30 Nov 2009

Kena Paksa Update

1) Kakak sudah 10 tahun minggu lepas.. cepat benar aku jadi tua ahh camni!

2) Abang Ngah dah "potong"... baru jer.... 37 jam yang lepas. Petang semalam darah mengalir habis kain dan tempat tidur.. cuak aku kejap. Mujur bawak ke klinik balik dan semuanya dah ok. Kesian tgk dia meraung masa doktor bukak balik bandage dan cuci and then balut balik tanpa bius.

3) Kamera aku "hilang" selama 3 hari.... frust tak dapat bawak balik kampung sebab tak dapat amik gambar sefamily... baru beli bateri baru pulak tu.... rupa-rupanya.. ada dalam laci kat opis.. legaaaaaaaaa

4) Bateri Wira kong... merajuk sebab aku ada niat nak tukarkan dia ker? Baru niat jer... bukan nak tukar pun hehe.

5) Bini aku yang paksa aku update blog ni sementara tunggu si adik yang tak tidur2 lagi ni hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Oct 2009

Masuk Surat Khabar

Utusan Malaysia 19 Oktober 2009



Berita Harian 20 Oktober 2009



NST dan The Star bila pulak nak masukkan berita ni???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Sept 2009

Aku Presiden Yang Chiwi?

Ya... aku kini bergelar seorang presiden.... presiden EOCM. Tah macamana aku boleh dapat undian terbanyak tah. Tak pasal-pasal aku dapat alasan baru untuk selalu keluar malam-malam hehehe. Malam tadik telah berlangsung mesyuarat pertama. Dekat 1 pagi baru sampai rumah. Targetnya untuk buat jamuan raya exorian satu malaysia. Satu tugas berat tu... tapi kami akan cuba untuk jayakannya sebaik mungkin. Masalah utama sebenarnya.. kalau diopis, kita boleh keluarkan arahan. Tapi AJK EOCM semuanya sukarelawan (atau paksarelaan). Mana boleh main arah jer. It's about time that I need to practice all the things I've learned about communication.

Kursus seminggu di PD mengenai Leadership and Organisation Management (LOM) 2 bulan yang lepas penuh dengan aspek human management. To manage human well, you must communicate well. To communicate well.... that's the hardest thing to do. Last week pulak masa PTK aku, aku pilih tajuk Komunikasi Yang Berkesan dalam pengucapan awam aku. Jadi... dengan menjadi presiden sebuah kelab yang kesemua ahlinya adalah orang yang baru aku kenali, aku memang benar-benar perlu amalkan apa yang aku belajar dan apa yang aku ucapkan tu.

Ni apahal macam skema jer tulisan aku je ni.... inilah akibatnya kalau pandai-pandai mintak url blog budak kat opis aku.... bila dia tak bagi, aku mintak jugak... akhrinya dia bagi.... sekarang ni bila dia mintak url blog aku... tak pasal-pasal aku kena tulis serius sikit.. aku kan sama level dengan bos kecik dia hehehe. Ermm term.. bos kecik tu macam pernah aku tulis kat blog ni.. tapi kat entri mana tah.... yang aku ingat aku punya entri ada bos kecik, bos besar. Malas nak cari.

Apa-apa pun.. singgahlah ke blog budak opis aku ni. Dia tengah rajin menulis tu.. dalam 2 bulan ni hampir setiap hari dia tulis. Orang tengah chiwi lah katakan haha. Sila klik kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Sept 2009

Sibuk PTK

Aku dah ada Streamx kat umah... tapi sayangnya aku tengah sibuk dengan PTK TK3 aku... Selasa lepas dapat soalan tugasan. Isnin depan mula penilaian selama seminggu pulak. Jadi aku tak dapat nak update selalu blog ni macam yang dah berbulan-bulan aku amalkan ni hehehehe.


Errr.. adakah selepas habis PTK ini.. aku akan rajin update blog ni??? Macam tak jer hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Jul 2009

DULU & TERKINI

DULU


SEKARANG


HARI TU


HARI NI


MINGGU LEPAS


MINGGU NI


SEBELUM


SELEPAS

SEJARAH


TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Jun 2009

Jawab Hujan Panas

Aku nak balas komen Hujan Panas dalam post sebelum ni.

Kiranya idaman nko pada awalnya adalah Grand Livinalah...jadi tak menyesal lah aku pakai Grand Livina sebab ramai juga yang bercita2 nak pakai GL ni sebenarnya.


GL idaman aku sebelum ada Exora.. bila Exora muncul GL langsung tak masuk dlm pilihan aku. Dan ko tak nyesal beli GL sebab ramai yg bercita2 beli GL?... nyesal ke tak perasaan sendiri.. apsal nak kaitkan dgn orang.

Qoute Hujan Panas lagi,

kalau nak kira nyesal tu tak mungkin kot sebab beli kenderaan ni berdasarkan teknologi dan qualiti, kalau setakat nak space dan accesories boleh juga beli coaster atau van panjang dan pasang je accesories banyak2. Kenapa yang lebih mampu memilih stream, wish, estima, alphard, elgrand, vito dan seangkatan dengannya...


Aku beli Exora pun based on technology and quality jugak dan yang paling penting value for money. Aku ada 4 anak. Mak aku tinggal sekali dengan aku. GL memang tak cukup space untuk aku. Lagipun tak berbaloi dengan harganya. Pasal yang mampu akan beli yang lebih RM100k tu.... kalau aku mampu pun aku akan beli jugak jenama yang ko sebut tu dengan syarat spacious.. stream dan wish kalau murah pun aku tak beli sebab exora lebih spacious... err. by the way.. kenapa ko tak beli jer jenama-jenama yang ko sebut tu ek? tak mampu jugak ek?

Aku punya target adalah MPV yang bawah RM100k dan bukan jenama korea. Tinggal Exora, Cherry atau GL.... GL kecik, Cherry... tak minat... Exora.. love at first sight.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 May 2009

Kenapa Aku Beli Exora?

Kalau korang baca kat forum-forum pasal kereta ni.... mesti korang akan jumpa situasi macam ni...

Kalau yg pakai Citra mestilah cakap Citra bagus, yg pakai GL mestilah GL yg paling bagus…yg pakai Cherrry.. Cherry is the best MPV in the world ahh…


Aku?… Mestilah Exora yang paling best sebab aku dah pakai Exora dekat 3 minggu best ajer compare dgn saga 1.5(M) aeroback 2nd hand yg aku pakai selama 6 tahun dan Wira 1.5(A) yang aku telah dan sedang pakai selama 7 tahun setengah.

Masa Avanza mula-mula keluar dulu… satu family gi tengok… bini aku taknak sebab kecik.
Karen jadi Citra dulu…. tumpang naik Citra kawan.. dok kat 3rd row… kaki bukan takat kena seat depan.. kena sengetkan lagi.. sakit pinggang aku dalam perjalanan 20km.. terus bertekad takkan pakai Citra.
Carnival jadi Ria…. minat jugak sebab besar tapi tak mampu beli pada masa tu… last-last feedback dari yg beli…takder sorang pun recommend beli… maintenance tinggi. terus bertekad takkan pakai Ria.
Rondo… disebabkan aku sudah bertekad takkan beli citra and naza ria…. aku tak amik port pasal rondo ni.. dan setelah aku tahu.. aku tak minat bentuknya.
Livina… masa balik ke kampung sekitar januari/februari dulu.. aku nampak Livina.. laju bukan main…. potong lori ikut suka ati jer…. sampai kampung.. esok pagi terus ke nissan showroom. siap test drive lagi… perghh.. best sungguh bawak…. cuma…. bini aku rasa kecik benor kat belakang. Tapi aku memang dah berangan nak beli livina dah. Test drive 1.6 tapi aku nak beli 1.8. Tapi….Harga pulak…. aku kena tunggu surat naik pangkat dulu baru boleh beli sebab 1.8 yg aku nak harganya lebih 90k. Itu belum campur leather seat, tinted dan accesori lain yang bakal menyebabkan harganya jadi lebih RM100 ribu.
Exora…. masa mula-mula proton buat soft launch… tak terpikir langsung nak amik… sebab aku nak beli livina. Surat naik pangkat yg ditunggu pun tiba….. Tiba-tiba aku aku terjumpa paultan.org. Dok selidik pasal exora dan ditambah dgn faktor seat 3rd row livina sekeping dan kecik dan yg paling penting harga… (1.6 pun kalau campur accesories yg macam exora akan jadi lebih RM90k jugak).. aku booking exora lepas 2,3 hari baca kat paultan. dan selepas hari itu…. aku nampak Exora jer yg paling sesuai utk aku hehehe.. macam korang yg pakai MPV lain rasa MPV tu jer yg paling best hehe.

Cuma satu je aku moskel…. macamana nak tahu FC tiap2 MPV tu ek? Livina aku percaya fc dia ok.. tapi kalau citra and rondo…. bila tanya kawan.. tak pernah chek pulak lah…….entah betul ke tak tak tahulah. Ada sorang kawan aku tu.. keta korea dia hanya pakai utk balik kampung jer... tu pun dia claim keta korea dia tu fc bagus. Exora aku… kalau kena trafik jem selalu.. FC 22-24 sen. kalau kurang jumpa jem…. 16-18 sen/km. Dalam The Sun semalam keluar pasal test drive Exora ni.. dia pakai 4 hari... dia kata average FC 13 liter/100 km sepanjang dia pakai Exora tu kira bagus untuk MPV.

Kalau ada yang nak compare FC dengan Myvi.... mai sini kepala tu.. aku nak sekeh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...