Oh yaaa.. untuk makluman, walaupun telah berhenti lebih satu tahun, saya masih lagi berpeluang melepaskan gian di dalam mimpi sekali-sekala hehehe
17 Jan 2012
Mainan Minda
Semasa mendengar ceramah Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad pada pagi sabtu 14 Januari lepas sempena majlis permuafakatan ibubapa tahun 6 SKSU 2012, baru saya sedar bagaimana saya telah berjaya berhenti merokok. Saya telah tanamkan dalam minda dan hati saya dengan perkara yang positif iaitu..."Saya mahu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak saya". Saya tidak berniat seperti yang lazimnya orang mahu berhenti merokok berniat iaitu... "Saya mahu berhenti merokok". Perkataan merokok itu sebenarnya menambahkan lagi rasa ingin merokok walaupun ada perkataan berhenti sebelumnya.
2 Jan 2012
Ulangtahun Bebas
Di bawah ini adalah catatan saya di facebook tepat setahun yang lepas.
Alhamdulillah... selepas setahun saya masih berpegang teguh pada kata-kata saya ini. Semoga saya akan terus bebas sehingga akhir hayat saya.
Alhamdulillah... selepas setahun saya masih berpegang teguh pada kata-kata saya ini. Semoga saya akan terus bebas sehingga akhir hayat saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)