22 May 2009

Kenapa Aku Beli Exora?

Kalau korang baca kat forum-forum pasal kereta ni.... mesti korang akan jumpa situasi macam ni...

Kalau yg pakai Citra mestilah cakap Citra bagus, yg pakai GL mestilah GL yg paling bagus…yg pakai Cherrry.. Cherry is the best MPV in the world ahh…


Aku?… Mestilah Exora yang paling best sebab aku dah pakai Exora dekat 3 minggu best ajer compare dgn saga 1.5(M) aeroback 2nd hand yg aku pakai selama 6 tahun dan Wira 1.5(A) yang aku telah dan sedang pakai selama 7 tahun setengah.

Masa Avanza mula-mula keluar dulu… satu family gi tengok… bini aku taknak sebab kecik.
Karen jadi Citra dulu…. tumpang naik Citra kawan.. dok kat 3rd row… kaki bukan takat kena seat depan.. kena sengetkan lagi.. sakit pinggang aku dalam perjalanan 20km.. terus bertekad takkan pakai Citra.
Carnival jadi Ria…. minat jugak sebab besar tapi tak mampu beli pada masa tu… last-last feedback dari yg beli…takder sorang pun recommend beli… maintenance tinggi. terus bertekad takkan pakai Ria.
Rondo… disebabkan aku sudah bertekad takkan beli citra and naza ria…. aku tak amik port pasal rondo ni.. dan setelah aku tahu.. aku tak minat bentuknya.
Livina… masa balik ke kampung sekitar januari/februari dulu.. aku nampak Livina.. laju bukan main…. potong lori ikut suka ati jer…. sampai kampung.. esok pagi terus ke nissan showroom. siap test drive lagi… perghh.. best sungguh bawak…. cuma…. bini aku rasa kecik benor kat belakang. Tapi aku memang dah berangan nak beli livina dah. Test drive 1.6 tapi aku nak beli 1.8. Tapi….Harga pulak…. aku kena tunggu surat naik pangkat dulu baru boleh beli sebab 1.8 yg aku nak harganya lebih 90k. Itu belum campur leather seat, tinted dan accesori lain yang bakal menyebabkan harganya jadi lebih RM100 ribu.
Exora…. masa mula-mula proton buat soft launch… tak terpikir langsung nak amik… sebab aku nak beli livina. Surat naik pangkat yg ditunggu pun tiba….. Tiba-tiba aku aku terjumpa paultan.org. Dok selidik pasal exora dan ditambah dgn faktor seat 3rd row livina sekeping dan kecik dan yg paling penting harga… (1.6 pun kalau campur accesories yg macam exora akan jadi lebih RM90k jugak).. aku booking exora lepas 2,3 hari baca kat paultan. dan selepas hari itu…. aku nampak Exora jer yg paling sesuai utk aku hehehe.. macam korang yg pakai MPV lain rasa MPV tu jer yg paling best hehe.

Cuma satu je aku moskel…. macamana nak tahu FC tiap2 MPV tu ek? Livina aku percaya fc dia ok.. tapi kalau citra and rondo…. bila tanya kawan.. tak pernah chek pulak lah…….entah betul ke tak tak tahulah. Ada sorang kawan aku tu.. keta korea dia hanya pakai utk balik kampung jer... tu pun dia claim keta korea dia tu fc bagus. Exora aku… kalau kena trafik jem selalu.. FC 22-24 sen. kalau kurang jumpa jem…. 16-18 sen/km. Dalam The Sun semalam keluar pasal test drive Exora ni.. dia pakai 4 hari... dia kata average FC 13 liter/100 km sepanjang dia pakai Exora tu kira bagus untuk MPV.

Kalau ada yang nak compare FC dengan Myvi.... mai sini kepala tu.. aku nak sekeh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: