27 Oct 2010

Sabarlah Sayang

Hong Kong...

Sabarlah ya... lagi 10 hari I sampai. Jangan gi mana-mana tau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Oct 2010

IFF Fitnah Politik?

Semasa mula-mula sekali aku baca kat FB pasal Islamic Fashion Festival dengan gambar-gambar yang tak mencerminkan Islam langsung, aku rasa sangsi. Biar betul ni. Takkan lah ada yang sanggup meletakkan kedudukan Islam sebegitu rendah sekali? Lebai google digunakan untuk mencari jawapan. Ternyata yang aku dapat dari lebai google sungguh jauh berbeza dengan yang dipaparkan. Kali ni.. hati aku terdetik.. ishkkk... takkan ada yang sanggup buat fitnah sebegini dahsyat pulak. Tidak berpuas hati.. aku tambahkan penyelidikan sebab perkara ini bukan sahaja dipaparkan di blog-blog peribadi tetapi dijadikan berita di malaysiakini dan harakahdaily. Akhirnya... aku berjaya menjumpai video acara IFF yang memalukan itu.

Tidak mungkin ada yang begitu pakar hingga mampu membuat video palsu yang sebegitu nyata menunjukkan kehanyiran acara itu. Kalau setakat gambar foto pegun, aku boleh percaya lagi kalau ada yang mengatakan gambar tersebut telah di"photoshop"kan. Tapi ini video.... TIDAK MUNGKIN.

Aku tetap dengan pendirian tidak mahu memaklumkan atau memberikan link kepada video tersebut seperti yang dinyatakan dalam FB aku siang tadi. Cukuplah sekadar dengan link berikut bagi menguatkan pendapat aku... kisah IFF yang memalukan ini bukannya satu fitnah politik. Ia adalah kisah benar penghinaan terhadap Islam!

Islamic fashion on Monaco's
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Oct 2010

Bini aku tak suka coli

Aku dah tengok video Islamic Fashion Festival tu.... patut ahh cukai pakaian dalam dikurangkan (ke dimasuhkan terus ek?)... model "pakaian yang islamik" tu semuanya tak mampu beli coli!


Aku sengaja pilih perkataan "coli" sebab bini aku tak suka sebutan coli tu hahaha. Dekat-dekat dengan geli katanya.

ps - aku tak letakkan video catwalk tanpa coli tu kat sini atau di FB aku sebab tak mo ada saham edarkan video pompuan tak pakai coli.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Oct 2010

Siaran Ulangan Yang Sangat Perlu Ditonton

Korang selalu tengok TV via Astro kan? Kat Astro banyak saluran 24 jam kan? Saluran tu boleh on 24 jam sebab banyak rancangan yang diulang siaran kan? Jadi... aku pun nak ulang siaran jugak lah.. berikut adalah hasil copy dan paste dari entry aku bertarikh 8 jun 2006... selamat tengok siaran ulangan hehehe.


Korang ingat tak bila kali pertama korang jumpa bini/laki/awek/balak/kekasih/janda/duda korang? Aku? Mestilah aku ingat.. kalau tak, takkan aku tanya soalan tu. Tarikhnya 20 Oktober 1995. Ya… dah hampir 11 tahun aku kenal bini aku. Macamana aku jumpa dia? Ermmmm.. kisahnya begini…..

Pada suatu masa dahulu…. Aku cuba nak ngorat budak junior aku... tapi….ngoratan aku gagal sepanjang aku study dulu. Namun, masa aku dah kerja kat KL dan dia masih belajar kat JB, aku yang gigih berusaha ini tetap cuba nak ngorat dia. Manalah tau.. bila dah ada kerja ni.. baru dia nak terima aku. Masa aku study dulu… nak makan nasik pun selalu duit tak cukup…. nak belanja dia makan.. ermm jauh sekalilah. Aku cuma gunakan kata-kata aku dan kehenseman aku jer untuk ngorat minah tu. Moga-moga berkat titik peluh aku sendiri ni akan membuka pintu hati S untuk menerima diri ini…. chewah.. macam novel remaja lak entry aku kali ni.
Sampai sekarang aku tak tahu adakah dia pernah menerima ngoratan aku tu… Sebabnya…. Kalau aku telepon dia…. Asyik aku jelah yang bercakap.. dia cuma ah..ah..ah jer…. Bukan arghhhh..arghhhh..arghhh ya! TETIBA…… dengan takder apa-apa petanda atau petunjuk.. dia call aku… buat pertama kalinya dalam hidup dia, dia call aku!!! Warghhh.. bestnyaaaaaaaaaaa. Kalaulah dia suruh aku turun JB jumpa dia pada masa tu… gerenti akan aku tinggalkan kerja aku serta merta dan terus menuju ke Puduraya untuk menemui dirinya… masa tu mana ada kereta lagi.. takkan nak naik EX5 sampai JB?. Rupa-rupanya….. dia nak mintak tolong carikan maklumat untuk tugasan dia. Ermmm.. takpelah.. maknanya ada jugak guna aku pada dia… Aku janji untuk tolong carikan maklumat tu dan memaklumkan bahawa aku sendiri akan menghantar benda alah tu guna tangan aku. Dia suruh guna tangan Pos Malaysia jer.. tapi aku tetap dengan pendirianku. Tangan Pos Malaysia tak best kata aku. Sukahati awaklah.. jawab dia sambil ketawa manja.

Selidik punya selidik… dapatlah aku jumpa sumber maklumat yang dikehendaki tu. Petang itu…. ya petang dua puluh haribulan Oktober sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh lima yang bersejarah itu… aku bersama Mok yang sedang membuat praktikal di firma tempat aku kerja, beriringan menuju ke Melawati dari Subang Jaya menggunakan motor cub kami. Aku naik EX5 aku… dia bawak EX5 dia. Hujan lebat tak diendahkan sebab aku pakai baju hujan. Si Mok malu nak pakai baju hujan.. tak macho katanya… (percayalah.. ada yang anggap lepak bawah jambatan semasa hujan adalah lebih jantan daripada memakai baju hujan!!) Sebenarnya hujan tak ler lebat sangat pun.. jadi si Mok ni takder lah ajak aku lepak bawah jambatan petang tu. Sampai kat Setapak.. dia gelakkan aku sebab kat Setapak panas terik. Aku sorang jer yang bawak motor pakai baju hujan…. Masa ni aku pulak yang terasa bengong tapi tak kuasa aku nak berenti semata-mata untuk bukak baju hujan tu…. Kalau tetiba hujan balik, nak kena berenti lagik.

Selepas bermotosikal secara bersaing-saing dan sesekali membuat pacak..(hat ni aku tambah cerita sebab aku tak pernah berani nak buat aksi giler sebegitu) akhirnya.. lebih kurang jam 7 malam, kami selamat sampai di pejabat kawan Mok. Kawan Mok ni lah yang menjadi sumber kepada maklumat yang aku carik tu. Lupa nak cakap pulak tadi, Mok juga perlukan maklumat yang sama seperti minah yang bernama S tadik. Dah tak ingat sapa S pulak? Gi baca dari mula balik ekekeke.

Rupa-rupanya kawan Mokh ni perempuan… “Kenalkan.. ni Emy…. ni Lanrambai”. Entah kenapa…. Hati ini terasa seperti disentuh semasa aku pertama kali menatap wajah itu. Rasa berdebar yang amat sangat. Macam pernah aku rasa sebelum ni.. tapi di mana ya? Ohh…. Aku letakkan hujung jariku di leher dan aku membilang jumlah denyutan nadiku selama seminit… ternyata.. inilah denyutan yang paling laju pernah aku rasa. Denyutan gelabah dan gumbira tak tahu kenapa. Adakah disebabkan oleh senyumanmu wahai kawan Mok? Sungguh manis sekali senyumanmu kala itu kurasakan. Keceriaanku sejak pagi kerana berjaya mencari maklumat yang dikehendaki S tiba-tiba bertukar dengan keterpesonaan aku menatap wajah mu Emy! Bukan setakat wajah.. malah.. langkah penuh sopan-santun dan adab tertib dirinya membuatkan aku terus melupakan S yang ada ciri-ciri ganas sedikit. (Dah jumpa yang lain baru perasan S tu ganas hahahaha) “Woi! Hang nak ke tak nak ni?” Terkezuttt aku diterjah si Mok. Mestilah nak.. takkan datang jauh-jauh tak ambil pulak dokumen tu. Lagipun aku telah berjanji dengan seorang rakan lain untuk ke JB pada malam itu jugak. Dah kebetulan dia nak ke JB jumpa awek dia, aku nak tumpang lah.

Kami melangkah pergi meninggalkan pejabat kawan Mok tu. Semasa sedang memakai helmet… Mok usik aku suruh ngorat kawan dia tu. Aku cuma senyum jer… senyum malu ahhhhh. Dah siap nak merempit balik, kami menuju ke destinasi masing-masing. Mok balik ke Shah Alam. Aku terus ke Pandan. Kepalahotak aku dok menayang kembali senyuman si Emy tadi. Alhamdulillah….aku selamat sampai ke Pandan 20 minit kemudian. Kat Pandan ni rumah kekawan study aku. Mamat yang aku nak tumpang tu bukan tinggal kat situ pun tapi kat situlah tempat bertemu yang dipersetujui sebab aku tak tahu rumah dia kat mana. Sementara menunggu supir aku datang… sambil menghisap rokok… “Aku jumpa awek yang bakal buat mak aku suka lah tadik Kecik… Rasa malas pulak nak gi JB ni”. Kecik hanya sengih jer dengar cakap aku tu.

Tetiba telefon rumah tu berbunyi..(ni zaman handphone hanya untuk yang kaya-raya dan tak malu nak bawak handset besor gedebuk disamping bateri spare dalam poket depan) “Lan… kereta Atuk tayar pancat lah…. Dia tak jadik gi JB”….. Tak tahu kenapa.. aku jadi gembira mendengar perkhabaran itu. Bukan aku gembira kawanku ditimpa kesusahan nak tukar tayar pada malam itu.. bukannnn…. Aku gembira kerana aku tak jadi ke JB dan hantar dokumen tu. Tetiba aku rasa…. “Ahh.. Si S ni bila nak gunakan aku barulah carik aku… selama ini dia tak pernah endahkan pun wajah tampan aku ni… lantak ko lah…malas aku nak bagi benda ni.” Sejak malam itu… aku tak pernah hubungi S lagi. Dia ada menelefon beberapa kali bertanyakan maklumat yang dia mintak tolong tu… tapi aku tipu dia hidup-hidup. Aku kata aku tak dapat hahahahaha…. Baru padan muka dia.

Alamak.. panjang lagilah cerita aku ni…. Tak larat ahhh nak tulis lagik. Lain kali sambunglah.


Pada yang pertama kali baca.... cerita ni tak pernah bersambung sampai sekarang. Pada yang dah banyak kali baca... aku harap korang bersabar sebagaimana korang bersabar tengok rancangan di Astro yang berulang-ulang tu dan tetap bayar setiap bulan hehehe.

Oh ya.. pada yang tak baca pun apa yang aku ulang siar balik ni... hari ni 20/10/2010 adalah ulangtahun pertemuan aku dengan bini aku yang ke 15 tahun.... dan ya... cinta pandang pertama itu wujud.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Oct 2010

Projek Habiskan Duit Aku

Aku tak setuju dengan cadangan pembinaan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion. Korang setuju ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...