19 Mar 2008

Kabinet Terbaik

Tahniah PAK LAH...

Aku rasa, inilah barisan kabinet yang paling baik yang pernah Malaysia dapat.

i) Peguam yang saman kerajaan Negeri Kelantan bagi menghalang penguatkuasaan Hukum Hudud di jadikan Menteri di Jabatan PM bagi menjaga undang-undang.

ii) Bekas "penceramah agama" yang menganggap persoalan solat adalah perkara remeh jika dibandingkan dengan percubaan berenang merentasi selat inggeris dijadikan Timbalan Menteri di Jabatan PM bagi menjaga hal-ehwal agama.

iii) Seorang bekas MB yang tidak tahu cara-cara menulis borang peristiharan membawa wang tunai berjuta ringgit dalam sebuah beg ketika ingin menaiki pesawat di australia dijadikan Menteri menjaga hal-hal luar bandar.

Eeeee.. bestnya....

Nampaknya makin cepatlah Malaysia ni bertukar kerajaan... lebih-lebih lagi dengan berita ada orang dari Sabah yang tolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Mar 2008

Kit Siang

"Ko tengok Lan.. DAP jadi MB kat Penang.. abislah orang melayu.. diaorang tu Komunis"

Itu kata-kata mak aku. Juga kata-kata beberapa UMNO totok di pejabat aku ni. (Mak aku bukan UMNO Totok lagi sebab aku berjaya buat dia pangkah PAS kali ni dengan menunjuk ke arah bebudak samseng yang jadi peraih undi di luar pusat mengundi!)

"Kita bukan lagi di zaman 60an lah. Kita ni dah terlalu lama disogokkan oleh dakyah BN di TV. PRU ni kali ni DAP naik bukan sebab orang cina sahaja, tapi sebab orang PAS pun pangkah DAP sepertimana orang DAP pangkah PAS demi nak jatuhkan BN... " jawab aku. Namun aku tahu... ia tidak cukup untuk mengurangkan perasaan curiga mereka.

Hari Khamis sebelum PRU12 aku ke Muar kerana adik mak mertua aku meninggal. Semasa menunggu jenazah (wanita) diuruskan, tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara seorang pakcik yang berkata kepada seorang pakcik yang lain "Kalau dacing lawan roket aku pangkah dua-dua biar undi rosak!" Itu fahaman biasa rakyat malaysia! Pakcik yang seorang lagi membalas;

Itulah akibatnya bila tak paham politik. Orang cakap pasal politik kita sibuk cakap pasal politik. Bila dacing lawan roket, kita wajib pangkah roket! Kita mahu jatuhkan kerajaan sekarang. Kalau semua orang macam kau... sampai bila-bila pun takkan jatuh BN.


Rasa ngantuk aku terus hilang. Tak sangka aku kat Muar ni pun kebangkitan Barisan Rakyat berani dinyatakan dengan jelas sebegitu. Sampai istilah wajib digunakan oleh seorang pakcik yang berserban untuk meminta rakannya memangkah roket! Sayangnya... mungkin disebabkan oleh orang lain di sekeliling menjauhkan diri selepas ayat wajib undi roket itu disebut, pakcik berserban dan rakannya yang sedang menimbang-nimbang memangkah PUNDAK itu semakin perlahan pula suara mereka.

Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah betapa aku, pakcik itu (tapi aku tak setuju dia guna perkataan wajib tu) dan ramai lagi yang cuba menerangkan bahawa DAP itu bukan komunis, DAP lebih baik dari MCA, DAP tak makan rasuah dan sebagainya... tetiba Lim Kit Siang buat hal pulak. Malam tadi kecoh semua media utama canangkan betapa rapuhnya pakatan DAP-PKR-PAS di Perak. Kalau macam ni... susahlah Kit Siang weiiii!!!

Masa entri ni ditulis, keluar statement baru di blog Kit Siang memohon maaf atas kesilapan yang dibuat dan tidak bermaksud mengingkari Sultan Perak. Namun, kata putus masih belum dicapai. Mungkin akibat ramai yang menentang ketetapan CEC DAP di blog Kit Siang akan merubah pendirian DAP berkenaan isu MB PAS di Perak.

Kalau Kit Siang dan DAP tetap degil nak boikot upacara angkat sumpah petang ni..... tak payah tunggu 2013... entah-entah petang ni jugak Sultan Perak bagi mandat pada BN lagi untuk bentuk kerajaan sebab tanpa gabungan DAP, BN jugak yang paling banyak kerusi di DUN Perak.

DUN Perak akan jadi tambah huru hara dengan dua pembangkang duduk di kiri dan kanan dewan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Mar 2008

Malaysia Unik

Malaysia memang sah sebuah negara yang sangat unik.

Kuala Lumpur, ibu negara, 9 daripada 10 kerusi parlimen.

10 daripada 13 kerusi parlimen ibu negeri.

Keseluruhannya 19 daripada 23 atau 82.61% kerusi parlimen di pusat pentadbiran negara dan negeri diduduki oleh parti yang menjadi pembangkang di parlimen.

Parti pemerintah menguasai 140 daripada 222 kerusi parlimen atau 63.06% kerusi tetapi jumlah undi untuk mereka hanya 50.xx%.

Unik kan Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Mar 2008

Isteriku Tukar Jantina?

Tahun 2003, aku dan isteri membuat pertukaran alamat mengundi di sebuah pejabat pos di KL ni. Sebabnya.. aku dah ada rumah sendiri dan tempat mengundi sebelum ni di wangsa maju.. tak best.. dapat pangkah sekali jer sebab tiada DUN di KL.

Mykad kami diberi pada kerani Pos. Keyboard ditekan mengisi maklumat mengikut kad yang sangat canggih itu. Chreet.. chreet.. bunyi printer akhirnya kedengaran. Sukanya hati aku sebab dah boleh pangkah 2 kali nanti.

"Tolong tandantangan di sini" kata kerani bertahi lalat di bawah kening itu kepada isteriku. Mata pen pun mula digerakkan oleh buah hati aku menuju ke tempat yang patut ditenyeh tersebut.

"EHHHH!!! Nanti Sayang!.. Sejak bila aku kawin kawin dengan jantan ni?????"

No. ic memang benar no ic isteriku... seorang wanita.... tapi kenapa tertera nama XXXXXX bin Laleh.. seorang lelaki.

Kerani pos tadi terkejut beruk macam kitaorang juga... dan cuba-cuba menghentak-hentak keyboard beliau untuk membetulkan keadaan... tetapi... "Dalam sistem kami memang itulah nama yang ada encik" kedengaran suara hampa beliau yang mungkin takut menjadi mangsa keadaan dimaki aku agaknya.

Aku telah diminta untuk ke pejabat SPR di jalan sultan ismail untuk memperbetulkan nama dan jantina isteri aku. Pertukaran alamat aku sendiri tidak sempat dibuat kerana kerani itu sendiri tak nak buat.. "takut abang pun bertukar jantina jugak" katanya sambil tersengih.

Dipejabat SPR, kami telah diminta duduk di sofa tetamu yang disediakan. Adalah dalam 10 pegawai yang bertungkus lumus mengembalikan kewanitaan isteri aku. Selepas hampir 10 minit, kami telah diberikan borang pertukaran alamat yang menunjukkan nama dan semua details kami dengan betul.

Dan kami dapat mengundi dengan aman pada 2004.

Persoalannya... siapakah xxxxx bin laleh itu? kenapa no ic dia sama macam ic bini aku?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...