24 Feb 2013

Aku Boleh Terbang Laju

Saya telah berjaya chek in di Facebook seolah-olah saya berada di Helsinki. 22 minit kemudian saya chek in di rumah sendiri pula tetapi tidak ada yang bertanya bagaimana saya boleh terbang selaju itu. Adakah ini bermakna ramai yang dah tahu tentang app gps palsu ini?

App ini  boleh membantu seseorang penipu tegar untuk "berada" di tempat yang lain bagi mengelak penipuannya diketahui. Contohnya. ..untuk meyakinkan sang isteri, seorang suami penipu boleh meyakinkan isterinya yang naif kononnya dia "outstation" ke mana-mana tempat yang di dunia ini sedangkan di penipu itu sedang bersama kekasih baru di lokasi yang lain.

App ini juga boleh memudahkan seseorang pekerja mempermainkan bos dia sendiri, seorang anak menyembunyikan lokasi sebenar daripada pengetahuan Ayahnya, seorang pengintip mengaburi pandangan orang yang diintip dan pelbagai lagi penyamaran yang boleh dibuat secara maya. App ini juga pasti akan menyebabkan segala bentuk chek in secara maya tidak laku di mahkamah.

Akan tetapi, app sebegini masih boleh kita gunakan untuk kebaikan. Bagaimana caranya? Tuan-puan kena fikirkan sendiri.

Ps - saya telah berusaha mencari kaedah untuk menipu lokasi ini kerana saya rasa saya telah cuba ditipu baru-baru ini.  Walaubagaimanapun, penemuan ini bukanlah bererti saya pasti yang saya telah ditipu, cuma saya tahu yang kemungkinan untuk saya ditipu memang ada. Itu sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Feb 2013

Terlalu?

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan terlalu?
Apakah peraturan dan prosedur yang dibuat tidak perlu terlalu dipatuhi?
Apakah yang dimaksudkan dengan kompromi?
Bolehkah kita berkompromi terhadap peraturan dan prosedur?
Jika boleh, berapakah nilai yang kita boleh letakkan sebagai had untuk kita berkompromi?
Jika bukan nilai jadi ukuran, adakah kompromi kita hanya perlu kepada orang tertentu sahaja?
Akhir sekali, peraturan dibuat untuk dipatuhi atau untuk dikompromi?

Ada lagi......hidup kalau tak nak ikut peraturan lebih baik mati!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Feb 2013

Peningkatan Mendadak!

Tak sangka betul blog ini telah berjaya menunjukkan peningkatan drastik dari segi bilangan post mengikut tahun hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Feb 2013

Mee Udang Bukan Kuala Sepetang

Ini mee udang banjir Kuala Selangor. Satu mangkuk dengan 6 atau 7 ekor udang ini hanya berharga RM7 sahaja.  Mee udang di Kuala Sepetang belum tentu dapat jumlah udang yang sama.  Yang dah tentu ialah harganya 2 kali ganda.

Lokasi? Berdekatan lampu isyarat di persimpangan ke Bestari Jaya. Kalau dari Tanjung Karang kedainya di sebelah kiri sebelum simpang tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Feb 2013

Tempat Luah Perasaan

Suka betul Bang Chik dengan papan conteng ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Feb 2013

Siapa Comel?

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Ke mana tumpahnya comel kalau tidak ke anak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...