14 Aug 2015

Duit Raya Bank Islam

Syawal pun dah nak habis. Duit  raya budak-budak hampir semua dah dimasukkan dalam akaun tabung haji masing-masing. Hari tu saya memang dah bagi tau  awal-awal yang hanya 20% sahaja duit raya yang boleh dibelanjakan. 80% simpan.

Tapi. ..lepas kira duit raya...semua terus masuk sampul ikut nama dan yang dah masuk  dalam akaun saya tak tolak pun 20% tu. Lupa. Harap-harap tuan punya duit raya pun lupa kihkihkih.

Terlanjur dah ke tabung haji tu. ...terus daftarkan untuk mereka naik haji. Tahun jangka dapat pergi haji ialah tahun 2084! Sempat lah si kakak berumur 85 tahun baru dapat. Kalau tunggu dah bekerja baru daftar sendiri....mungkin sampai umur 124 tahun baru dapat agaknya.

Saya juga dapat rezeki terpijak yang tak disangka-sangka. Bank  Islam nak bagi saya kad petrol bernilai RM1,000! Alhamdulillah.....bolehlah jadi orang minyak untuk dua tiga bulan ni kihkihkih. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Aug 2015

Ainur PMC

Khamis lepas Ainur warded di  PMC. Kami tak ambik  insurans medical card jadi  bayar sendiri. Duduk 2 malam kena RM2500....phewwww.

Tengok pada bil, harga bilik RM95 sahaja satu malam. Yang mahal ialah benda-benda remeh yang kita boleh beli sendiri dengan murah di tempat lain. Yang juga mahal tetapi saya rasa berpatutan  adalah kos rawatan dan bayaran puan doktor.

Walaupun perlu bayar sendiri kos Ainur masuk wad ini, saya tetap tak akan beli medical card.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Jul 2015

Salam Eidul Fitri Dari Si Hijau

Raya dah dekat. Biasanya dekat nak raya ni saya akan ditugaskan oleh isteri saya untuk menukar wang kertas di bank untuk dijadikan duit raya. Tahun ini tidak lagi. Bukan bermaksud kami tak bagi duit raya dah tetapi kami dah buat tabung khas untuk simpan duit RM5, RM10 dan RM20 sejak awal tahun lagi. Sebenarnya saya cuma teruskan simpanan sihijau (Duit RM5). Isteri saya yang simpan wang kertas RM10 dan RM20 hehehe.

Jadi...buat pertama kali dalam sejarah hidup saya nak berhari raya....tak perlu guna duit gaji terkini untuk bagi duit raya.....Alhamdulillah.

Sebut pasal gaji, bulan ini gaji gomen dah dapat awal. 9 hb dah masuk dah. Bulan depan...hujung bulan baru masuk seperti biasa. Kalau tak beringat....konfom makan serdak kuih lah 2 minggu lepas raya nanti. Itupun kalau ada lagi lah. Oleh yang demikian.....saya dah bertekad untuk tidak guna duit gaji yang telah diterima awal ini selagi belum 25hb iaitu tarikh ia patut masuk ke akaun jika bukan kerana nak raya ni. Gaji bulan lepas yang masih ada dalam akaun gaji telah dipindahkan ke akaun yang lain. Jadi, sekarang ni saya akan hanya gunakan duit di akaun yang bukan akaun gaji itu. Doakan semoga saya Berjaya!

Selamat Menyambut Eidul Fitri.
Maaf Zahir Batin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Jul 2015

Layak Lawan Mampu

  • Mei 1995 - Tamat belajar kat Universiti
  • Jun 1995 - Mula bekerja - Alhamdulillah grad di zaman ekonomi Malaysia sedang melonjak naik.
  • Ogos* 1995 - Mintak duit Mak untuk beli motor.
  • Jun* 1996 - Jual motor...beli kereta Proton Saga Aeroback second hand. Gaji RM1800 - bayar kereta RM636! Faedah pinjaman kereta setinggi 7.25% masa tu tetapi tempoh bayaran 5 tahun sahaja maksimum.
  • Julai* 1996 - Mohon kad kredit dengan Citibank. Pertama kali guna untuk beli kamera dan Sony Walkman berharga hampir RM500 - bayar minimum baru RM50 je kan.

* tak ingat bulan sebenar

 Kesilapan pertama saya - ikut nafsu beli kereta. RM636 daripada RM1800....itu 35% daripada gaji kasar yang belum tolak EPF lagi. Minyak? Kos selenggara?

Kesimpulannya - layak dapat pinjaman tidak bermakna anda mampu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Mar 2015

Berhabuk

Errr....siapa ada vakum? Nak pinjam. Berhabuk gila blog ni huhuhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Feb 2015

Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia

9.40  malam 12 Februari  2015.

Semoga Allah  permudahkan jalan beliau ke  syurga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...