David Beckham pernah.
Roberto Baggio pernah.
Andrei Shevcenko pernah.
Ramai lagi pemain-pemain bolasepak terkenal dunia pernah melakukannya. Mereka pernah menjaringkan gol penting buat pasukan mereka. Mereka pernah menjadi penyelamat pasukan mereka yang diambang kekalahan. Mereka juga dibayar dengan harga yang mahal atas kemahiran mereka itu.
Rabu, 6 September 2006.
Aku juga melakukan apa yang mereka pernah sumbangkan untuk kelab dan negara mereka. Cuma aku tidaklah bermain bolasepak hingga ke peringkat setinggi itu. Aku cuma bermain untuk pasukan jabatan aku sahaja. Namun sumbangan aku sama seperti mereka....
Aku gagal menendang bola ke arah gol yang begitu luas yang dijaga oleh seorang penjaga gol yang begitu kecil sekali semasa mengambil sepakan penalti! Waaaaaa
32 comments:
mungkin ader aweks seksi lalu belakang gol yg membuatkan tumpuan kamu lari..
en lan lupa tanduk peruk goal keeper tu ker... ? :)
amboi perbandingan tu setara ke? hehe tapi ok lah justifikasi tu ada..makna nya tak semestinya sepak tu masuk gol hehe
kene tukar coach tu
rileks brader...
errr...bookie bagi berapa? hahahha....
kemat... mungkin juga aku terlalu cepat bayangkan awek seksi itu kegembiraan melihat aku menjaringkan gollll
kenit... saya belum mahu bersara lagi macam zidane hahaha
zino.. setara hanya pd satu perkara sahaja hehehe
king.. kami main bukan takat takder coach.. training pun tidak!
13May... bookie pun tak mampu nak bayar weiiii!
wei...kaki ko pengko tak? muhahahah
hahahahahah aku setuju dgn MR hehehehe
Erm.... hehehhehehhe(tumpang gelak..)
hahaha.. Betul ckp MR..
Dulu2 masa sekolah kalau sepak tak masuk gol, cikgu akan marah..." Awak ni kaki pengkor... kaki tak bedung....!"...
mungkin kah tiang gol tu salah posisi...?
Lan, jangan sedih dan jangan putus asa, kita tak 'blame' sama lu, kita sama-sama main manyak teruk jugak ma. Gua yakin lain kali lu boleh score lagi manyak gol. Lan boleh!
ceh
kaki bangku
[macam aku]
HUH, BALIK NI BEDUNG SEMULA KAKI TUH.. HAHAHAHA
takpela... kurang2 dah cuba kan?
heh, aku tau, kau saje2 nak wat skill macam trezeguet time final world cup dulu kan? bukan senang tu. heh.
MR, Ayu, Sunan, BP dan esis... kaki aku tak pengkor wei.. golkeeper tu je yg tak sengaja tahan bola tu
raeidzal.. tiang tu dah betul.. bola jer yg tak cukup angin lahh
kenny.. lepas ni aku nak concentrate jadi golkeeper je lah.. sebab aku selalu save penalti jugak weii... (sebab sebenar dah tak larat nak lari keliling padang)
book.. beckham, baggio dan schevcenko jer kaki bangku.. aku tak hahaha
sastri... percubaan aku gagal :(
ano... trezeguet buat skil final bila ni?
ayat motivasi klise daripada saya:
"takpe. cuba lagi lain kali. sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya." :)
anonymous tu aku. skill yang waktu penalty shoot out tu. yang dia sepak terpantul antara dua palang dan tak masuk. huhu.
lain kali ko cuba lagi, lepas ni ko sepak betol2 pd golkepper ...
hehehe....berdebar kot masa buat sepakan tu. Takpe....cuba lagi....
tak apa, penalti memang susah tuan... dia yang senang tu kalau ada 5 defender, kita gelecek semua sekali dan loopkan bol atas kepala penjaga gol... heheh... beckham pun fikir 5 kali nak buat ni...
Argh!!! tidak!!! adakah musim BOLA kembali???
utk sodapkan hati, bukan silap hang menyepak tapi gol keeper yg bijak dpt mengagak sepakan ko tu.Kecuali hang sepak diatas/luar palang lah.Itu definately hang yg silap.
Salam,
simpati..tak pe, lain kali usaha lagi..
kau sama taraf dgn frank lampard...!! tahniah.
OS.. terima kasih...
jgn sedih..practice lg..huhu
Eisshh.. sapa la coach dia ni.
hihi...
hahahah..tergelak aku baca komen Ontah...kaki ko panjang macam Lampard tu ker wei muahahahhah
Fuh fuh fuh....
Aku rasa ada orang jampi hang ni. Hang dah kena badi orang sial.
Ada perasaan orang tanam apa-apa tak kat tiang gol tu, atau ada bomoh dok perasap kemian ka.
Aku x pernah miss penalti..sebab aku x pernah ambik! Tapi aku pernah score goal offside yang dibenarkan cikgu aku (pengadil) sebab kesian kat aku...kakaka
Post a Comment