Semoga bertemu di syurga
23 Sept 2013
17 Sept 2013
Akhirnya Tak Menang Dah
5 saat kemudian, bola berada di kaki Mignolet.
Nampaknya Liverpool yang masih belum kalah dan berada di takhta liga selepas 4 perlawanan ini masih belum punya mentaliti pasukan juara.
mmmmmmmmmm
29 Aug 2013
Selepas Satu Bulan
"Fuel consumption" selepas satu bulan. Tidak tahu bagaimana ada yang dapat purata lebih 600km bagi setiap pengisian penuh.
8 Aug 2013
3 Aug 2013
1 Aug 2013
Baru Jumpa Lama
Sempat bawa bini baru jumpa dengan bekas bini yang kini sudah berubah sedikit rupa parasnya.
Bini lama akan belayar jauh malam ini bersama kekasih baru. Semoga pelayaranmu dipermudahkan wahai Wira.
Bini baru pula masih dilayan dengan lemah lembut sepertimana bini muda yang lain.
30 Jul 2013
20 Jul 2013
13 Jul 2013
11 Jul 2013
27 Apr 2013
Posing Dengan Patung
Saya terjumpa DSAI semasa hendak keluar dari Golden Lounge KLIA pada hari rabu lepas. Kongsikan gambar ini di grup Whatsapp jiran-jiran saya, ada yang kata saya bergambar dengan patung.
Saya terjumpa DSAI pada jam 2.45 petang. Rupanya DSAI hendak ke Johor Bahru. 5 petang dia di JB. 9 malam di Batu Pahat. Jam 11.15 malam di Segamat. Tengahari esoknya buat sidang akhbar di KL. Patutlah saya nampak gemuk dalam gambar ini.
4 Apr 2013
3 Apr 2013
10 Mar 2013
9 Mar 2013
KO Ditawan Vanaam
Saya sudah jatuh hati dengan filem Tamil! Ini semua kerana terpengaruh dengan Sepon. Jalan cerita yang berani dan berpijak di dunia realiti membuatkan hati saya terpaut hehehe.
Menonton Vanaam (poster kiri) membuat saya kagum dengan keberanian mereka berkarya sehingga ke isu pertelingkahan agama dijadikan sebagai salah satu daripada lima kisah yang dipaparkan dalam filem ini.
Filem KO (sebelah kanan) pula membuat saya sedar betapa ada manusia yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengorbankan kawan sendiri demi kuasa. Menyedarkan saya bahawa jika sekadar merompak beberapa ribu ringgit pun ada yang sanggup jadi pembunuh, untuk mendapat kuasa politik pasti lebih dahsyat yang mampu dilakukan oleh manusia! Bukanlah bermakna semua manusia tetapi manusia yang tidak berhati perut lah. Manusia yang tidak ada istilah halal haram dalam hidupnya.
Nota :- Kedua-dua filem ini saya tonton di saluran 202.
24 Feb 2013
Aku Boleh Terbang Laju
Saya telah berjaya chek in di Facebook seolah-olah saya berada di Helsinki. 22 minit kemudian saya chek in di rumah sendiri pula tetapi tidak ada yang bertanya bagaimana saya boleh terbang selaju itu. Adakah ini bermakna ramai yang dah tahu tentang app gps palsu ini?
App ini boleh membantu seseorang penipu tegar untuk "berada" di tempat yang lain bagi mengelak penipuannya diketahui. Contohnya. ..untuk meyakinkan sang isteri, seorang suami penipu boleh meyakinkan isterinya yang naif kononnya dia "outstation" ke mana-mana tempat yang di dunia ini sedangkan di penipu itu sedang bersama kekasih baru di lokasi yang lain.
App ini juga boleh memudahkan seseorang pekerja mempermainkan bos dia sendiri, seorang anak menyembunyikan lokasi sebenar daripada pengetahuan Ayahnya, seorang pengintip mengaburi pandangan orang yang diintip dan pelbagai lagi penyamaran yang boleh dibuat secara maya. App ini juga pasti akan menyebabkan segala bentuk chek in secara maya tidak laku di mahkamah.
Akan tetapi, app sebegini masih boleh kita gunakan untuk kebaikan. Bagaimana caranya? Tuan-puan kena fikirkan sendiri.
Ps - saya telah berusaha mencari kaedah untuk menipu lokasi ini kerana saya rasa saya telah cuba ditipu baru-baru ini. Walaubagaimanapun, penemuan ini bukanlah bererti saya pasti yang saya telah ditipu, cuma saya tahu yang kemungkinan untuk saya ditipu memang ada. Itu sahaja.
21 Feb 2013
18 Feb 2013
Terlalu?
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan terlalu?
Apakah peraturan dan prosedur yang dibuat tidak perlu terlalu dipatuhi?
Apakah yang dimaksudkan dengan kompromi?
Bolehkah kita berkompromi terhadap peraturan dan prosedur?
Jika boleh, berapakah nilai yang kita boleh letakkan sebagai had untuk kita berkompromi?
Jika bukan nilai jadi ukuran, adakah kompromi kita hanya perlu kepada orang tertentu sahaja?
Akhir sekali, peraturan dibuat untuk dipatuhi atau untuk dikompromi?
Ada lagi......hidup kalau tak nak ikut peraturan lebih baik mati!
16 Feb 2013
Peningkatan Mendadak!
Tak sangka betul blog ini telah berjaya menunjukkan peningkatan drastik dari segi bilangan post mengikut tahun hehehe
14 Feb 2013
Mee Udang Bukan Kuala Sepetang
Ini mee udang banjir Kuala Selangor. Satu mangkuk dengan 6 atau 7 ekor udang ini hanya berharga RM7 sahaja. Mee udang di Kuala Sepetang belum tentu dapat jumlah udang yang sama. Yang dah tentu ialah harganya 2 kali ganda.
Lokasi? Berdekatan lampu isyarat di persimpangan ke Bestari Jaya. Kalau dari Tanjung Karang kedainya di sebelah kiri sebelum simpang tersebut.