28 Feb 2007

Aku Risau

Orang kita kuat betul tahap cemburunya kan. Hari tu, seorang ibu dikatakan membunuh 2 orang anaknya sendiri yang masih kecil hanya kerana suami beliau ingin kahwin lain. Yang dibunuh budak-budak tu apa faedah yang dia dapat? Masuk penjara/kena gantung atau berehat di wad hospital gila.... dan suami dapat bini baru!

Akhbar hari ni pulak, seorang tua cemburukan isterinya yang masih muda, simbah asid ke belakang isteri dan kemudian bunuh diri minum asid! Dasatttttttt! Sedih sangat isteri dah tak suka atau takut kena penjara sebab simbah asid kat bini? Entahlah.. apa nak jadi?

Kisah kajian ke atas 887 pelajar perempuan berusia 13 - 17 tahun ini juga sesuatu yang merisaukan. 886 anak dara bermasalah ini mengaku pernah menikmati "pleasures of the flesh". "Pleasure" yang macamana? Seks lah! Itu baru di satu negeri. Itu baru yang dikalangan pelajar bermasalah. Kalau semua negeri? Kalau termasuk pelajar yang depan mak bapak dan guru macam malaikat tapi di belakang macam setan?

Ehhh.. apa yang aku nak kaitkan kes bunuh anak dan bunuh diri dengan masalah remaja rosak ni ya?

Ohh yaa... kalau sekarang, masyarakat kita dah kacau-bilau, tunggu 10, 20 tahun lagi bila generasi remaja rosak sekarang menjadi ibubapa pulak.

Aku.... Risau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Feb 2007

Pelik Bin Ajaib

Nak jawab ke tag-tag Tiara, Penyubiru dan Tedungs ni? Ishhkkk.. malas betul aku lah. Tak buat kang, depa kata aku tak ada semangat keblogan pulak. Nak buat, rasanya tak ada benda yang pelik pada aku ni. Lagipun dah banyak blog yang senaraikan kepelikan dorang dan aku dapati ada banyak benda yang dorang rasa pelik tu, aku pun dok buat jugak. Jadi, bagi aku, dah tak pelik lah sebab orang lain pun dok buat benda yang sama.

Bagi aku, dalam entri Demam, aku dah ceritakan satu benda pelik aku iaitu aku tak boleh makan ubat demam. Sebenarnya apa-apa ubat penahan sakit aku tak boleh makan. Setakat panadol yang jadi kebiasaan untuk kebanyakan orang bila pening-pening tu pun aku tak boleh makan, inikan pulak ubatan lain yang lebih kuat. Sebut pasal alahan ubat ni, teringat aku akan kepelikan aku yang lain pula iaitu, aku jarang sangat rasa pening kepala. Mungkin sebab aku memang tak dibiasakan makan ubat, makanya kepala aku dapat kawal kepeningan tanpa perlu agihkan rasa tu pada aku agaknya.

Kepelikan aku yang seterusnya ialah, aku pernah dinasihatkan oleh doktor supaya jangan berada berhampiran dengan orang yang merokok. Nasihat itu aku dapat masa aku baru darjah 4 atau 5. Yang peliknya, sekarang ni, kalau rokok takda masa nak ke jamban, aku sanggup pergi kedai dulu beli rokok, baru boleh masuk jamban dan selesaikan urusan di situ. Tu sebab, bulan puasa, aku jarang sangat ke jamban waktu siang.

Kalau ada kalangan korang yang berjanji nak jumpa dengan aku, pastikan korang datang tepat pada masanya. Kalau korang lambat 15 minit pun cukuplah buat aku aku fikir yang bukan-bukan. Aku akan mula terbayang-bayang yang korang kemalangan ke, dah mati kena tembak dengan perompak ker, kena bobbit dengan bini ke dan sebagainya. Pendek kata, aku akan fikir benda tak elok yang sudah berlaku sebab aku cepat risau.

Ehhh.. dah berapa ekkk pelik aku? Baru empat rupanya.... apa lagi ya. Oh ya.. aku kuat makan. Perut aku akan berasa lapar balik dalam masa 3 - 4 jam selepas aku makan. Aku pun hairan sejak bila aku mula berperangai sebegini. Tapi kesannya ialah, berat aku telah mencecah ke satu tahap yang tak pernah dicapai lagi seumur hidup aku iaitu 79.75 kg pada minggu lepas. Walaubagaimanapun, alat penimbang tersebut agak meragukan kerana jarumnya bengkok sedikit dalam 2 darjah.

Arghhh. aku sekarang ni tengah lapar dah ni. Tapi takpa, aku akan cuba habiskan satu je lagi kepelikan aku iaitu, aku malu dengan perempuan. Sekian. Terima kasih.


Ps - sebagai pemutus rantaian tag yang tidak rasmi, maka dengan ini aku mengumumkan, tidak ada sesiapa yang dipilih untuk meneruskan tag ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Feb 2007

23 Febuari 2001

Kek cantik untuk di bawa ke sekolah.

Kek kecik dan ringkas untuk dimakan kat rumah malam ni.

Selamat Hari Lahir Buat Abang Ngah!

Cepatnya budak-budak ni membesar! Dan.. aku masih rasa aku muda lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Feb 2007

Kepalaaaa

Bunga telur? Siapa yang nak kahwin ni?


Kahwin? Cukur jambul budak ni lah..



Ziyad jangan nangis tauuuu...

Baik-baik pakcik.. kepala budak ni nak pakai lama!


Takkan tunjuk gambar Ziyad je. Abang Ngah dan


Abang Chik pun nak muncul kat blog ni jugak.


Beberapa detik sebelum proses pembotakan kepala bermula



Pembotakan guna mesin sedang berjalan



Susu terpaksa digunakan untuk menenangkan kepala Ziyad



Dapat susu terus lelap.. bagussssssss



Selesaiii..


Ohhh ya..... inilah kepala yang penuh air tu...

:

:

:

:

:

:

:

:

:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Feb 2007

Penuh

Hari ini tepat 4 minggu anak keempat aku lahir.

Berjalan di tanah gersangggggg..
Mentari mencengkam dadaaaaa
Debu-debu di jalanan...
menjadi teman setiaaaaaaaaa

Kenapalah lirik lagu Kembara tu selalu bermain kat kepala hotak aku ni? Sebab aku selalu diperli dalam kegersangan sekarang ni ka? Apa maksud gersang yang sebenarnya? Kalau ikut lagu tu, gersang ni tandus, kering kontang, tak subur, tak ada AIR.

Aku?

PENUH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Feb 2007

Gaji Awal

Selalunya belum sempat gaji seterusnya datang, aku dah kena isi minyak kereta pakai kad kredit. Kira macam aku guna balik apa yang aku dah bayar pada awal bulan. Bila kesudahan kebergantungan aku pada kad kredit itu tidaklah diketahui. Inilah akibat yang perlu aku tanggung disebabkan keborosan di masa lalu.

Sekarang ni dalam dompet aku masih ada duit sikit. Dalam akaun bank aku masih ada duit sikit. Dalam akaun bank bini aku pun masih ada duit sikit. Kad kredit aku masih belum digunakan lagi. Kad kredit bini aku yang selalu diguna untuk membeli susu anak juga masih belum "perlu" digunakan.

Masalahnya sekarang, mampukah aku mengawal diri dari menggunakan gaji yang masuk awal sempena Tahun Baru Cina ini? Kalau aku gagal, jenuh nak menunggu gaji seterusnya 38 hari lagi! Selalunya..... aku gagal!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Feb 2007

Nak Menang Saja

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri.


Anak itu berumur 5 tahun. Dia masuk pertandingan mewarna. Bersama dia ialah kakaknya yang berumur 10 tahun. Kakaknya tidak boleh bertanding kerana pertandingan itu hanya untuk yang berumur 6 tahun ke bawah. Sebaik sahaja lukisan yang perlu diwarnakan diterima, dia terus mengambil pensil warna dan mula mewarna. Bagi dia, apa-apa warna pun tak kisah. Pensil hijau yang dipegang ditenyeh ke muka tukang masak. Kakaknya terus menegur dan merampas pensil hijau itu dan memberikan pensil kuning cair. Selepas selesai muka itu diwarnakan, kakaknya dengan tenang memberikan tunjuk ajar warna apa yang perlu diguna untuk watak dan objek seterusnya.

Selepas setengah jam berlalu, ayah anak itu datang duduk bersebelahan anak-anaknya itu. Dilihatnya tak sampai separuh pun lukisan yang telah diwarnakan. Galakan diberi supaya anak ciliknya mewarna dengan lebih pantas. Tapi, budak seusia 5 tahun mana mungkin dapat mengagak dan merancang selaju mana dia perlu mewarna. Dia tetap dengan kelajuan yang sama. Mewarna lambat-lambat. Ayah yang melihat semakin resah. Kakak yang memberi panduan semakin gelisah.

Masa yang tinggal kini hanya 15 minit sahaja lagi. Si Kakak yang bimbang Si Adik gagal menyiapkan lukisan itu dengan sempurna mengambil keputusan untuk mengambil alih. Si Ayah pula membiarkan sahaja Si Kakak memberi "bantuan".

Masa mewarna tamat. Si Adik merasa sangat gembira kerana dia berjaya menyiapkan lukisan itu dengan bantuan Si Kakak. Si Kakak pula sangat gembira kerana dia yakin Si Adik akan berjaya mendapat kedudukan yang baik hasil pertolongannya. Si Ayah pula turut berbangga dengan hasil kerja kedua-dua anak kesayangan beliau itu. Sebuah ciuman dihadiahkan ke pipi Si Adik dan Si Kakak. Mereka bertiga menuju ke gerai aiskrim berhampiran sementara menunggu keputusan diumumkan.

Kita tak mungkin ajar anak kita menipu secara terang-terangan tetapi dalam keghairahan kita mahu melihat anak kita berjaya, kadang-kadang seawal umurnya 5 tahun lagi kita telah dedahkan bahawa kemenangan lebih utama daripada kepuasan dan kejujuran sepanjang jalan menuju kemenangan itu sendiri.

ps - Si Adik diumumkan mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut dan menafikan budak lain yang bertanding mengikut peraturan mendapat hadiah.

pss - Si Kakak dalam cerita ini bukanlah adik perempuan kawan sekampung aku itu. Kisah alahan ubat dan perempuan perlukan banyak masa untuk diolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Feb 2007

Demam

2 malam lepas, tetiba ja aku rasa tak sedap badan. Rasa lemah seluruh badan. Rasa sejuk menyucuk tulang. Aku baring depan TV sambil pakai jaket. Bangun sekejap gosok baju sekolah, terasa kurang sejuk sedikit. Masa nak tidur, rasa sejuk datang kembali. Apa lagi, berselimut lah aku.

Pagi semalam pulak, badan terasa berat nak bangun. Tapi anak nak ke sekolah. Bangun tetap kena bangun. Lepas hantar mereka ke sekolah, aku sambung tidur. Tak sarapan pun. Pukul 2 baru aku bangun. Tak rasa lapar pun. Biasanya aku ni 3 jam sekali mesti makan. Aku mintak mak aku masakkan maggi jer sebab tak selera nak makan nasik.

Lepas makan maggi sebungkus, aku mandi. Layan Rintihan Anak Tiri sekejap dan pergi ke klinik. Badan aku ni pulak satu hal. Bila ke klinik jer, mesti hilang semua demam dan selsema aku. Suhu 36.4. Nasib baik doktor tu baik. Tetap bagi aku MC. Selamatttt....

Aku rasa doktor tu ingat aku sesaja nak beli MC agaknya. Setahun adalah 2 kali aku MC dalam keadaan yang sama. Demam malam dan pagi, bila jumpa doktor belah petang, dah tak demam dah. Padahal aku bukan sesaja nak beli MC tu pun.

Kalau aku boleh makan panadol macam orang lain, dah lama aku telan sebijik dua panadol pada malam mula-mula rasa sejuk tu lagi. Tapi aku tak boleh. Aku alahan ubat demam. Panadol pun tak boleh. Dah 2, 3 kali aku masuk wad sebab cuba makan ubat lain yang diberi doktor bila aku cakap aku tak boleh makan panadol. Muka aku akan jadi bengkak bermula di kawasan mata. Paling teruk aku pernah kena sampai sesak nafas dan bengkak kat mata aku terlampau besar hingga nak bukak kelopak mata pun susah. 3 malam aku kena lepak kat wad HKL.

Masa aku kecik-kecik dulu, aku tak da masalah nak makan ubat ni. Semuanya bermula semasa aku di darjah enam. Masa tu, kawan aku yang juga sekampung dengan aku, ada seorang adik perempuan yang setahun lebih muda dari kami.

Dengan kata-kata "aku ini pemalu dengan perempuan", sekian sahaja buat kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Feb 2007

100

Sempena post aku yang ke 100 ini, aku ingin menghadiahkan semua pengunjung blog ini dengan satu tulisan yang benar-benar mantap. Mantap dari segi isi, susun kata yang tidak membosankan, kata-kata nasihat yang berguna, lawak yang boleh buat korang semua ketawa hingga mengalir air mata, kisah sedih yang menghiris kalbu, rasa rindu yang mencengkam jiwa dan rasa gundah bila aku lambat membuat "entry" seterusnya.

Aku tinggal di satu kejiranan yang masih muda lagi. Kalau tak silap, fasa pertama yang berpindah ke sini ialah pada tahun 1999. Aku sendiri mula menetap pada tahun 2001. Istimewanya taman perumahan aku ini ialah kedudukannya yang terasing dari kejiranan lain. Untuk ke Saujana Utama, aku dan ribuan yang lain perlu melalui jalan khas sejauh lebih kurang 5 km dari jalan utama Sungai Buloh - Kuala Selangor. Hanya di permulaan simpang jalan Kuala Selangor itu sahaja ada beberapa rumah kampung dan estet. Selebihnya adalah ladang kelapa sawit di sebelah kiri dan tanah terbiar serta beberapa kilang yang tidak diketahui status halal atau haram di sebelah kanan. Kalau korang pertama kali ke sana, terutamanya di malam hari, pasti korang akan tertanya-tanya, "betulker ada taman perumahan kat dalam hutan ni?". Ramai jiran yang pernah bercerita tentang saudara mara atau rakan taulan mereka yang berpatahbalik kerana merasa tidak mungkin ada taman perumahan yang jauh ke dalam hutan di negeri Selangor Maju 2005 ini. Yang peliknya, sekarang ini sedang dibina Saujana Utama 3 dan jualan rumah di situ amat menggalakkan. Saujana Utama yang asal dan Saujana Utama 2 dah lama selesai dijual 100%.

Aku rasa aku telah memberi tekanan yang maha hebat kepada diri aku sendiri pada perenggan pertama di atas. Oleh itu, aku tarik balik ayat-ayat tersebut kerana aku tak mampu nak buat entri yang mantap dan penuh dengan kriteria yang aku sendiri tetapkan itu. Aku akan tulis macam biasa jelah bermula dari perenggan berikut.

Mula-mula, sila tengok klip video ini.

Nampak kan.. dengan jelas Rosnah Mat Aris menghina Siti Khadijah.... Semua orang marah kan.. kan .. kan....

Kalau tengok klip video yang ini.. ada rasa apa-apa tak? Takda? Tak kisah? Dah biasa sangat?
Kalau orang baca Bismillah sebelum minum arak depan korang apa korang rasa? Lepas minum tu sendawa kuat-kuat, ucap Alhamdulillah pulak... takda rasa nak tumbuk muka dia?

Sebenarnya aku cuba cari klip video yang artis wanitanya lebih seksi lagi sambil mengucapkan Alhamdulillah dan sebagainya tapi tak jumpa lagi. Kalau aku jumpa, nanti aku letak linknya lain kali.

Pada yang pernah tengok anugerah-anugerah untuk artis kat Malaysia ni, rasanya korang pun dah biasa tengok dah pun artis berkemban ucap syukur atas kemenangan dia kann..

Sempena post aku yang ke 100 ini, aku ingin menghadiahkan semua pengunjung blog ini dengan satu tulisan yang benar-benar mantap. Mantap dari segi isi, susun kata yang tidak membosankan, kata-kata nasihat yang berguna, lawak yang boleh buat korang semua ketawa hingga mengalir air mata, kisah sedih yang menghiris kalbu, rasa rindu yang mencengkam jiwa dan rasa gundah bila aku lambat membuat "entry" seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...