28 May 2014

Gaji dan Bil

Dalam entri semalam, kesimpulan terakhir yang saya tulis ialah saya malas nak bayar bil. Share di facebook dan ada beberapa komen yang saya rasa ditulis tanpa baca entri di blog ni pun huhuhu. Antara komen yang menarik minat saya ialah.....First Thing First. Saya ada tanya balik apa maksud First Thing First tu tetapi
 setakat ni belum dapat jawapan balas pula.

Berdasarkan kepada ayat saya di Facebook yang berbunyi "Saya belum bayar bil lagi. Anda sudah?" (lebih kurang macam tu lah sebab saya tak boleh masuk Facebook pulak sekarang ni untuk semak balik ayat yang tepat yang telah saya guna), saya rasa First Thing itu merujuk kepada bil-bil yang mesti diselesaikan tepat pada masanya. Atau dengan kata lain, dapat gaji kena pastikan semua bil dibayar terlebh dahulu. Betul tak?

Bulan-bulan sebelum ni memang itulah falsampah hidup saya. Dapat gaji terus habiskan dengan bayar semua hutang bank dan bil utiliti. (Alhamdulillah, hutang dengan orang dah tak ada). Orang gomen macam saya ni paling lewat 25hb gaji dah masuk. Kebiasaannya sebelum 1hb bulan berikut, duit gaji tersebut dah tinggal ratus-ratus sahaja daripada ribu-ribu yang saya dapat. Sebagai orang gomen, saya dikelilingi oleh rakan sepejabat yang juga mengalami perkara yang sama. Mungkin tak ramai yang akan mengaku tetapi kebanyakannya begitulah. Nak simpan RM100 sebulan pun susah. Benarlah seperti yang saya baca, makin kuat kerja, makin besar gaji, makin tinggi pangkat, makin besar periuk = makin besar hutangnya, makin besar cukainya, makin kuat ujiannya dan makin besar keraknya.

Mulai bulan ini, saya sudah bertekad saya mesti simpan 10% daripada gaji saya untuk diri saya sendiri. Orang putih kata "pay yourself first". Duit ini bukan untuk saya tukar handphone baru atau sport rim kereta baru ya tetapi untuk dijadikan tabung kecemasan yang makin hari makin kecil - tak ada kecemasan pun tetapi tak pernah berkembang dan selama ini saya terlalu bodoh untuk faham apa maksud tabung kecemasan. Tabung kecemasan bukan bermaksud tak ada duit untuk bayar insurans kereta, bukan untuk dihabiskan di Negara jiran akibat terbeli tiket kapalterbang termurah dunia, bukan untuk ganti tayar yang dah botak selepas 2 tahun, bukan untuk beli buku sekolah setiap bulan Disember, bukan untuk beli baju raya dan sebagainya. Ia untuk kecemasan yang benar-benar kecemasanlah Roslan!!!

Jadi.... mulai bulan ini, kalau saya tak cukup untuk untuk bayar semua setelah saya telah tolak 10% daripada gaji saya, saya perlu buat pilihan samaada saya tetap bayar bil atau saya tak makan. Takkan lah saya tak makan bulan ni jadi saya pilih untuk tangguhkan bayar bil.

Walaubagaimanapun, bukanlah niat saya untuk tidak bayar bil-bil tersebut selama-lamanya. Nanti duduk bergelap dan tak ada air nak masak pula di rumah. Atas sebab itu, buat tuan-puan yang baca blog ni, pertolongan tuan-puan adalah diharapkan untuk meninggalkan sedikit jejak setiap kali tuan-puan singgah di blog ini dengan buat 3 perkara.

1) Sila berikan komen terhadap tulisan saya di ruang komen blog ini.
2) Sila sharekan apa-apa penulisan dalam blog ini yang tuan-puan suka baca di Facebook tuan-puan.
3) Tolong klik di iklan nuffnang di sebelah kanan blog ini.

Untuk buat semua perkara di atas, tuan-puan tidak dikenakan sebarang bayaran pun huhuhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Rambai,

Sy bersetuju dgn sifir Tuan. Turutannya ~ Income > Savings > Komitmen

Anggap savings sebagai bil yg kena bayar, cth car installment ~ kalau x bayar, nanti kena tarik. Jadi mesti bayar. Kira mind trick la, huhu...

Dan nak mudahkan kita awasi perbelanjaan, masukkan setiap duit (cash) bg setiap item ke dalam envelope. Duit minyak kereta atau makan2 di luar. Nampak agak kuno di dunia siber dan c.card, tp mmg effective. Yg penting kena disiplin.

Tapi apa2 pun, yg paling penting nak dapatkan keberkatan gaji tersebut. Ada orang gaji sikit, tp nampak tenang.

Anonymous said...

Dan ada yg rezeki melimpah ruah, tp di wajahnya nampak resah n gelisah. Jadi kena cari keberkatan dlm rezeki/gaji. Insya Allah mencukupi n berlebihan pula nanti di hujung bulan.

Lan Rambai said...

Terima kasih atas komen tuan Tak Bernama.

Anonymous said...

Ingin pencerahan berhubung menangguhkan bayaran bill. Bagaimana penangguhan tersebut dibuat?

Lan Rambai said...

Tuan Tak Bernama 5.45 pagi,

Tangguhkan bayaran bil sekiranya pendapatan sedia ada tidak cukup setelah ditolak 10% ke dalam tabungan. Maknanya utamakan simpanan untuk kecemasan diri dahulu.

Tentang bil itu ada dua perkara :-

1) Usahakan cari duit untuk bayar bil tersebut dengan cara lain selain gaji
2) Usahakan supaya bil akan datang di tahap kita mampu bayar.

Masalah utama di sini sebenarnya ialah perbelanjaan melebihi pendapatan sehingga tidak mampu menabung walau hanya 10 % sahaja daripada pendapatan setiap bulan.