30 Aug 2006

Merdekaaaaaaaa

Malam ini sambut merdeka
Sambut merdeka di dataran merdeka
Adakah itu tandanya merdeka
Sambut merdeka di dataran merdeka?

Di KLCC ada Mawi
Sambut merdeka dengan berjoget
Adakah ini cara Islam Hadhari
Sambut merdeka dengan berjoget?

Siti kahwin meriah sekali
Nikah bertudung bersanding tidak
Sudah merdeka kah kalau begini
Artis dipuja bagai nak rak

Pergi ke kedai membeli gula
Gula dah habis kata peniaga
49 tahun perintah negara
Gula punya hal pun tak boleh selesaikan ka?

I sound stupid if I berpantun
Ni semua si Kenny punya pasal
Salam merdeka buat semua penonton
Malam merdeka jangan buat hal

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

PS - Si Kenny tu suruh aku buat puisi, tapi dia sendiri buat pantun.. jadi aku pun buat format pantunlah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Aug 2006

Kupon Gores

13 Mac 2004

Selamat hari lahir,
Selamat hari lahir,
Selamat hari lahir Adik,
Selamat hari lahir....


Yey yey.... dah setahun Adik hari ini. Aku dan Sayang dengan bangganya menyambut ulangtahun pertama kelahiran Adik iaitu anak ketiga kami.

Beberapa bulan kemudian.....

Bini: Sayang.. kita sambut hari lahir adik berapa haribulan ari tu ek?
Aku: 13 Mac
Bini: Apsal kat surat beranak dia ni tulis 11 Mac?
Aku: Laaaaa.. dah Sayang cakap 13 Mac, kita sambut 13 Mac lah... saya manalah nak ingat... silap hari lah ek hahahaha

25 Ogos 2006

(Aku sedang menggores kopun parking - 2006, Ogos, 25...)

Bini: Eh.. hari ni birthday sayang lahh.. alamak.. lupalah yang...

(Aku terus menggores ruangan jam dan minit pula)

Aku : Bagus jugak parking guna kopun gores ni ek...

Aku (dalam hati): Lepas ni aku tak boleh dimarah kalau tak ingat birthday dia pulak yehaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Aug 2006

PENGUMUMAN PENTING

Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari Jumaat ini bersamaan dengan 25 Ogos 2006 adalah satu hari penting dalam sejarah negara kita. Kalau ada yang nak mengambil kesempatan atas Karnival Membeli-belah Malaysia yang masih berlangsung sekarang, sila ambil tindakan untuk membeli hadiah ulangtahun kelahiran Lan Rambai yang ke tiga puluh empat (23).

Sekian. Harap maklum.

ps - tuan punya blog ini akan bercuti bermula esok untuk meraikan peristiwa bersejarah itu. Sila penuhkan ruangan komen dengan ucapan-ucapan selamat ya hahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Aug 2006

1 Ungku Omar

21 tahun lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Aug 2006

Selimut Putih

Sebelum pergi ke surau untuk persediaan ceramah, pasanglah dulu perangkap tikus di rumah anda.

Sesampai di surau, lihatlah buktinya kewujudan manusia yang menganggap sedekah itu ialah.... campak kerusi buruk anda di sini.

Ini pula adalah wakaf yang dibina secara gotong royong kira-kira 2 tahun yang lepas. Wakaf ini akan menjadi pentas ceramah. Selain Akhil Hayy yang pernah berceramah di sini tahun lepas, ustaz-ustaz lain yang pernah mengeluarkan suara lantang mereka ialah Datuk Harussaini Mofti Perak, Ir Shaari Sungip dan Dr. Fauzi Deraman. Penceramah yang sangat-sangat "power" seperti Taib Azamudin, Dr Hassan Ali dan yang sejenis dengannya biasanya dibuat di dalam surau sahaja. Bukannya apa... sengaja nak bagi SB-SB yang hadir merasa tidak berapa selesa hehehe.

Tempat duduk yang disediakan adalah terhad kerana surau cuma ada lebih kurang 200 kerusi sahaja. Yang lain kena duduk atas tikar jelah nanti.

Setelah semua persiapan seperti skrin besar, sistem PA, kerusi meja dan sebagainya selesai, maka acara simbolik membakar bendera Israel telah dibuat sebagai tanda membantah tindakan Yahudi laknat di Lubnan sekarang.

Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa peniaga yang membuat persiapan membuka gerai jualan di pintu masuk surau.

Selepas solat maghrib, projector dan laptop dipasang berhadapan skrin besar untuk tayangan rayuan derma pembinaan Kidas dan juga powerpoint aktiviti-aktiviti akan datang. Anak-anak aku tidak ketinggalan dalam membuat bayang-bayang di skrin besar tersebut.

Selepas isyak, muslimin dan muslimat mula memenuhi Dataran Al-Hidayah.


Hampir 9.40 baru Ustaz Akhil Hayy sampai. Rupanya ada kemalangan maut yang menyebabkan kesesakan lalulintas luarbiasa. Penyambut tetamu yang tidak dilantik telah memeriahkan lagi sambutan terhadap Ustaz.

Aku memilih untuk berdiri di wakaf sahaja daripada berebut-rebut untuk bersalam dengan ustaz. Dapat juga salam dengan dia sebelum dia naik ke wakaf.

Akhil Hayy kurang sihat malam itu. Makanya dia tidak dapat ceramah berdiri. Mujur ada orang yang pernah sedekahkan sofa cantik.

Sakit-sakit pun, lebihkurang 2 jam dia berceloteh. Sempat lagi buat mak aku terkenangkan seruan Azan di Mekah yang katanya sebiji seperti yang dilaungkan Akhil Hayy. Dengan tekak yang gatal itupun, masih merdu nyanyian yang dilagukan. Nyanyian yang diselang-selikan dengan ceramah penuh humor membuatkan masa berjalan begitu pantas sekali.

Tengah sedap-sedap dengar ceramah, si Abang mengamuk pulak nak balik sebab dia nak membotolsusu. Terpaksalah aku bawa dia balik ke rumah dulu. Selepas aku buat susu dia, aku periksa perangkap tikusku. Yahoooo.. dapat sekali 2 ekor cencorot!

Abang pulak sambil membotol, terus lelap. Yang lain masih di surau pula. Mujur anak jiran aku ada di rumah dia dan sanggup menemani Abang dan cencorot dalam sangkar tu. Aku menapak kembali ke surau. Hampir 11.45 malam, ceramah tamat. Rupanya ramai anak kecil yang sudah tertidur termasuklah Kakak dan Adik. Terpaksalah aku dukung si Adik pula dan menapak ke rumah sekali lagi.

Masa aku dukung Adik, aku lihat di pentas, sesi otogeraf tak rasmi telah mula berlangsung. Bila aku kembali ke surau 15 minit kemudian, sesi otogeraf itu masih panjang lagi "Q"nya. Mungkin sebab Akhil Hayy baru keluarkan album nasyid yang buat ramai yang mahukan tandatangan beliau pada kulit albumnya.

Sambil-sambil diaorang berebut-rebut nak otogeraf tu, sesi ambil gambar ajk surau bersama ustaz pun berjalan. Ambil gambar ikut suka tuan punya kamera hehehe. Rasa macam nak buat simbol rock kapak di belakang kepala Ustaz tapi tak sangguplah pulak.

Selesailah sudah ceramah Isra' Mi'raj Surau Al-Hidayah Saujana Utama untuk tahun ini. Bagi yang tak pernah dengar Akhil Hayy ni bernasyid, tekanlah "play" pada klip video di bawah. Pada yang nak dengar rakaman ceramah dia pulak, sila klik sini.



Sebagai penutup entri ini, sama-samalah kita hayati lirik Selimut Putih.

Bila Izrael datang memanggil,
Jasad terbujur di pembaringan,
Seluruh tubuh akan menggigil,
Terbujur badan dan kedinginan.

Tak ada lagi gunanya harta,
Kawan karib sanak saudara,
Jikalau ada amal di dunia,
Itulah hanya pembela kita.

Janganlah mahu disanjung-sanjung,
Engkau digelar manusia agung,
Sedarlah diri tahu diuntung,
Sebelum masa keranda diusung.

Datang masanya insaflah diri,
Selimut putih pembalut badan,
Tinggal semua yang dikasihi,
Berbaktilah hidup sepanjang zaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Aug 2006

Lepas Ceramah

Makan dengan Ustaz Akil Hayy di rumah seorang sahabat.



Tengah buat apa tu Ustaz?



Ohhh....



Otograf kedua yang pernah aku dapat. Yang pertama, Sinaganaga untuk buku Ayah Kita Bos.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Aug 2006

JEMPUTAN



UPDATE - Peta ke Saujana Utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Aug 2006

Hidup Umpama Roda

Selepas tamat pengajian, aku pernah kerja di 4 tempat dalam masa 4 tahun sebelum menjadi hamba kerajaan sejak hampir 7 tahun yang lepas ini.

Masa aku grad, aku boleh pilih nak kerja kat mana-mana yang aku suka. Aku pergi temuduga. Yang ditanya berapa gaji nak dan bila boleh mula. Tak sempat aku nak pergi temuduga kali kedua, aku sudah mula bekerja. Itulah untungnya grad zaman ekonomi Malaysia mencanak-canak naik macam tidak akan jatuh.

Cukup setahun di situ, aku sudah bosan. Aku pindah kerja. Bidang kerja sama tapi pejabat yang lebih kecil dan di lokasi yang aku lebih suka. Sebenarnya ia lebih kepada aku mahu dekat dengan awek aku hehehe.

Selepas setahun di tempat kedua ini, ekonomi mula goyang. Satu hari sebelum hari gaji, Bos buat mesyuarat tergempar maklumkan gaji kami semua dipotong 30%. Potongan gaji mula serta-merta dan esok akan mula dapat gaji baru! Giloss. Kami semua protes sebab tidak diberi amaran lebih awal. Bos dengar cakap kami dan dia sanggup jual batang-batang golf dia (atau apa-apa batang yang dia ada.. kami peduli apa) untuk bayar gaji penuh bulan tu. Tapi bulan depan tak ada kompromi lagi. Bos juga cadangkan kami cari kerja lain.

Tak sempat aku cari kerja lain, bos aku sudah carikan aku kerja lain di syarikat kawan dia. Gaji kurang sedikit tapi tidak sesedikit gaji yang akan dipotong 30% itu. Aku pun terima sahajalah. Rupanya, aku ibarat sudah keluar dari oasis kering melangkah ke perigi buta. Hari ketiga di tempat baru, aku sibuk berkenalan dengan pemungut-pemungut hutang yang ingin sangat berjumpa dengan bos baru aku. Dari indon tukang besi sampai towkei kedai bunga cari dia. Hampeh betol!

2, 3 minggu kemudian keadaan jadi tenang. Aku tak tahulah pegawai bank mana yang mangkuk berani bagi bos aku hutang lagi masa tu. Yang aku tahu, pemungut-pemungut hutang tu berhenti bersembang dengan aku dan bank tempat pegawai bank mangkuk itu bekerja dah bertukar signboard. Aku juga sudah tidak perlu duduk di pejabat lagi tetapi ditempatkan di pejabat tapak sebab projek baru dah bermula.

Bos aku janji akan bagi duit minyak dan elaun tapak sebab kena kerja di kontena dan berkantinkan Madhura. Bila ada lukisan yang nak diberikan pada subkontraktor, dia suruh aku cetak guna duit aku dahulu dan claim kat pejabat. "Baik bos" kata aku. Selepas beberapa bulan, aku masih tak dapat semua claim-claim aku. Bukan setakat aku je yang tak dapat apa yang dijanjikan, pekerja-pekerja Indon kat tapak semuanya dah tak nak kerja sebab dah lama tak dapat gaji. Nasib baik diaorang tak pelangkung aku!

Aku sendiri sudah mula mencari-cari kerja lain. Sementara aku sedang mencari-cari itu, pengarah syarikat yang membiayai projek aku tu buat lawatan mengejut dan dia bengang sebab tidak ada Indon yang bekerja. Rupanya, hari itu barulah aku tahu, bos aku sudah pusing duit projek ini untuk projek lama yang tak siap-siap dan takkan siap itu. Akibatnya... aku yang bekerja di syarikat yang mengendalikan kerja di tapak tapi tak tahu malu guna duit yang orang bagi untuk projek lain pulak, telah tidak diperlukan lagi.

Maka bermulalah hidup aku sebagai seorang Salesman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Aug 2006

Lelap

Maghrib.

"Abang ni bau ikan lahh.. pegilah mandi cepat!"
Aik.. aku yang baru balik main bola ni dikatakan bau ikan... ehh.. bini aku mana pernah panggil aku abang... anak aku yang sukar disuruh mandi itu rupanya yang berbau.

Tengah Malam.

"Sayang ni kuat benau bau petai.. gi lah gosok gigi tu dulu"

Lepas gosok gigi.... aku taip entri ini sebab bini aku dah lelap! Lama betul aku menggosok rupanya.



Ps... aku pergi Laman Seni lawat gerai geng jurnal. Kalau nak tahu kisah sorang jejaka pemalu yang aku jumpa kat situ.. sila ke entry kingbinjai ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Aug 2006

Apa Kata Survey

Ketika berbicara tentang konflik dalam rumahtangga, penceramah ada menyebut tentang satu kajian oleh seorang saintis yang dia dah lupa nama. Kajian itu menyatakan, perempuan perlu menuturkan sebanyak 1,000 (atau 10,000???) patah perkataan dalam sehari. Lelaki pula hanya perlu bertutur sebanyak 20% sahaja dari jumlah perkataan seorang perempuan. Pendek kata, untuk memastikan sesuatu konflik di antara lelaki dan perempuan itu dalam keadaan terkawal dan menjurus kepada hasil yang positif, faktor kebercakapan yang banyak seorang perempuan haruslah difahami oleh seorang lelaki.

Untuk mengesahkan akan kebenaran teori ini, aku telah membuat perbandingan di antara blog-blog berikut :-

Blog Isteri Orang

MAMARISYA

RAHAYU

P-NUT

Blog Anak Dara

Sastri

Si Kenit

Tuan Tanah

Blog Suami Orang

Ontahsapo

Esis

DugongSenyum

Blog Lelaki Bujang

BlackPurple

Spyz

AyobKelubi


Hasil pemantauan aku ialah:-

Kebanyakan entri blog lelaki bujang dan yang dah berkeluarga tak banyak beza. Pendek.
Kebanyakan entri blog orang perempuan semasa bujang pendek-pendek... bila dah mula berkeluarga... mak aiii.. panjangnyaaaaa.

Kesimpulan anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Aug 2006

Kursus

Aku kena hadir kursus Pengurusan Konflik dan Krisis selama 2 hari. Tadi (Selasa) cerita pasal konflik. Esok (Rabu) cerita pasal krisis pulak. Kursus ok. Tapi aku rindukan blog aku! Kat rumah ni sempat jenguk sekejap2 jer sebab anak-anak aku sibuk suruh buka website Ultraman dan Power Rangers. Si Kakak pulak demam, sampai Ustazah dia hantar balik ke rumah petang tadi. Bila dorang dah tidur, baru boleh memblog dengan aman hehehe. Baru sempat jengah beberapa blog dan komen apa yang patut... tengok jam dah lewat malam dah. Pada tuanpunya blog-blog yang aku tak sempat tinggalkan jejak tu aku nak mintak maaf banyak-banyaklah ya. Tapi tak tinggal jejak tak bererti tak lawat ya :). Kalau ada yang sudi, silalah jenguk fotopages aku. Aku akhiri entri aku ini dengan pertanyaan... Apakah yang pelik dengan amaran pada tingkap bilik hotel ini?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...