Tahun 2003, aku dan isteri membuat pertukaran alamat mengundi di sebuah pejabat pos di KL ni. Sebabnya.. aku dah ada rumah sendiri dan tempat mengundi sebelum ni di wangsa maju.. tak best.. dapat pangkah sekali jer sebab tiada DUN di KL.
Mykad kami diberi pada kerani Pos. Keyboard ditekan mengisi maklumat mengikut kad yang sangat canggih itu. Chreet.. chreet.. bunyi printer akhirnya kedengaran. Sukanya hati aku sebab dah boleh pangkah 2 kali nanti.
"Tolong tandantangan di sini" kata kerani bertahi lalat di bawah kening itu kepada isteriku. Mata pen pun mula digerakkan oleh buah hati aku menuju ke tempat yang patut ditenyeh tersebut.
"EHHHH!!! Nanti Sayang!.. Sejak bila aku kawin kawin dengan jantan ni?????"
No. ic memang benar no ic isteriku... seorang wanita.... tapi kenapa tertera nama XXXXXX bin Laleh.. seorang lelaki.
Kerani pos tadi terkejut beruk macam kitaorang juga... dan cuba-cuba menghentak-hentak keyboard beliau untuk membetulkan keadaan... tetapi... "Dalam sistem kami memang itulah nama yang ada encik" kedengaran suara hampa beliau yang mungkin takut menjadi mangsa keadaan dimaki aku agaknya.
Aku telah diminta untuk ke pejabat SPR di jalan sultan ismail untuk memperbetulkan nama dan jantina isteri aku. Pertukaran alamat aku sendiri tidak sempat dibuat kerana kerani itu sendiri tak nak buat.. "takut abang pun bertukar jantina jugak" katanya sambil tersengih.
Dipejabat SPR, kami telah diminta duduk di sofa tetamu yang disediakan. Adalah dalam 10 pegawai yang bertungkus lumus mengembalikan kewanitaan isteri aku. Selepas hampir 10 minit, kami telah diberikan borang pertukaran alamat yang menunjukkan nama dan semua details kami dengan betul.
Dan kami dapat mengundi dengan aman pada 2004.
Persoalannya... siapakah xxxxx bin laleh itu? kenapa no ic dia sama macam ic bini aku?
No comments:
Post a Comment