23 Feb 2016

Kenduri Duit Rumah

Beberapa minggu lepas saya pergi kenduri kahwin. Saja je bertanya dengan saudara mara tuan rumah berapa kos buat majlis tu kerana majlis dibuat di dewan yang memang dibina khas untuk kenduri kahwin. Jawapan yang diberi ialah RM30,000.00 untuk 1500 tetamu. Pakej lengkap dengan sewaan dewan dan hiasan ikut tema, meja dan kerusi, pelamin serta yang penting sekali makanan. 

RM30,000.00 untuk jadi raja sehari!

Belum masuk lagi kos cenderahati untuk tetamu. Kalau 1500 x RM2 pun dah RM3,000.00. Jurukamera pun kena upah orang lagi RM2,000.00 Jumlah semua RM35,000.00 semata-mata kerana nak ikut budaya kita yang suka buat kenduri kahwin besar-besar. Makin lama makin besar kenduri yang dibuat sekarang ni. Dulu kalau ada 5 khemah dah dikira besar. Sekarang ni minima 8 khemah!

Point yang saya nak sebut ialah :-

1)   Hantaran makin tinggi sebab nak buat kenduri besar-besaran
2)  Anak-anak jadi lambat kahwin sebab ambil masa lama nak kumpul duit hantaran tinggi tu.
3)  Ada yang buat pinjaman peribadi sebab nak kahwin cepat. Anak dah 4 masih tak habis lagi bayar loan.
4)  Mengeluh gaji anak-anak tak cukup sekarang ni tapi tetap nak bebankan mereka bila mereka nak kahwin.
5)  Kalau mampu simpan RM1,000/bulan pun kena ambil masa dekat 3 tahun untuk kumpul RM35,000.00.
6)  Kumpul duit sebanyak itu untuk dihabiskan dalam majlis satu hari sahaja!
7)  Habiskan duit sebanyak itu untuk gembirakan hati siapa?
8)  Contoh kos kenduri RM35,000.00 ini untuk sebelah pengantin perempuan sahaja. Kalau sebelah lelaki pun buat sebesar yang sama macamana? Dah boleh beli sebiji flat di taman wilayah selayang secara tunai!
9)  Hasil dari "kutipan" sumbangan tetamu yang datang boleh cover balik ke kos kenduri tu? Kalau dapat 50% pun dah cukup tinggi tu.

Kesimpulannya ialah, buat kenduri ringkas cukuplah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Feb 2016

Tabung Haji

Alhamdulillah....buat pertama kali sejak buka akaun tabung haji, tidak ada urusan mengeluarkan duit pada sepanjang tahun 2015. Dulu akaun tabung haji tu dihubungkan dengan kad ATM bank. Buat potongan gaji pun tak guna sebab senang nak keluarkan balik.

Hujung 2014 dah batalkan link pada kad ATM tu. Hasilnya dapatlah dividen banyak sikit hehehe.

Kalau kad ATM anda ada link denagn akaun tabung haji anda, pergi batalkan sekarang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...