29 Jun 2007

9 tahun

Semalam, 28 Jun, adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke sembilan. Sekian dan terima kasih "in advance" atas ucapan tahniah yang bakal diucapkan oleh korang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Jun 2007

Alhamdulillah 2

Maaf.. kisah jiwang karat aku terpaksa ditangguhkan dulu sambungannya. Sabar ya peminta-peminat sekelian. Aku ada urusan lain yang terpaksa diselesaikan dulu sebab "pink form" yang aku nanti-nantikan telah selamat diterima pada Jumaat lepas. Lapor diri pada 15 Jun ni di ibu pejabat. Oleh kerana kat tempat aku sekarang tiada jawatan yang aku akan pangku, maka aku akan berpindah ke tempat lain.

Tapi, masa taklimat dulu tu, kami semua macam kena tipu lah. Masa taklimat diberitahu tarikh pemangkuan jawatan pada 1 April (maksudnya akan ada tunggakan) tapi bila dah keluar surat, tak ada perkataan April pun dalam surat tu. Sia-sia saja, aku tidak bercuti sepanjang bulan April dulu. Dengan tarikh baru ni pulak, bermakna aku tak boleh bercuti masa sambut ulang tahun pernikahan aku!

ps - syarat memangku jawatan ialah bekerja secara terus tanpa cuti selama 28 hari dari hari pertama pemangkuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Jun 2007

Langkah Pertama

"Hello.... boleh saya bercakap dengan Zakiah?"... itulah ayat pertama aku untuk mengorat Emy. Nama sebenar Emy ialah Zakiah? Bukan. Zakiah kawan sekursus aku masa di Uniselatan. Kebetulan dia kerja sepejabat dengan Emy. Selepas bersembang-sembang kosong dengan Zakiah, aku minta dia sampaikan salam aku, "Kata kat Emy, mamat yang datang dengan Mokh hari tu kirim salam". Zakiah tergelak besar dan mengutuk aku. "Patutlah tetiba jer teringat nak call aku.... nak ngorat kawan aku rupanya". Aku hanya tersengih malu di hujung talian dan meletakkan gagang telefon.

Kali kedua menghubungi Zakiah beberapa hari kemudian, aku terus ditempelak..."Kalau takat nak kirim salam jer, malas aku nak layan ko ni!". Zakiah terus meletakkan panggilan aku dalam pegangan (on hold kalau dalam bahasa omputeh). Sejurus kemudian terdengar satu suara yang begitu lunak mengucapkan "Hello".

Aramakkkkk... apa nak aku cakap ni??? Mungkin dia dapat merasakan getaran pada suara aku ketika aku memberikan salam. Selepas beberapa kali bertukar kata-kata, barulah aku dapat hilangkan rasa gementar. Bila dah hilang gementar, aku pulak yang lebih-lebih. Beberapa kali diberi petunjuk untuk menamatkan perbualan (contoh: Saya tengah buat kerja yang perlu disiapkan malam ni juga) masih gagal membuatkan aku menamatkan perbualan. Entah dari mana datang ide untuk membebel pada petang itu, hanya Tuhan yang tahu. Akhirnya, selepas setengah jam, baru aku sedar yang aku seorang sahaja yang bercakap sedangkan dia hanya mengiya dan mengehemkan sahaja kata-kata aku.

Setelah fikiranku waras kembali, "Maafkan saya Emy, boleh saya call awak lagi?" Senyap. Hampir 5 saat.
Aku :Emy....hello....
Dia :Ya.. ya hello.. ada ni, maaflah, apa awak cakap tadi?
Aku :Takda apa-apa.
Dia :ohh.. boss saya panggillah.. Maaf ya.. assalamualaikum.
Aku :Waalaikumsa....
Bunyi gagang telefon diletakkan.

Bersambung.

PS - Petang kelmarin dalam pukul 6.30 aku singgah rumah Kemat. Tak sempat nak ke rumah dia masa kenduri kahwin dia. Mentang-mentanglah hari dok hujan jer sekarang ni, asyik dok dalam bilik jer. Lepas bersembang dengan bapak dia lebih kurang 5 minit baru dia keluar. 20 minit kemudian baru isteri dia keluar. Baru lepas mandi pulak tu! Memang tepat benar aku bagi hadiah tuala mandi kat ko kemattt..... aku tahu ko memang kena selalu mandi sepanjang minggu ni. Ahad ni, bini ko dah balik mengajar kat Sandakan. KASIHAN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...