8 Aug 2014

Wasiat Bahagian Pertama

Pemergian Arwah abang saya tanpa meninggalkan balu dan anak telah menyedarkan saya betapa pentingnya ilmu dan pengetahuan tentang wasiat, hibah dan faraid. Setelah habis saya kaji nanti, saya akan kongsikan di blog ini. Setakat ini yang saya tahu ialah saya sendiri tidak layak mendapat sebarang pusaka Arwah kerana saya berlainan ibu dengan Arwah dan wasiat kepada bukan waris ada had tertentu.
Persoalan lain antaranya adalah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Aug 2014

Selamat Berangkat Ke Dunia Baru

Tolong mandikan, kapankan, solatkan dan kebumikan. Itu sahaja yang mampu kita lakukan buat kali terakhir sebelum jasad hilang dari pandangan di dalam liang lahad.

Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh abang saya Rahim bin Ahmad yang telah pergi pada jam 8.15malam Ahad 3 Ogos 2014.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Aug 2014

Bang Aim di ICU

Sudah 4 hari Bang Aim tidur di sini. Raya paling suram buat kami sekeluarga. Biasanya Bang Aim yang akan jadi ketua konvoi beraya. Raya kali ini tak sempat jumpa pun dia lagi. Masa dia dibawa ke hospital, saya di Melaka. Baru beberapa minit bertolak dari Melaka menuju ke Segamat, dapat SMS maklumkan Bang Aim di ER Hospital Selayang. Oleh kerana Bang Aim memang dah selalu ditahan di hospital, berita tersebut tidaklahmenyebabkan saya berpatah balik ke KL.
Rupa-rupanya, kali ini teruk benar nampaknya. Hampir semua organ penting telah rosak akibat jangkitan kuman. Saya sendiri tidak tahu secara tepat apa punca sebenar kerana tak mahu bebankan kakak saya untuk ulang semula apa yang dia telah ceritakan pada orang lain. Yang saya tahu sekarang ni Bang Aim perlukan bantuan mesin dialisis 24 jam kerana buah pinggang sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Mesin lain pun ada juga tapi saya tak pasti untuk apa.
Di ICU ini, kesempatan untuk kita melawat pesakit adalah amat sedikit. Masa melawat singkat dan bilangan pelawat pada satu masa pula dihadkan kepada 2 orang sahaja. Kali pertama saya dapat lawat, nampak jelas mata Bang Aim sangat kuning. Hati dia memang dah lama patut dibedah tetapi oleh kerana Diabetis yang tinggi, tak mungkin ia boleh dibuat. Disebabkan masalah pada hati inilah yang buat mata jadi kuning. Sekarang ni, mata yang kuning itu sudah tidak kelihatan lagi kerana mata beliau telah tertutup rapat.
Harapan untuk Bang Aim sembuh sangat kecil. Doktor telah cuba sedaya upaya namun hanya Allah swt saja tempat kita berserah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...