30 Dec 2008

Entri Cukupkan Kuota

Aku balik kampung sempena cuti krismas dan maal hijrah. Kesian orang kampung bini aku. Harga getah RM1 lebih jer sekarang. Dulu masa harga RM3 lebih, ramai yang beli kereta. Sekarang ni dengar ceritanya dah banyak keta nak kena tarik. Abang ipar aku kata lebih baik harga minyak tinggi sebab getah pun tinggi. Minyak tak banyak pakai sebab motong getah pakai motosikal. Kereta simpan kat garaj. Sekali sekala pergi bandar baru guna. Sekarang ni buat kerja sama teruk macam dulu tapi pendapatan kurang 2/3.

Sekianlah sahaja penulisan aku untuk tahun 2008. Hujung-hujung tahun ni sibuk pulak nak kejar Sasaran Kerja Tahunan yang belum tercapai lagi ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Dec 2008

Happy New Year

Aku sibukkkk..... cuma nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1430 buat semua. Jumpa lagi tahun depan.... tahun hijrah ya.. bukan tahun masihi.

Ehhh.. 1430 atau 1429 ek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Dec 2008

Rezeki Berendam 2

Rezeki. Kita tak ada kuasa langsung nak tentukan rezeki kita. Yang kita boleh ialah berusaha mendapat rezeki. Dapat atau tidak... bukan kuasa kita.

On the way ke Sunway Lagoon minggu lepas aku tersalah jalan. Aku tak tahu dah ada flyover terus ke parking. Akibatnya aku memandu ke arah jalan yang sesak sebelum aku dapat buat pusingan U. Rugi 20 minit masa untuk berendam.

Sampai kat pintu masuk....



Ohh mak aiiii.. ramainya makhluk. Tambah lagi 20 minit masa rugi untuk berendam. Sambil beratur aku kira berapa duit nak kena keluar ni. Nak masuk Water Park + Amusement Park + Wildlife Park + deposit 5 gelang tangan = RM314! Aku kira-kira.... campur dengan belanja nak makan kat dalam nanti... habis duit honorarium aku ngajar kat Sabah hari tu.

Tetiba bini aku call tanya dah sampai kaunter tiket ke belom. Nasib baik belum sebab ada orang bagi tiket free untuk budak-budak. Sampai 6 tiket pulak tu. Tapi tiket tu untuk waterpark + amusement park je. Wildlife tak masuk.



Kakak datang hantar kat aku tiket tu. Oleh kerana wildlife tak masuk... jadi aku decide abaikan terus niat nak bergambar dengan ular dan monyet kat situ. Daripada kena keluarkan RM314 tadi... aku cuma perlu bayar RM146. Banyak dapat jimat tu. Kalau dah rezeki tu... akibat aku salah jalan dan ramai orang dok beratur.. aku dapat tiket free untuk 3 orang anak aku x RM36/seorang = RM108. Si Adik memang tak payah bayar.

Tiket dah beli.. gelang tangan dah pakai... jadi... bermulalah sessi bersukaria. Tapi kalau dah pergi dengan budak-budak.. memang payah sikitlah nak betul-betul bergumbira... Kakak dengan Bini aku yang paling banyak naik rides kat amusement park. Aku jadi tukang jaga Adik dan 2 budak lelaki ganas tetapi penakut nak main benda berpusing-pusing laju-laju. Kejap-kejap melalak ajak pergi ke kolam. Tak sabar nak berendam. Yang si Kakak dok sibuk nak main semua benda pulak.. Bini aku pun sama. Aku terpaksalah layan dorang main video game.

Sebelum masuk air.. aku ajak makan dulu. Ooo mak aiii... sekali makan abis RM60. Nasi RM11, soft drink RM5, mineral water RM3. Cekik darah tul bab makan-minum kat taman ni. Masa nak masuk, semua beg kena periksa. Tak da peluang nak seludup hatta makanan ringan sekalipun. Inilah yang dinamakan ekonomi kapitalis... bila permintaan tinggi.. harga akan naik. Kalau dah bayar beratus-ratus ringgit tak kan nak masuk kejap je kan. Dah tentu dok dalam tu lama-lama dan akan rasa lapar dan dahaga. Nak keluar dan masuk balik pun tak boleh. Kalau boleh keluar masuk.. harus ramai yang keluar gi makan nasik yang dah bawak siap-siap dari rumah kat kereta. Udah kenyang baru masuk balik.

Ok... pendekkan cerita....

Masa mandi-manda, aku tinggalkan jer beg kat tepi sebab aku tengok ramai yang buat camtu. Lagipun benda berharga aku simpan kat loker berkunci. Dalam beg cuma pakaian jer. Takkan ler ada yang nak curik kan kan kan.....

TAPIIIII.. aku silap percaturan. Ada peminat Liverpool yang tak pernah jumpa beg seperti beg galas Liverpool anak aku yang baru aku beli kat Padang Besar tempoh hari. Mungkin seumur hidup dia, dia tak pernah tahu ada beg sebegitu yang harganya sekitar RM20 sahaja. Mungkin bagi dia beg itu begitu berharga kerana Liverpool adalah sebuah pasukan yang sangat kuat. Dia sanggup ambil risiko untuk mencuri beg itu di tengah-tengah kesibukan orang ramai yang lalu lalang. Dia sanggup ambil risiko terkantoi dengan tuan punya beg semata-mata kerana sayangkan Liverpool!

Aku tak kisah pasal beg tu sangat sebenarnya sebab beg tu pun bukannya mahal pun. Yang aku kisah ialah..... Pakaian semua anak lelaki aku yang 3 orang tu ada dalam beg yang cantik itu lahhh! Dengan diapers Adik sekali disebatnya. Takkan dorang nak balik pakai baju renang jer?

Kalau masa nak masuk aku dapat rezeki terpijak ada orang bagi tiket free... masa nak balik aku terpaksa meminta jasa baik orang yang ada anak sebaya untuk sedekahkan diapers sehelai. Aku nak bayar... tapi orang tu tak nak. Terima kasih pada orang itu. Baju pulak? Takkan nak mintak sedekah jugak? Ingat lagi pasal ekonomi kapitalis yang aku sebut pasal permintaan tinggi harga mahal tu?.... Aku terpaksa beli pakaian 3 pasang yang harganya dekat-dekat RM150!

Rezeki.. rezeki....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Dec 2008

Rezeki Berendam

Korang tengok gambar jelah dulu. Nak bercerita tak ada masa hari ni. Nak susun gambar pun tak sempat. Sebenarnya aku ada cerita yang sangat menarik terutamanya melibatkan gambar yang terakhir. Aku dah ceritakan pada ramai orang.. semuanya mengakui cerita aku tu menghiburkan hati dorang.. jadi... lain kali datang balik ya.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Dec 2008

Aku Blogger Profesional

Nuffnang aku sudah mula ada duit rupanya... hahaha



Agak-agak dalam 15 tahun lagi cukup tak RM100 ek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Dec 2008

Niat Tak Dipenuhi

Update letak gambar pada 10.00am 16/12/2008

Jumaat 12 Disember 2008

Niat di hati bertolak jam 10. Dekat pukul 12 tengahari baru bertolak. Singgah hantar Mak di Bukit Sentosa dan terus guna jalan lama hingga ke Tapah. Masuk PLUS sebelum terlajak ke Cameron Highlands. Tiba di Sg Petani 6 petang. Ingat nak tidur awal tapi telah melayan "Down to Love" hingga 12 tengah malam. Nasib baik terlelap masa "nightline".

Sabtu 13 Disember 2008.

Niat di hati bertolak jam 8. Dapat sms nikah tunda ke jam 12. Balas sms... yahoo dapat sambung tidor. Pukul 10 mula perjalanan. 11.30 sampai di Kodiang setelah terlajak kereta hingga ke Arau. 12.20 Pak Imam sampai. Bagi khutbah nikah dan soalan-soalan yang menambah debaran pengantin lelaki... pukul 1 tengahari sah diijabkabulkan.


Banyak betul soalan Pak Imam ni


Bapak pengantin dah tak sabar dah tu Pak Imam weii..


Anak sapalah yang tak pernah tengok padi ni?


Niat di hati nak ke Pekan Rabu jam 3 petang. Alang-alang dah terlajak hingga Arau tadi... tukar fikiran hendak ke Padang Besar. Perlis kan kecik... mesti dekat je Padang Besar tu. Jalan punya jalan.. akhirnya jumpa sign board.. Padang Besar 35km. Chess.. jauh lagi rupanya. Alang-alang terlajak kereta.. teruskan jelah ke sana.


Perempuan dan gelang tak dapat dipisahkannn

Niat di hati singgah sebentar jer. Dekat pukul 7 baru bergerak. Destinasi seterusnya Balik Pulau. Jalan ikut sign board. Sampai ke Arau semula baru jumpa sign board ke PLUS via Bukit Kayu Hitam. Dah dekat sampai Changlun, nampak simpang ke Chuping dan Padang Besar. Dari Padang Besar tadi aku jumpa simpang ke Chuping tapi tak tulis pulak Changlun atau Bukit Kayu Hitam. Aku syak perjalanan ikut sign board jalan di Malaysia bukanlah jalan terdekat!

Sempat singgah bergambar dengan burung unta

Niat di hati nak ke Pulau Pinang naik feri. Dah lebih pukul 10 baru sampai Butterworth. Terus guna jambatan jelah. Kat mana terminal feri bukannya aku tahu pun. Selepas terpotong que beberapa kali sebab tak tahu yang kereta-kereta tu semua beratur untuk masuk ke simpang yang aku kena masuk, berjaya tiba di rumah anak sedara bini aku 5 minit selepas Liverpool vs Hull start. Masuk rumah terus rampas remote Astro dan tekan 813. Hampassss... keluar perkataan "channel not subscribe" kat TV! Hampassss.

Niat di hati nak tidor jelah sebab badan penat. Nak tengok bola, mamat yang sambut aku pakai jersey Man Yu ni dah tamatkan pakej sukan Astro dia. Tak da orang tengok kata dia. Hampas! Tetiba dapat sms bertalu-talu. Hull 1 Liverpool 0. tak lama lepas tu Hull 2.. Tak percaya dengan sms penyokong Lalang United yang aku dapat tu, aku sms rakan sekelab aku. Hull 2 Liv 1. Tak sempat balas dapat lagi Hull 2 Liverpool 2. Niat aku bertukar lagi. Abang Ngah yang dah banyak tido dalam kereta jadi peneman aku ke kedai mamak tengok separuh masa kedua. Hampas... bila aku tengok, takda gol sebijik pun.

Ahad 14 Disember 2008.

Niat di hati nak bertolak ke KL via feri tanpa pergi ke mana-mana kat Pulau Pinang. Ada pulak yang ajak tengok ikan. Tengoklah ikan lagi. Makan tengahari, cari jeruk... dekat jam 4 petang baru naik feri. Keluar dari feri tengok sign board kata ke Kulim belah kiri. Ke Alor Setar dan Pulau Pinang belah kanan. Hampas lagi.. nak ikut mana ni.... aku ikut belah kiri.. rupanya ini hiway Kulim Butterworth. Buat u-turn ke arah terminal feri.. baru jumpa jalan ke Ipoh.... yang belah kanan tadi. Bodoh punya sign board... orang baru keluar feri dari Pulau Pinang perlu ke diberitahu arah jalan ke Pulau Pinang? Sepanjang perjalanan kereta banyak.... berenti kat hentian sebelah.. nak kencing pun kena beratur. 9.45 baru sampai rumah.


Besaunya ikannn


Kalau tak naik feri tak sah ke Penang

Isnin 15 Disember 2008

Niat di hati nak tengok game Chelsea sekejap jer. Kalau Chelsea score jer terus tutup ah. Tetiba West Ham pulak yang score dulu. Pukul 2 pagi jugak aku tidor. Walaupun dah lewat, aku tido tersengeh sebab Liverpool masih di atas takhta. Sesampai kat opis terus buat kerja yang nak kena sumbit hari ni. Pukul 2 tadi selesai. Lega.

Kul 1.30 tadi dapat kerja yang sepatutnya orang lain punya kerja yang aku tatau kenapa aku yang diminta buat. Logik tak... sampai sekarang aku tak sentuh pun benda tu? Mahunya tak logik. Aku tido beralaskan tangan kat surau tadik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Dec 2008

Aidil Adha 1429

Aku tahu ramai yang jadi peminat blog aku ni adalah perempuan. Orang perempuan susah sikit nak pergi tengok majlis korban kan kan kan... jadi aku ingat nak letak beberapa video klip korban kat tempat aku... tapi lama benor nak upload video tuh. Jadi aku bagi korang tengok gambar je lah...

Mula-mula sekali kita tengok tapak kaki lembu yang telah dikorbankan.



Inilah caranya untuk mendapatkan tapak kaki lembu-lembu tadi.



Kita kembali kepada masa mula-mula tuan punya tapak kaki tadi disembelih.



Yang ini pula ialah semasa proses melapah.



Kita melompat balik kepada gambar kepala lembu sebaik sahaja disembelih.



Pada pendapat korang kan.... kalau kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa baru-baru ini terjadi akibat ada mangkuk hayun yang makan rasuah walaupun dah tahu kat tempat tu berbahaya untuk dibina bangunan... sesuai tak kalau lehernya disembelih?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Dec 2008

Kisah DSLR Lagi

Sapa mau DSLR Olympus E-420 free! Iyaaa.. percuma.

Aku tahu pasal benda ni pukul 12.30 tadi selepas baca blog Tiara. Kat situ dia ada buat iklan pasal satu company tu... dalam hati aku... "apahal minah ni tak tulis cerita 18sx macam hari-hari jumaat sebelum ni? Apahal iklan free dengan tulisan skema nak mampus dibiarkan tanpa ada entri baru?".

Sudahnya.. aku terklik pada link yang ada kat entri tu. Patutlah minah tu rajin buat iklan free.. dia nak dapat cuci gambar percuma rupanya. Sampai 50 keping pulak tu. Bila dah dapat gambar, buat review lagi dan boleh dapat RM50 pulak. Perghhh.. menarik jugak ni...sampai masa khutbah jumaat tadi aku tak tido langsung tapi tetap tak dengar apa yang khatib tu baca hahaha.

Dengan semangat berkobar-kobar.... aku pun terus ahh jadi member dan nak upload 50 keping gambar daripada beratus-ratus gambar yang tersimpan dalam pc aku ni. Dalam kepala dah siap ahh karangan aku untuk buat review website online printing ni.. yang dalam BM ada... yang dalam BI pun ada. Siap terbayang-bayang Olympus E-420 yang akan aku dapat bila review aku jadi johan nanti! TETAPIIIIII... masa upload cara express yang ada kat website tu.. keluar error macam dalam gambar ni.



Apa kejadahnya makna nombor-nombor tu ek? Kenapa lah tak boleh upload ni. Kalau upload biasa boleh tapi lambat gila kalau pakai pc kat opis aku ni. Nak kena upload sampai 50 keping.... mau sampai malam baru selesai upload. Server opis aku ni memang lembab gilos.

Nampaknya.... bayangan Olympus free tu dah makin hilang dah. Kalau korang nak join the race bolehlah pergi kat website tu. Setakat ni baru 8 orang jer yang dah buat review. Peraduan ni terhad untuk 50 yang pertama jer.... kalau korang rajin pergilah jengah. Manalah tahu boleh dapat camera tu. Nanti bolehlah korang hadiahkan kat aku sebagai tanda terimakasih atas makluman aku ni.

ps.. review yang dah ada.. bagi aku bukan review... macam iklan jer!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Dec 2008

Undang-undang Baru Kereta Baru?

1 Aku + 1 Mak + 1 Bini + 4 Anak = 2 Saman?


Mulai 1 Januari 2009

Alternatif 1

Aku kena naik bas dengan Kakak; Bini bawa Mak, Bang Ngah, Bang Chik dan Adik bertolak guna kereta 1 jam kemudian; jumpa di tempat yang hendak dikunjungi. Bermesra, bermain, berenang, bermakan, berminum, bergembira dan sebagainya. Masa nak balik, Bang Ngah pula teman aku naik bas dan kami sampai di rumah 2 jam selepas yang lain sampai.


Alternatif 2

Aku ambil risiko bawak semua naik kereta. Ambil risiko kena saman.


Alternatif 3

Aku ambil risiko bawak semua naik kereta. Kalau ada road block, berhenti tepi jalan sampai road block habis. Kalau kena kejar dengan polis, larilahhh.. dah nama pun kena kejar.. mestilah lari


Alternatif 4

Aku ambil risiko bawak semua naik kereta. Kalau kena tahan.. bagi rasuah!


Alternatif 5

Duduk rumah diam-diam!


Ermmm... adakah peraturan tali keledar belakang ni ada kaitan dengan Proton MPV?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Dec 2008

Saiz Biasa Barang Besar

Ada masa-masa tertentu aku rasa susah betul kalau punya saiz kaki yang normal. Dalam timbunan kasut-kasut dalam gambar kat bawah ni... mungkin tak sampai 5% sahaja yang padan dengan kaki aku. Kasut saiz 8 hingga 11, berlambak-lambak. Saiz aku... punyalah payah nak jumpa. Bila dah jumpa, asyik yang sebelah kanan ajer. Aku sudah putus asa selepas lebih 1/2 jam mencari. Datang bini aku... tak sampai seminit dia jumpa yang belah kiri.


Secara kesuluruhannya, aku dan keluarga habiskan masa selama 3 jam kat jualan kilang kasut ni....demi nak dapatkan kasut sekolah RM10/sepasang dan kasut-kasut lain yang paling mahal pun cuma RM19 sepasang.




Gambar berikut tidak ada kena mengena dengan saiz kasut dan juga bukanlah untuk memberitahu aku dah beli DSLR. Ia hanya untuk menunjukkan betapa aku teringin nak ada barang besar macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...