun mestilah kena tengok jugak. Saya cuma mampu tengok setakat kemunculan Mila sahaja. Itupun kerana saya ingin melihat sejauh mana ke adaptasi an novel ke filem ini. Dari apa yang saya telah tonton malam tadi, tak sama pun dengan novel rupanya. Pada saya novelnya jauh lebih menarik dari apa yang difilemkan.... setakat sehingga kemunculan Mila lah. Saya juga tidak suka dengan apa yang telah saya tonton setakat 45 minit filem cinta melankolik ini.

Pagi tadi, saya paksa diri saya untuk habiskan menonton kisah Izzah dan Hariz tu. mmmmm... oklah kot cerita ni. Bolehlah saya letakkan ia lebih baik sedikit daripada cerekarama yang selalu keluar kat TV tu. Secara keseluruhannya memang berbeza dengan apa yang saya baca di novel. Dah namanya pun adaptasi kan, jadi saya terima sahajalah perbezaan itu.

Selepas habis baca novel, pada saya, saya rasa tidak logik ada perempuan yang digambarkan sebaik watak Izzah boleh jatuh cinta dengan lelaki yang telah merosakkan diri dia, yang pernah maki hamun dia, yang pernah anggap dia macam hamba. Tak logik langsung.

Selepas habis menonton filemnya pula, saya rasa lebih tidak logik lagi hehehe.

Nota :-

i) Saya baru baca novel OR ini pada hujung minggu yang lepas.
ii) Dalam filem ada babak Izzah hulurkan minuman dan buka kasut Hariz tanpa disuruh. Masa ini mereka belum bernikah lagi. Andai benar Izzah gadis kampung yang baik, tidak mungkin dia sendiri akan melutut depan Hariz dan buka kasut tanpa dipaksa.
iii) Emosi saya tidak tersentuh sangat pun ketika menonton OR. Masa 3 Idiots ya.
iv) Saya tak minat Maya Karin hahahahaha
v) Dari segi kualiti jalan cerita dan kualiti lakonan, Songlap lebih baik daripada Ombak Rindu. Shahezi Sam jauh lebih bagus dari Aaron Aziz.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Dec 2011

Mereka Pergi Dulu

Hari terakhir Syahir di pejabat ini adalah pada 9 Disember 2011 tapi sempat lagi dia jadi juara tenis JPS beregu dengan Isyam pada 10 Disember 2011. Saya cuma dapat nombor 4 sahaja.

Hari ni, 12 Disember 2011 adalah hari terakhir Kamariah pula.

Selamat bertugas di tempat baru untuk kedua-dua mereka.

Saya yang dapat surat berpindah dahulu daripada mereka tetapi saya masih ada di sini sehingga penghujung Januari 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...