14 Sept 2016
Novel Furniture
10 Aug 2016
Angan-angan
Bawah ni plan asal
Lukisan 3D layout asal
Layout 3D Cadangan tambahan
Maaf sebab gambar tak ikut skala yang sama.
Sebelum Sentuh
Ruang Tamu Arah Luar Sebelah Kiri
Ruang Tamu Arah Luar Sebelah Kanan
1 Jun 2016
Orang Muda
Ada kakitangan pejabat saya ini yang mampu bayar RM15 ribu untuk deposit rumah. Saya sangat respek dengan dia. Kakitangan sokongan pun mampu kumpul duit semasa masih muda.
Saya semasa muda?
Dulu saya beli rumah sebab deposit cuma RM1 ribu sahaja dan boleh buat loan 100%. Kalau kena deposit banyak macam sekarang, tak beli rumah lah saya.
18 Mar 2016
2 Mar 2016
Kunci Cressida
Akhirnya dah terima kunci Cressida pada 1 Mac 2016.....
Nak jual ke nak duduk?
Kalau nak jual, ada ke yang nak beli dengan harga RM900,000.00?
Kalau nak duduk, mana nak korek minimum RM25,000.00 untuk grille, lampu, kipas, kabinet dapur, awning, ubahsuai kecil dan sebagainya?
23 Feb 2016
Kenduri Duit Rumah
16 Feb 2016
Tabung Haji
Alhamdulillah....buat pertama kali sejak buka akaun tabung haji, tidak ada urusan mengeluarkan duit pada sepanjang tahun 2015. Dulu akaun tabung haji tu dihubungkan dengan kad ATM bank. Buat potongan gaji pun tak guna sebab senang nak keluarkan balik.
Hujung 2014 dah batalkan link pada kad ATM tu. Hasilnya dapatlah dividen banyak sikit hehehe.
Kalau kad ATM anda ada link denagn akaun tabung haji anda, pergi batalkan sekarang!
5 Jan 2016
Rumah Jadi Beban
Harga asal rumah = RM100,000
Ansuran bulanan = RM850 sebulan
Baki pinjaman = RM70,000
Harga pasaran = RM200,000
Refinance (90%) = RM180,000
Ansuran bulanan = RM1,200 sebulan
Tunai di tangan = RM180,000 - RM70,000 = RM110,000!
Pakcik Kayo!!!!! Gaji pun dah bertambah dan mampu untuk bayar ansuran bulanan yang lebih tinggi.
Perkara pertama terfikir ialah nak renovate rumah tu sendiri.
Dulu....Pinjam duit beli rumah kerana keperluan.
Sekarang....Refinance rumah untuk renovate itu keperluan juga kah? Atau ikut kehendak?