30 Jul 2006

Nak Cepat Sangat

Kalau anda sekeluarga sedang menuju ke Tiara Beach Resort, Port Dickson untuk bersuka ria di hujung minggu beberapa hari selepas kakitangan kerajaan mendapat gaji, anda pasti berhadapan situasi seperti gambar di bawah semasa melalui lebuhraya Utara Selatan.




Semasa anda sedang mengawal perasaan disebabkan tempoh perjalanan yang menjadi lebih panjang akibat kesesakan jalanraya di lebuhraya yang tinggi kadar tolnya itu, beberapa kereta yang dipandu oleh beberapa orang yang menyangka hanya mereka sahaja yang perlu segera sampai ke destinasi akan memotong anda dan manusia penyabar yang lain menggunakan lorong kecemasan. Contohnya adalah seperti gambar berikut.




Apa yang anda perlu lakukan? Berdoalah semoga mereka-mereka yang mementingkan diri sendiri itu mendapat bala dan teruskan kesabaran anda melayan anak-anak anda yang sudah acap kali bertanya .... "Bila nak sampai ni ayah? Kitaorang tak sabar nak berenang ni." Kesabaran aku dan doa aku makbul segera pada petang sabtu lepas!




Padan muka!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Jul 2006

Ingatan Terawal

Tok Rimau sepatutnya kena bayar royalti pada aku. Walaupun aku dah lama khatam Ayah Kita Boss, aku masih rajin bukak arkib blog dia masa di danchan. Kali ini aku jumpa entri Ingatan Terawal. Dah hampir 1 jam aku picit-picit otak aku bagi keluarkan balik memori yang duduk di saf paling belakang sekali. Susah! Otak aku ada banyak darah kotor mungkin. Betullah kata bini aku...

Darah kotor wanita akan keluar dari sistem sebulan sekali.

Darah kotor lelaki.... naik ke atas dan kekal di kepalahotak awak tu selama-lamanya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Jul 2006

Alasannnnnnn

Satu hari di bulan puasa.

Bagus sungguh lah vakum ko ni... gerenti selesa orang yang datang rumah akak raya ni sebab rumah akak tadak habuk langsung... tapi kalau akak beli vakum ni, tak raya ahh akak sebab bajet yang ada nak guna buat beli baju sale kat Sogo dan kuih raya yang dah ditempah.

2 minggu lepas raya.

Bagus sungguh lah vakum ko ni... kenapa lah ko tak datang masa bulan puasa ari tu? Senang kerja akak kau kalau ada vakum bagus camni kat umah lebih2 time tengah posa ari tu. Sekarang ni abang dah takder bajet lah. Kalau ko datang awal sikit.. bolehlah abang kurangkan beli kerepek yang tak sedap ni buat bayar downpayment.

Kesimpulan

Banyak lah korang punya alasan.. kalau tak nak beli cakap je lah tak nak beli.. hampehhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Jul 2006

Jom SMS

Amirul tersingkir dalam Konsert 08 yang berlangsung setelah memberikan persembahan lagu Jatuh dendangan asal Adam AF2. Persembahan Amirul mendapat kritikan hebat dari tiga Pengkritik Jemputan termasuk Pengkritik Tetap.

Sejurus selepas Amirul beredar meninggalkan Akademi Fantasia, pihak Akademi mengumumkan AFMASUK 8 pelajar yang telah tersingkir dari Akademi sebelum ini.

Empat pelajar telah diumumkan untuk meneruskan impian mereka di Konsert Akhir dan keputusan AFMASUK hanya akan diumumkan di Konsert 09.

Itulah Akademi Fantasia yang penuh dengan kejutan.



Mudahnya cara nak dapat duit dari orang bangang kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Jul 2006

Satu Hari Seorang Salesman

Isnin 8.30 pagi

Lagi banyak rumah kamu ketuk, lagi banyak peluang untuk dapat demo. Lebih banyak demo yang kamu dapat tunju, lebih banyak jualan yang kamu akan dapat. Lagi banyak jualan yang kamu buat, lagi besar komisyen yang kamu dapat. Lagi banyak jualan yang kamu buat , lagi besar keuntungan cawangan kita. Lagi besar keuntungan cawangan kita, lagi banyak kemudahan yang cawangan boleh beri pada kamu. Lagi banyak kemudahan yang kamu dapat, lebih senang kamu nak buat jualan. Lagi senang kamu nak buat jualan, lagi banyak rumah kamu akan ketuk.

Selasa 8.30 pagi

Lagi banyak rumah kamu ketuk, lagi banyak peluang untuk dapat demo. Lebih banyak demo yang kamu dapat tunju, lebih banyak jualan yang kamu akan dapat. Lagi banyak jualan yang kamu buat, lagi besar komisyen yang kamu dapat. Lagi banyak jualan yang kamu buat , lagi besar keuntungan cawangan kita. Lagi besar keuntungan cawangan kita, lagi banyak kemudahan yang cawangan boleh beri pada kamu. Lagi banyak kemudahan yang kamu dapat, lebih senang kamu nak buat jualan. Lagi senang kamu nak buat jualan, lagi banyak rumah kamu akan ketuk.

Rabu 8.30

Lagi banyak rumah kamu ketuk, lagi banyak peluang untuk dapat demo. Lebih banyak demo yang kamu dapat tunju, lebih banyak jualan yang kamu akan dapat. Lagi banyak jualan yang kamu buat, lagi besar komisyen yang kamu dapat. Lagi banyak jualan yang kamu buat , lagi besar keuntungan cawangan kita. Lagi besar keuntungan cawangan kita, lagi banyak kemudahan yang cawangan boleh beri pada kamu. Lagi banyak kemudahan yang kamu dapat, lebih senang kamu nak buat jualan. Lagi senang kamu nak buat jualan, lagi banyak rumah kamu akan ketuk.

Khamis (ditto)

(Ditto)

Jumaat (ditto)

(Ditto)

Sabtu (ditto)

(Ditto)


Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu (Bila hujung bulan.. Ahad)

9.00 pagi - Kita minum dulu
10.00 pagi - Kawasan mana kita nak pergi hari ni?
11.00 pagi - Parking van bawah pokok
12.00 - Dah abis ronda satu taman... tak dapat demo lah Boss
2.00 petang - Parking van kat pokok lain pulak
2.15 petang - Boss.. boss.. jom buat demo
2.20 petang - Vakum ni power kak.. tengok tu.. siap boleh lekat kat dinding lagi
2.45 petang - Bestnya vakum ko ni.. tapi laki akak gi outstation lah.. minggu depan baru dia balik (penat jelah aku buat demo ni.. hampeh)
3.00 petang - Nanti kalau akak jadi nak beli akak tepon ko ya (laki ko dengar harga menatang ni beribu-riban... gerenti dia tak nak kak)
3.30 petang - Sambung ketuk rumah orang lagi kalau rajin
5.00 petang - Masih tak rajin lagi
6.00 petang - Orang mula ramai yang balik dari kerja
6.30 petang - Ko datang malam kang boleh? Aku nak main bola lah petang ni
8.30 malam - Gelap jer rumah ni... kena kencing lagiiiiiiiiiiii
9.30 malam - Takder sales la ari ni Big Boss. Lu orang ahh... memang tak boleh harap lahhh
10.30 malam - Sampai kat umah. Anak bini semua dah tido.... uwaaaaaaaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Jul 2006

Terpaksa Dalam Malu

Aku pernah buat benda ni selama setahun. Dalam masa setahun itu... ada banyak laki bini yang bergaduh disebabkan kehadiran aku. Ada ramai mak budak yang sanggup korbankan duit dapur demi memuaskan nafsu mereka setelah mendengar pujuk rayu aku. Ada bapak budak yang menghalau kawan-kawan aku kerana mereka cepat tersedar akan bahaya yang bakal menimpa rumahtangga mereka (tapi aku tak pernah dihalau.. cuma ditolak kehadiranku dengan cara lembut sahaja) Ada datuk-datuk yang terpaksa mengorbankan duit pencen kerana mahu melihat cucu mereka tersenyum disamping barang aku. Ada kakak yang sanggup menggadaikan Zhulian mereka sebagai barang tukar ganti dengan barangku.

Walaupun ramai yang tak suka, ada juga yang memang mengharapkan kehadiranku untuk menceriakan keluarga mereka. Ada juga yang memanggil aku ke rumah mereka setelah hilang kepuasan dengan yang lama. Ada yang bertindak lebih ganas lagi dengan datang sendiri mencari aku semasa aku masih belum bersedia. Ada yang terpaksa aku tolak tepi kemahuan mereka disebabkan tenagaku yang terbatas.... tapi aku takkan hampakan mereka.. kawan-kawan aku ada untuk melayan mereka.

Perasaan aku? Kekadang aku suka sangat buat kerja tu tapi selalunya aku benci dengan apa yang aku terpaksa lalui setiap hari. Aku ini seorang yang pemalu.. amat pemalu. Mana mungkin aku gemar mengetuk pintu rumah orang yang tidak dikenali dan mengharapkan mereka dengan senangnya membeli mesin penyedut habuk hampagas yang harganya sama dengan sebuah motosikal?

Nota kaki : Entri ini dibuat sekadar untuk memenuhi tanggungjawab seorang blogger sahaja. Maaf andainya ia gagal memuaskan nafsu membaca anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Jul 2006

Didik Anak

Sabtu lepas ada Forum Remaja Oh Remajaku di surau. Tak sangka forum tu akan berlangsung selama 3 jam. Bermula jam 8 dan kami hanya solat Isyak pada jam 11. Mujur Ustaz Haslin tu rajin menyanyi dalam ceramahnya.. betul.. dia siap menyanyi Ab Laut Chalen! Forum 3 jam itu tak terasa sangat panjangnya. Kalau ada yang nak dengar bolehlah ke sini di bawah tajuk "Sambutan Ulangtahun Ketiga Surau Al-Hidayah".

Ada banyak perkara yang disentuh dalam forum tu dari doa makan boleh digunakan sebagai doa bersetubuh hinggalah kepada masalah murtad di kalangan remaja. Kalau nak diceritakan semuanya kat blog aku ni.. korang pasti akan terus menekan butang X di atas kanan blog aku ni. Lagipun aku bukan pandai nak menceritakan balik pun.

Yang aku nak timbulkan di sini ialah kesilapan aku sendiri. Aku tahu Rasulullah saw telah mengajar cara mendidik anak pada kita semua tapi aku tak mampu nak ikut. Anak aku yang paling tua belum masuk 7 tahun pun lagi tapi aku selalu marah-marah dengan dorang. Bukan setakat marah dengan mulut.. dengan tangan pun pernah, dengan penyangkut baju juga pernah. Memang mula-mula aku akan cakap dengan lemah lembut, tapi kalau dah berbuih mulut suruh mandi tak mandi-mandi jugak.... eeeee.... mulalah aku rasa nak mengamuk. Tu baru bab suruh mandi.. bab buat kerja sekolah.. Ya Allah... bukan main susah lagi dia nak buat. Aku geram dan mula marah-marah. Masalahnya, bila kena marah.. lagilah dia tak buat. Sudahnya... dia kena pukul.. nangis... tidor! Aku, tambah tension tapi tak ler sampai tahap tak bagi dia tidor pulak.

Semasa ceramah tu, aku rasa sedih sangat sebab aku gagal kawal perasaan aku. Aku rasa aku ni seorang bapa yang gagal. Aku tahu Rasulullah saw dah pesan... anak 7 tahun ke bawah kena diajar secara bermanja-manja, bermain-main, bersuka-suka dengan mereka. Tak boleh dimarah-marah apa lagi dipukul. Tapi aku tak mampu!

Bagaimana dengan korang?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Jul 2006

Abang dan Sofa

Masa Abang Demam dulu, aku ada bagitau kalau dia tak demam dia boleh buat someresault kat sofa... Kini, lihatlah dunia...

Percubaan Pertama




Percubaan Kedua



Abang malu kamera agaknya.. setelah ditukar sudut penggambarannnnn...



Mungkin tak lama lagi aku akan mintak dia terjun dari tangga pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Jul 2006

Akhirnya Zidane Bersuara

Baca yang ni

Juga yang ni

Dan yang ini

Selesai sudah teka-teki. Kan aku dah cakap Aku Benci Italy

Klik sini pada yang tak tengok-tengok lagi head-butt tu.

Update - video head butt tu dah tak boleh ditonton lagi. Mungkin sebab tak nak lip reader baca apa yang Materazi katakan macam kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Jul 2006

Tak Ikut Arahan

Kursus Induksi Jun 2000 Permai Park Inn Kuala Trengganu.

Sila baca arahan dengan betul sebelum menjawab ujian ini. Terdapat 20 soalan dan anda diberi masa selama 2 minit.



1. Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.
2. Pastikan semua jawapan ditulis dengan terang dan mudah dibaca.
3. Sila jawab bla bla bla bla bla
4. Bla bla bla
5. Bla bla bla


Giler ahh dorang ni. Adakah patut nak kena jawab 20 soalan dalam 2 minit. Maka.... apabila fasilitator kata mulakan sekarang jer. Aku terus mula menjawab dengan pantas.

1. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke tiga? (Tun Hussien Onn)
2. Jika terdapat 50 orang pelari di dalam satu pertandingan Marathon, berapa ramaikah yang akan menghabiskan larian tersebut? (Giloss... mana lah aku tahu... kalau semua macam aku, semua tak abis ahh.. skip dulu)
3. 485/2? (Ishk.. kalkulator tak ada.. tak cukup jari nak kira ni.. arghhh... 242.5)
4. Sila berdiri dan sebut nama rakan yang duduk di sebelah anda dengan kuat. (Aku berdiri laju dan menjerit "Zakuan!"... sejurus aku duduk balik, si Zakuan pulak berdiri dan jerit "Lan Rambai!". Aku senyum kat dia.. senyum bangga sebab ternyata aku yang paling pantas menjawab soalan ujian ini.)
5. Berapakah bilangan jalur berwarna merah pada bendera Malaysia? (7 ke 8 ekk... 7 kot)
6. Sila tuliskan nama kucing peliharaan anda. (aku tak da kucing.. skip dulu)
7. Adakah anda rasa anda seorang yang bijak? (YAAAAAAAAAA!!!!!!!!)
8. Siapakah nama menteri yang bertanggungjawab ke atas runtuhnya bumbung PULAREK? (lagi soalan giler ni... kang aku salah jawab kang.. tak pasal2 kena ISA.. skip lah dulu)
9. Apakah nama blogspot anda? (Apa kejadahnya blogspot ini)
10. Siapakah yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2006? (Germany!!!)
11. Mengapa....

MASA TAMAT. SILA BERHENTI MENULIS!

Seminit kemudian.. aku menjadi orang yang paling malu di dewan yang sungguh indah pada pagi bersejarah itu. Nak tahu kenapa? Sebab arahan no. 5 Bla Bla Bla yang berwarna merah itu ialah... Sila jawab soalan 1, 5 dan 14 sahaja!

Nota kaki 1 - Semua soalan ujian yang dinyatakan di atas adalah rekaan aku untuk entri ini kecuali soalan no. 4 yang benar-benar buat aku berdiri memalukan diri sendiri!
Nota kaki 2 - Hanya aku dan Zakuan sahaja yang berdiri semasa orang lain dengan tenang menjawab 3 soalan sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Jul 2006

Sofa Untuk Dijual

Oleh kerana aku jeles dengan ada satu mamat bujang dan satu minah dara yang menayangkan sofa mereka di blog masing-masing.... maka dengan bangganya aku mempersembahkan sekeping gambar sofa di rumah aku pulak!



Ada sesapa yang berminat nak beli?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Jul 2006

Arak Murah

Petikan The Star 6 Julai 2006. Aku dengar kat berita ringkas ERA pagi semalam tapi tak pasti telinga aku betul ke tak. Terus cari akhbar orang putih sebab tahu akhbar Melayu mesti takkan keluar punya.

Tengku XXX said his ministry would also talk to the Finance Ministry about the taxes on wine and beer.

“Currently, a lot of tourists are complaining that the prices of wine and beer sold in Malaysia are too high. In fact, the prices of such products are the highest compared with other countries like Thailand, Singapore and Vietnam,” he said.



Apa kejadahnya Menteri beragama Islam di Negara Islam Hadhari ini boleh berfikir sedemikian? Kalau ikut nafsu aku... kalau nak suruh tourist datang lagi banyak. Bukak kilang "ayam" lagi senang kan kan kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Jul 2006

Kucup Tangan

Masa aku kecik dulu, takder sapa pun yang ajar aku salam dengan orang cium tangan. Zaman tu Mak aku cakap, orang nak bagi salam pun malu. Takut dikata alim kot. Bila aku masuk asrama masa form 1, masa Mak nak balik, dia cium aku jer. Aku tak ingat aku salam Mak dan Arwah Abah ke tak. Yang aku ingat, beberapa bulan kemudian, masa kat stesen bas Melaka, aku nampak senior satu sekolah yang balik kampung satu bas dengan aku, bila jumpa mak dia, terus salam cium tangan. Aku? Aku malu nak salam orang cium tangan lah. Tak tahu kenapa. Sebab tak biasa agaknya. Tapi lepas aku saksikan kejadian senior cium tangan mak dia tu, aku berjaya salam Mak cium tangan sekali. Suka betul Mak.

Masa anak aku kecik pulak (sekarang ler), majoriti budak-budak dah diajar dah salam cium tangan. Budak yang asal boleh capai tangan kita jer, kita akan terus bawa tangan kita ke mulut dia bagi dia cium. Bila dah biasa.. takder masalah ahh.. malah menjadi masalah pulak budak-budak ini bersalam sesama sendiri sebab masing-masing hendak cium tangan orang yang disalam. Entah berapa kali tah, kepala anak aku berlaga dengan kepala sepupu atau kawan sebaya dorang terutama kalau yang bersalaman itu umur kedua-duanya sekitar 1.5 - 2 tahun.

Anak aku terutama Abang dan Adik memang pantang tengok aku keluar dari pintu rumah walau destinasi aku hanyalah di halaman rumah sahaja untuk menyesakkan dada sebentar. Kalau dorang sedang minum Milo pun sanggup berenti dan berlari2 mendapatkan aku sambil menjerit hendak salam. Walaupun aku kata aku tak kemana-mana, mereka tetap ingin bersalaman. Nak tahu kenapa? Sebab cara mereka salam lebih maju kehadapan dari anak-anak lain! Bukan takat nak kucup tangan ayahnya yang tersayang itu... mereka belasah jilat sekali... BERTUAH punya budak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Jul 2006

Bencinya Aku

Aku benci Pizza Hut, Ferrari, Spagheti, Paparazzi dan apa-apa sahaja yang berasal dari Itali. Aku sungguh benci.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Jul 2006

Yehaaa

Tengahari Ahad 2 Julai 2006. Aku bawak bini gi scan. Kami berdua memang dah ready for the worse. Mula-mula nampak macam sama dengan 2 minggu lepas.... doktor tu pusing sini.. pusing sana.. at last... Alhamdulillah. Nampak pun baby kecik kenot dalam perot bini aku. Heart beat pun ada. Ukuran pun ok. 9 minggu 1 hari. Nampaknya tempoh "berpuasa" aku akan tamat sehari dua ini... yehaaaaaa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...