13 Mar 2008

Kit Siang

"Ko tengok Lan.. DAP jadi MB kat Penang.. abislah orang melayu.. diaorang tu Komunis"

Itu kata-kata mak aku. Juga kata-kata beberapa UMNO totok di pejabat aku ni. (Mak aku bukan UMNO Totok lagi sebab aku berjaya buat dia pangkah PAS kali ni dengan menunjuk ke arah bebudak samseng yang jadi peraih undi di luar pusat mengundi!)

"Kita bukan lagi di zaman 60an lah. Kita ni dah terlalu lama disogokkan oleh dakyah BN di TV. PRU ni kali ni DAP naik bukan sebab orang cina sahaja, tapi sebab orang PAS pun pangkah DAP sepertimana orang DAP pangkah PAS demi nak jatuhkan BN... " jawab aku. Namun aku tahu... ia tidak cukup untuk mengurangkan perasaan curiga mereka.

Hari Khamis sebelum PRU12 aku ke Muar kerana adik mak mertua aku meninggal. Semasa menunggu jenazah (wanita) diuruskan, tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara seorang pakcik yang berkata kepada seorang pakcik yang lain "Kalau dacing lawan roket aku pangkah dua-dua biar undi rosak!" Itu fahaman biasa rakyat malaysia! Pakcik yang seorang lagi membalas;

Itulah akibatnya bila tak paham politik. Orang cakap pasal politik kita sibuk cakap pasal politik. Bila dacing lawan roket, kita wajib pangkah roket! Kita mahu jatuhkan kerajaan sekarang. Kalau semua orang macam kau... sampai bila-bila pun takkan jatuh BN.


Rasa ngantuk aku terus hilang. Tak sangka aku kat Muar ni pun kebangkitan Barisan Rakyat berani dinyatakan dengan jelas sebegitu. Sampai istilah wajib digunakan oleh seorang pakcik yang berserban untuk meminta rakannya memangkah roket! Sayangnya... mungkin disebabkan oleh orang lain di sekeliling menjauhkan diri selepas ayat wajib undi roket itu disebut, pakcik berserban dan rakannya yang sedang menimbang-nimbang memangkah PUNDAK itu semakin perlahan pula suara mereka.

Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah betapa aku, pakcik itu (tapi aku tak setuju dia guna perkataan wajib tu) dan ramai lagi yang cuba menerangkan bahawa DAP itu bukan komunis, DAP lebih baik dari MCA, DAP tak makan rasuah dan sebagainya... tetiba Lim Kit Siang buat hal pulak. Malam tadi kecoh semua media utama canangkan betapa rapuhnya pakatan DAP-PKR-PAS di Perak. Kalau macam ni... susahlah Kit Siang weiiii!!!

Masa entri ni ditulis, keluar statement baru di blog Kit Siang memohon maaf atas kesilapan yang dibuat dan tidak bermaksud mengingkari Sultan Perak. Namun, kata putus masih belum dicapai. Mungkin akibat ramai yang menentang ketetapan CEC DAP di blog Kit Siang akan merubah pendirian DAP berkenaan isu MB PAS di Perak.

Kalau Kit Siang dan DAP tetap degil nak boikot upacara angkat sumpah petang ni..... tak payah tunggu 2013... entah-entah petang ni jugak Sultan Perak bagi mandat pada BN lagi untuk bentuk kerajaan sebab tanpa gabungan DAP, BN jugak yang paling banyak kerusi di DUN Perak.

DUN Perak akan jadi tambah huru hara dengan dua pembangkang duduk di kiri dan kanan dewan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: