28 Nov 2007

Kuching

Aku baru balik dari Kuching semalam. Pergi 4 hari 3 malam. Tapi Ahad dan Isnin meeting. Sabtu lepas "check in" kat hotel, terus pergi pasar minggu Satok. Naik teksi RM10 pergi.. RM10 balik. Orang kata ada banyak jual benda-benda pelik tapi aku tak jumpa pun yang pelik-pelik. Silap masuk simpang agaknya. Banyak jualan souvenir selain dari jualan kat pasar malam macam biasa. Makan malam kat warong yang berderet-deret tepi Jalan Satok tu. Orang punyalah ramai...

Ahad lepas "meeting" habis jam 5 terus ronda-ronda kat lot-lot kedai tapi banyak yang dah tutup. Orang kata ada kedai yang "specialist" tikar Sarawak tapi tak jumpa pun. Yang jual carca marba banyaklah. Malam lepas makan ronda-ronda Waterfront. Ramai peniaga tepi jalan yang jual gambir hehe. Yang jual kristal pun banyak. Sebelum balik tidur pergi minum teh si (teh tarik tarik dangdut). Tak sedap pun. Cuma masa air tu sampai memang nampak teh tu berdangdut. RM3 segelas.

Isnin petang pukul 3.30 pergi "site visit". Lepas "site visit" terus drebar bawak pergi "site visit" pasar satok tempat terubuk masin, kilang pasu, kedai tikar Batu 7, kedai kek lapis Dayang dan makan mee kolok. Aku beruntung dapat drebar yang rajin bawak orang berjalan-jalan. Pukul 9.00 malam baru dia hantar balik hotel.

Selasa pagi pergi kampung budaya (Sarawak Cultural Village - SCV). Tiket masuk RM60 seorang! Drebar aku selamba je masuk sekali tanpa bayar. Dia jadi pemandu pelancong dan tukang amik gambar sekali. Kat SCV tu oklah jugak sebab setiap rumah yg kita singgah akan ada persembahan dan penerangan tentang budaya suku kaum tu. 11.30 ada cultural show.

Lepas cultural show tamat, aku perlu berangkat terus ke "airport" sebab "flight" pukul 3. Tetiba dapat SMS dari Airasia kata "flight" tunda ke 5.40. Nasib baik dapat sms tu.... sempat suruh drebar pergi pasar beli terubuk lagi dan cari lagi souvenirs yang masih tak cukup lagi.

Tempat menarik macam muzium kucing etc tak sempat nak lawat sebab pergi bermeeting.. habis "meeting" semua tempat dah tutup. Nak naik sampan seberang sungai pun tak dapat sebab anak aku takut nak naik.. takut jumpa buaya.. lagipun dapat drebar yang hantar sendiri ikut jalan darat ke kedai kek lapis tu.. so "kewajipan" naik bot tu dah takder dah.

Satu je yang tak best bila dah balik di LCCT. Nak naik teksi tak muat sebab bonet teksi kan ada tong gas. Nak tak nak terpaksa ambil van/ family car. Kat kaunter punch tru sistem depa .. LCCT - rumah aku, harga family car RM207! Kautim-kautim.. dapat kurangkan jadi RM180. Kalau naik 2 teksi pun 180 jugak.. jadi terpaksa lah ambil. Kalau aku tahu awal-awal.. suruh kawan datang amik lagi bagus....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Nov 2007

Si Tua dan Si Seksi

Ishkk.. ramai betul yang suka cerita lucah rupanya. Setakat ni, peratusan pengunjung blog ini yang memilih cerita lucah kekal pada 60 hingga 70%. Tak sangka aku, ramai lagi yang mencari Cikgu Suraya. Baiklah... apa gunanya aku buat undian kalau aku tak berniat "menghadiahkan" apa yang dipilih majoriti pengunjung.... maka adalah dengan ini dipersembahkan sebuah cerita lucah buat hiburan semua.

Korang selalu jumpa tak sepasang suami isteri yang dah berumur... si suami berkopiah dan si isteri bertudung litup? Mesti selalu kan. Kalau yang berjalan sekali dengan mereka adalah seorang perempuan muda yang seksi.. biasa jumpa tak? Tak biasa? Takkan lah tak biasa. Mungkin definasi seksi bagi korang berbeza dengan aku agaknya. Mungkin kalau takat nampak pusat dah tak dikira seksi lagi pada zaman sekarang. Kalau setakat berseluar paras lutut dan t-shirt kecik yang menampakkan bentuk tetek masih belum dikira seksi agaknya. Yang pakai tudung tapi berkebaya jarang nampak seolah-olah berkemban pun sudah dikira fesyen wajib bagi sesetengah orang barangkali. Yang memakai kain batik berbelah hingga ke peha dikira menjiwai budaya Melayu yang mesti dipertahankan. Ada yang berbaju cerah dan jarang dipadankan dengan coli berwarna merah menyala. Yang berbaju kurung nipis tanpa kain dalam juga sudah semakin ramai. Yang memakai blaus bertangan transparen semakin laku di pasar-pasar malam. Yang berseluar sendat menampakkan bentuk bontot semakin diminati ramai termasuk pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Bayangkan seluar jeans ketat itu bercawat pendek dan dipadankan dengan baju singkat separas pusat dan tudung. Perghhh.. indahnya pemandangan!

Berbalik kepada pasangan tua tadi.. mengapa pakcik sanggup biarkan lurah dada dan alur bontot anak pakcik menjadi tatapan orang ramai di pasar malam sedangkan pakcik sendiri berkopiah? Mengapa makcik sanggup izinkan mata-mata gersang di sekeliling menjamah dan membayangkan batang tubuh anak makcik dalam pelukan mereka sedangkan makcik sendiri begitu anggun bertudung?
Mengapa pakcik? Mengapa makcik? Pakcik dan makcik masa muda-muda dulu perangainya sama macam anak-anak pakcik makcik itu yaaaaa...... ooo... jadi yang berkopiah dan bertudung tu sebab pakcik dan makcik rasa dah dekat nak mati sebab dah tua yaaaaa..... pakcik ingat anak pakcik tu tak boleh mati ker masa muda? Makcik yakin sangat ke anak makcik tu sempat jadi tua dan bertaubat macam makcik? Atau yang sebenarnya.. pakcik dan makcik sangka hukum agama itu untuk orang yang dah nak mampus je?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Nov 2007

Amazing Asia

Malam tadi aku tengok The Amazing Race Asia 2: Racers Revealed. Kesian aku pada yang bersungguh-sungguh buat video tapi tidak dipilih sebagai peserta program tu. Ada yang sanggup makan janin dalam telur itik, terjun bangunan, menari eksotik pakai bikini, buat lawak bodoh yang memalukan diri sendiri dan macam-macam lagi. Sia-sia sahaja usaha mereka kerana yang terpilih sebagai peserta kebanyakannya setakat bersembang-sembang je.

Kalaulah ada musim ketiga nanti, aku ingin mencadangkan kepada sesiapa yang nak masuk rancangan tu, korang kena pastikan yang korang adalah seorang artis/model/ratu/vj channel V/pernah jadi cover majalah Jantan Sasa/pemilik majalah Jantan Sasa/penari yang dah berumur tapi body masih macam anak dara lagi/lelaki kulit hitam Amerika yang kahwin dengan orang Amerika yang ada rupa mirip-mirip orang asia atau jurulatih gim.

Tiada ciri-ciri yang aku sebut tu? Kalau takda... tak usah mimpi lah nak dapat masuk. Oh ya.. satu lagi.. korang mestilah dah memang sedia kaya raya jugak.

Heran aku.... The Amazing Race yang dari US tu biasanya ada 2,3 pasangan jer yang sexy-mexy ni. Yang Asia punya ni.... terbalik pulak, cuma 2, 3 pasukan yang tak boleh guna penampilan seks (sex appeal) mereka.

Kesimpulan : Mat Salleh yang jadi penerbit rancangan tu suka dengan orang Asia seksi atau orang-orang Asia memang jauh lebih cantik daripada orang Amerika!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Nov 2007

Kena tipu

Anak aku: Ayah... jangan cakap 8 tau
Aku: OK
Anak aku: 2 + 2 berapa?
Aku: 4
Anak aku: Kan tadik kakak dah cakap jangan cakap 4
Aku: Apa pulak.. tadi kakak cakap jangan cakap 8
Anak aku: Hahhhh.. tu ayah cakap 8 (sambil tergelak guling-guling depan aku)
Aku: Cheh.... kakak main tipuuu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...