9 May 2008

Diet

Dua bulan lepas aku sakit gigi. Pergi klinik nak cabut tapi doktor kata kalau tengah sakit tak boleh cabut gigi. Makan antibiotik dulu, dah hilang sakit baru datang balik untuk cabut.

Isnin lepas aku bawak bini ke klinik. Terlanjur dah ke klinik tu aku ke klinik gigi berdekatan. Gigi aku tak sakit jadi sebelum sakit tu datang balik, baik aku cabut dulu.

Dekat setengah jam doktor perempuan tu berhempas pulas pulas kiri, pulas kanan, korek sana, korek sinun tapi gigi aku masih kuat lagi terbenam dalam gusi. "Encik kena datang balik lah dua minggu lagi kalau macam ni. Nak kena buat pembedahan sikit kalau masih tak boleh cabut."

Klinik gigi kerajaan memang suka kalau kita datang selalu. Itu sebabnya doktor tak boleh selesaikan gigi aku masa tu jugak. 20 Mei baru boleh datang balik untuk cuba cabut lagi. Kalau tak boleh juga barulah diusahakan cara lain. Akibatnya 2 hari aku demam dan dah 5 hari susah nak makan.

Tengahari tadi ada minah tegur aku.... "En. Lan nampak kurus sikitlah"

Tiba-tiba aku dapat idea bagaimana nak membantu bini aku diet cara berkesan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 May 2008

Akhil Hayy Datang Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...