30 Nov 2006

Keputusan

Korang perasan tak tajuk entri aku sebelum ni "TESTING"? Kenapa aku pilih tajuk tu sedangkan aku sedang jawab Tag Amin Bakish, Mazudi dan Sastri? Sebab aku nak uji korang lah haha.

Hasil ujian aku tu ialah:-

Cuma Ontahsapo je yang dapat markah penuh sebab dia seorang je yang tulis no komen tanpa tambah apa-apa perkataan lain. Debik, Tiara, Syikin, Ungku Nor dan Halogamora dapat markah 3/4 penuh sebab mengikut arahan tapi ada menambah perkataan-perkataan lain seperti lalalala, suka menghisap dan muahahaha. Pegawai Khalwat dan Gitar Tong, aku bagi korang markah kosong hahaha. Buat yang lain, aku bagi markah kasihan 1/8 penuh dan pada yang ada sebut pasal hisap tu, aku tambah balik 1/8 lagi pada markah korang.

Walaupun Ontahsapo seorang je yang dapat markah penuh, ini tidak bermakna dia dapat no. 1. Oleh kerana aku yang jalankan ujian ini, terpulang pada aku nak bagi pada sesiapa pun kan? Jadi.... dengan kuasa menaip entri di blog ini yang ada pada aku dan bukan pada korang, aku umumkan, Mamarisyia adalah pemenangnya! Kenapa? Sila klik sini. Sudahlah dia sorang je yang datang rumah aku Sabtu lepas, dia kata aku lebih hensem di alam nyata dari dalam gambar hahahaha.

Ulangkaji - Apa akan terjadi jika tak baca arahan dengan betul?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Nov 2006

Testing

5 things I would do if I were a millionaire:
-bayar segala hutang piutang
-enjoy sakan
-jalan2 1 dunia
-jadi owner Liverpool
-abiskan semua duit tu sebelum mati.. anak-anak cari duit sendiri!

5 bad habits:
-suka menghisap
-buat kerje last seconds
-panas baran
-pemalu hahaha
-nak lelap susah, nak bangun lagi susah

5 things I hate doing:
-menipu
-bagi arahan
-diberi arahan
-pergi kerja
-lipat baju

5 things I regret doing:
- biarlah rahsia hahahaha
- biarlah rahsia hahahaha
- ajak korang datang makan
- mamarisyia sorang je datang
- biarlah rahsia hahahaha

5 fave toys or thing:
- remote control tivi.
- meja tetap aku kat kedai mamak tempat tengok bola
- MR tu tinggi orangnya
- Nasi mak aku masak tu abis licin
- Sila taip no komen sahaja di ruang komen!

5 people I choose to do this:
- kalau yang tak pernah kena tag tu, silalah tagkan diri sendiri. Aku tak suka nak mention nama sapa-sapa. Nanti ada yang jelez pulak aku tak sebut nama dia hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Nov 2006

Makan-makun

Hari ni hari gaji.

Esok aku cuti.

Sabtu ni nak buat makan-makan sikit kat rumah.

Ahad ni tournament bowling office.

Ehhhh.. jemput datang ya ke rumah aku. Mak aku nak masak nasi beriani 10 kilo ni. Kalau korang tak datang, sapa pulak yang nak habiskan nanti.

update: peta tak sempat nak buat. tapi boleh klik sini utk peta yg ada kat blog kawan aku. rumah aku dekat-dekat dengan surau tu ja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Nov 2006

Syawal Terakhir

Aku mengaku, aku memang tampan.
Aku sedar, aku memang segak.
Aku tahu, aku memang handsome.

Tak perlu ada yang maklumkan pada aku, aku memang dah lama perasan suka pada penampilan aku.

Akan tetapi..........

Sepanjang 2 tahun aku di sini, rakan sepejabat tidak pernah memuji secara terang-terangan. Yang anak dara jauh sekali lah nak meluahkan apa yang mereka rasa bila bertemu denganku.

Namun...

Pagi ini, ramai sungguh yang tersenyum dan memuji-muji diriku. Mereka berebut-rebut mengatakan, akulah jejak paling menarik di jamuan aidil fitri tadi. Boss aku yang sukar tersenyum itupun sesekali menjeling suka.

Salah ke kalau aku pakai baju melayu lengkap bersamping di jamuan hari raya? Tidak salah bukan. Tapi, kalau aku seorang sahaja yang berpakaian begitu sedangkan yang lain berpakaian pejabat seperti biasa? Arghhhhhhh Maluuuuuuuu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri ini kekal di sini hingga 29 Syawal. Entri biasa sila maju ke bawah

Sila klik pada ruang komen dan ucapkanlah Selamat Hari Raya buat tuan punya blog ini ya. Tak kira anda memang pengunjung setia blog ini atau yang tak berapa setia atau yang baru pertama kali terjumpa blog sebiji rambai ini, semua diwajibkan menulis ucapan tersebut. Yang ada blog tinggalkan jejak ke blog anda. Yang takda blog tapi ada nama, sekurang-kurangnya tinggalkan nama anda itu walaupun hanya sekadar huruf Ta. Yang takda nama, tak yah tinggalkan apa-apa sebab sedangkan hantu pun pun ada nama, inikan pulak anda. Kalau boleh, nama tu biarlah nama yang boleh bagi saya kenal siapa anda ya. Kalau dah memang yang saya tak kenal sekarang, gunalah nama seperti dalam kad pengenalan hahaha.
Peringatan sekali lagi ya... WAJIB bagi ucapan dan oleh kerana saya sedang baik hati sekarang, kalau nak ucap selamat pada orang lain pun boleh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Nov 2006

Lepas Rapat



untuk laporan sila klik sini.

Laporan versi aku? Takda. Harap maaf. Aku tak reti buat laporan sebab aku bukan wartawan. Yang pasti, mamat tukang jaga lap top ini, telah buat aku tak senang duduk. Dia telah secara tak sengaja memaparkan senarai calon-calon shortlisted untuk Weblog Baru Terbaik pada pusingan pertama penyampaian anugerah. Aku pula, secara tak sengaja telah ternampak senarai itu. Nasib baik aku dah makan banyak-banyak masa tu.

Dah dekat hujung majlis, barulah nama blog ini secara rasminya diumumkan sebagai calon-calon Anugerah Weblog Baru Terbaik. Tak sangka betul. Aku tahu OP yang calonkan aku sebab aku telah secara tak sengaja terjumpa senarai semua pencalonan beberapa hari sebelum hari kejadian. Tapi aku tak sangka pulak akan disenaraipendekkan haha. Bila diumumkan pemenangnya..... errr... frust jugak. Siapa yang tak nak menang kan hehe. Tapi, bila dipikir-pikirkan balik.... gila apa? Takkan blog aku ni blog baru terbaik yang wujud tahun ni kannn. Lega pun ada. Kalau aku menang... pasti ramai yang akan mengata juri pulak "Laaaa.. macam ni pun boleh menang ke?" Expectation semua yang singgah kat sini mesti akan jadi tinggi jugak kan. Blog baru yang menang kategori ini adalah Afro & Tapai. Tahniah buat mereka berdua. Sayangnya dorang tak datang hari tu.

Tengah dok layan kepala yang masih frust tak dapat anugerah yang sangat berprestij tu, aku dapat SMS....

Alhamdulillah, Abg R dan Kak C dah ok, syukur


Gembiranya aku! Abang dan kakak aku ni dah tak bertegur sapa lebih 2 tahun! Aku pernah cerita pasal adik beradik aku yang ada sayap kiri, sayap kanan kat entri Raya Sebiji Rambai dulu. Bila abang aku tengah sakit sekarang ni, barulah akhirnya mereka bertemu. Alhamdulillah. Lepas ni, kalau aku buat kenduri kat rumah aku, tak perlu lagi kena pastikan dorang berdua ni datang waktu lain-lain!

Ok.. berbalik kepada Rapat06.... apsal korang tak datang ek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Nov 2006

Chewiiii

Malam sebelum masuk asrama, aku tak dapat nak tidur.
Malam sebelum masuk U, aku sukar nak lelap.
Malam sebelum "dating" kali pertama dengan awek pertama, aku hanya lelap bila dah nak pagi.
Malam sebelum "dating" kali pertama dengan bini aku sekarang, aku rasa, aku tak tidor langsung.
Malam sebelum nikah, dok bayangkan pasal malam esoknya sampai pagi.
Malam sebelum masuk pertandingan bowling kali pertama dulu, aku cuma dapat lelap 3 jam sahaja.
Malam sebelum banyak lagi benda yang datang buat kali pertama dalam hidup aku, aku akan terkebil-kebil atas katil, pusing kiri, pusing kanan, terlentang, meniarap, pergi kencing tah berapa kali, cuba-cuba kacau bini aku...(kalau dia jadi segar, aku ajak "bersembang" hehe). Dan akibatnya, aku akan buat benda kali pertama tu dalam keadaan kurang bermaya, mata merah, selsema.


Malam ni pula adalah malam sebelum Rapat 06!

Kalau esok ada yang takut tengok mata aku. Tak apa. Aku faham.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Nov 2006

Talibarut?

1 bulan lepas

Dia: Saya rasa kita kena beri peluang lagi pada kontraktor ni. Kita kena lanjutkan masa siap ni lagi sekali sebab sikit je lagi kerja yang kena buat.

Aku: Kita dah banyak kali dah bagi peluang kat dia. Sejak saya masuk kerja kat sini 2 tahun yang lepas, tak banyak kemajuan pun. Dah 7 kali kita lanjutkan tempoh siap dia Tuan. Consultant pun syorkan cuma 6 hari je yang boleh diberi. Itupun atas alasan yang tak berapa kukuh. Kontraktor ni mintak sampai hujung tahun. Sijil Kerja Tak Siap pun kita dah keluarkan sebab sepatutnya kerja siap bulan lepas lagi.

Dia: Takpelah, nanti saya bincang dengan big boss. Saya nak kontraktor ni diberi peluang lagi.


Pagi tadi.

Dia: Tuan Big Boss, berkenaan dengan permohonan lanjutan masa projek ni, boleh tak kita timbangkan untuk lanjut lagi tempoh kontrak sebab kerja dia sikit je lagi nak siap.

Big Boss: Tak perlu. kalau Consultant tak dapat syorkan lanjutan masa... maknanya tak da lagi lanjutan masa. Saya dengar, bila kita dah keluarkan Sijil Kerja Tak Siap ni baru kontraktor kelam kabut nak siapkan kerja segera sebab takut denda akan bertambah.

Aku tiada reaksi secara zahir. Dalam hati.... kakakakakaka.. padan muka ko!


******************


Dia = Pegawai satu tahap lebih tinggi dari aku tapi dia bukan boss aku.
Big Boss = Pegawai yang berkuasa bagi lanjutan masa.
Aku? = Seorang penasihat yang nasihatnya jarang-jarang diikuti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Nov 2006

Pencinta Blogger

Ku temukan dalam pencarian
Blogger sejati untuk hidupku
Kurang lebih yang seperti kamu
Ku harap dalam blogggggku

Ku tak mau menjanjikannya
Pasti bahagia bila jumpaku
Biar kamu rasakan sendiri
Betapa seronoknya denganku



(Korus)
Aku memang mahu jumpa kamu
Namun ku bukan peramah
Yang mampu terus bergurau mesra
Ku hanya mahu jumpa kamu

Aku memang mahu jumpa kamu
Yang slalu singgah di sini
Ini saat ku akhiri semua
Pencarian dalam blog
Dan hajatku ternyata
Yang ku mau bertemu kamu

Blogger-blogger tegarrrrrr

CEPAT DAFTAR DI SINI!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Nov 2006

Duit!

Kalau Liverpool menang malam ni... akan ada entri baru dari aku selepas jam 2 petang Isnin 13 November 2006. Kalau kalah..... korang kena tunggu minggu depan jelah hahaha.

Sementara itu.... kalau korang selalu memenuhkan troli pasaraya besar, jangan sekali-kali abaikan menyemak setiap item yang ko beli. Pastikan harga yang dipamer di rak sama dengan yang di "scan" di kaunter bayaran! Walau hanya berbeza RM0.60/pek susu... sila pergi ke kaunter khidmat pelanggan dan tuntutlah RM0.60 x 4 pek macam aku. Lepas juga buat mengeteh sambil tengok bola hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Nov 2006

Lepas Raya

Hari ini 2 November 2006.... ya ada lagi 21 hari lagi untuk aku makan kuih-kuih raya sebagai sarapan, mee segera kawan sepejabat aku sebagai hidangan tengahari dan berharap ada yang ajak beraya di rumah setiap malam.

* Inilah akibatnya bila anak-anak sudah tahu kegunaan duit dan telah menetapkan apa yang perlu dibeli dengan duit kutipan mereka sepanjang beraya kali ini. Tak boleh dah nak "pinjam" macam dulu-dulu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...