22 Dec 2009

TV3 pulakkkk

Yang dirakam oleh RTM belum keluar TV lagi... TV3 pulak rakam gambar aku bercakap... ermmmmmm.... Januari ni korang semua kena pastikan sentiasa depan tv... takut terlepas tengok aksi aku di ranjangg.. ehhh silap... aksi depan kamera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Dec 2009

Aku Bakal Tambah Glamer

Yesss.. RTM akan buat liputan perhimpunan EOCM di Sg Petani minggu depan. Terima kasih pada Ayie yang bersusah payah memanjat tangga angkasapuri. Memandangkan aku ni Presiden, takkanlah muka aku ni tak layak difokus oleh kameraman RTM kan kan kan... perghhhh... tambah glamer lah aku yehaaaaa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Nov 2009

Kena Paksa Update

1) Kakak sudah 10 tahun minggu lepas.. cepat benar aku jadi tua ahh camni!

2) Abang Ngah dah "potong"... baru jer.... 37 jam yang lepas. Petang semalam darah mengalir habis kain dan tempat tidur.. cuak aku kejap. Mujur bawak ke klinik balik dan semuanya dah ok. Kesian tgk dia meraung masa doktor bukak balik bandage dan cuci and then balut balik tanpa bius.

3) Kamera aku "hilang" selama 3 hari.... frust tak dapat bawak balik kampung sebab tak dapat amik gambar sefamily... baru beli bateri baru pulak tu.... rupa-rupanya.. ada dalam laci kat opis.. legaaaaaaaaa

4) Bateri Wira kong... merajuk sebab aku ada niat nak tukarkan dia ker? Baru niat jer... bukan nak tukar pun hehe.

5) Bini aku yang paksa aku update blog ni sementara tunggu si adik yang tak tidur2 lagi ni hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Oct 2009

Masuk Surat Khabar

Utusan Malaysia 19 Oktober 2009



Berita Harian 20 Oktober 2009



NST dan The Star bila pulak nak masukkan berita ni???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Sept 2009

Aku Presiden Yang Chiwi?

Ya... aku kini bergelar seorang presiden.... presiden EOCM. Tah macamana aku boleh dapat undian terbanyak tah. Tak pasal-pasal aku dapat alasan baru untuk selalu keluar malam-malam hehehe. Malam tadik telah berlangsung mesyuarat pertama. Dekat 1 pagi baru sampai rumah. Targetnya untuk buat jamuan raya exorian satu malaysia. Satu tugas berat tu... tapi kami akan cuba untuk jayakannya sebaik mungkin. Masalah utama sebenarnya.. kalau diopis, kita boleh keluarkan arahan. Tapi AJK EOCM semuanya sukarelawan (atau paksarelaan). Mana boleh main arah jer. It's about time that I need to practice all the things I've learned about communication.

Kursus seminggu di PD mengenai Leadership and Organisation Management (LOM) 2 bulan yang lepas penuh dengan aspek human management. To manage human well, you must communicate well. To communicate well.... that's the hardest thing to do. Last week pulak masa PTK aku, aku pilih tajuk Komunikasi Yang Berkesan dalam pengucapan awam aku. Jadi... dengan menjadi presiden sebuah kelab yang kesemua ahlinya adalah orang yang baru aku kenali, aku memang benar-benar perlu amalkan apa yang aku belajar dan apa yang aku ucapkan tu.

Ni apahal macam skema jer tulisan aku je ni.... inilah akibatnya kalau pandai-pandai mintak url blog budak kat opis aku.... bila dia tak bagi, aku mintak jugak... akhrinya dia bagi.... sekarang ni bila dia mintak url blog aku... tak pasal-pasal aku kena tulis serius sikit.. aku kan sama level dengan bos kecik dia hehehe. Ermm term.. bos kecik tu macam pernah aku tulis kat blog ni.. tapi kat entri mana tah.... yang aku ingat aku punya entri ada bos kecik, bos besar. Malas nak cari.

Apa-apa pun.. singgahlah ke blog budak opis aku ni. Dia tengah rajin menulis tu.. dalam 2 bulan ni hampir setiap hari dia tulis. Orang tengah chiwi lah katakan haha. Sila klik kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Sept 2009

Sibuk PTK

Aku dah ada Streamx kat umah... tapi sayangnya aku tengah sibuk dengan PTK TK3 aku... Selasa lepas dapat soalan tugasan. Isnin depan mula penilaian selama seminggu pulak. Jadi aku tak dapat nak update selalu blog ni macam yang dah berbulan-bulan aku amalkan ni hehehehe.


Errr.. adakah selepas habis PTK ini.. aku akan rajin update blog ni??? Macam tak jer hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Jul 2009

DULU & TERKINI

DULU


SEKARANG


HARI TU


HARI NI


MINGGU LEPAS


MINGGU NI


SEBELUM


SELEPAS

SEJARAH


TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...