29 Oct 2014

Bank Hitam

Dulu....Saya pernah cuba buka akaun simpanan di sebuah bank terkemuka di Malaysia. Rupanya saya telah disenaraihitamkan oleh bank tersebut kerana menjadi penjamin kepada orang yang tak reti bayar hutangnya.

Tahun lepas, masa saya beli kereta, jurujual kereta tersebut telah menghantar permohonan pinjaman kereta saya ke bank tersebut. Saya biarkan sahaja. Takkan saya nak beritahu saya ni bawah senarai hitam. Lagipun, saya pun nak tahu juga kot kot dah jadi putih balik ke. Tak lama lepas hantar permohonan, jurujual kata boleh dating tandatangan perjanjian kerana pinjaman kereta saya dah lulus. Wahhh.. saya sudah tidak hitam lagi...yehaaaa. Sekarang ni, pinjaman tersebut saya dah selesaikan dah pun sebab saya dah jual semula kereta yang saya beli tu.

Oleh kerana saya yakin saya dah jadi putih, saya bercadang nak buka akaun semasa di bank tersebut sebab ramai orang yang berurusan secara online menggunakan khidmat bank tu. Dah lama cadang pun tapi baru hari ini sempat hantar borang buka akaun. Itupun isteri saya yang hantarkan. Tengahari tadi dapat sms daripada isteri saya...Saya masih hitam lagi rupanya!

Betul kata orang....bank buat duit dengan cara bagi orang pinjam duit, bukan dengan duit yang orang simpan. Bagi pinjaman akan dapat pulangan melalui keuntungan atau faedah. Bagi orang simpan duit, bank kena bayar keuntungan atau faedah pada penyimpan pula. Lagipun, akaun simpanan atau semasa ni biasanya tempat duit duduk sekejap sahaja. Hari ini masuk gaji, kalau lepas seminggu masih ada separuh dalam akaun.... itu dah boleh jadi salah satu benda pelik di dunia kihkihkih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Oct 2014

Kaya Hartanah?

Tahun 90an dulu, ramai yang gila main saham. Beli saham tanpa modal pun ada kerana masa tu ramai yang main kontra. Hari ini beli RM1, lepas seminggu jual balik RM2. RM1 yang asal tu tak ada pun lagi dalam akaun. Tiba-tiba gawat ekonomi datang. Beli RM1 jadi 20 sen. Ramai yang terduduk.

Sekarang ini, sudah tidak boleh labur dalam bursa saham tanpa duit dalam akaun macam dulu-dulu. Jadi tak banyak sangat orang yang cerita pasal jadi kaya tanpa modal main saham.

2010an pula, sektor hartanah pula ada banyak insentif hingga ada yang beli rumah tanpa modal. Ramai yang beli beli beli bagaikan harga semua hartanah yang kita beli masa dilancarkan itu pasti akan naik mencanak bila dah dapat kunci. Selagi ramai yang dalam mood beli beli beli ini, selagi itulah pemaju akan tingkatkan harga jualan.

Beli untuk tinggal sendiri tidak ada kesan sangat. Dapat kunci nanti, duduklah rumah baru.

Beli untuk jual balik? Anda yakin harga akan naik sampai bila-bila? Anda yakin ada yang akan beli dari anda 2/3 tahun akan datang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Oct 2014

Nak Tulis Buku

Untuk tujuan rekod. .. saya telah nyatakan di Facebook pada 23 Oktober 2014 keinginan saya untuk tulis buku. Dalam salah satu balasan kepada komen yang diberikan, saya ada maklumkan yang buku akan siap dalam masa 3 tahun.

Doakan semoga 2017 buku ini berjaya dilancarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...