27 Apr 2013

Posing Dengan Patung

Saya terjumpa DSAI semasa hendak keluar dari Golden Lounge KLIA pada hari rabu lepas. Kongsikan gambar ini di grup Whatsapp jiran-jiran saya, ada yang kata saya bergambar dengan patung.

Saya terjumpa DSAI pada jam 2.45 petang. Rupanya DSAI hendak ke Johor Bahru. 5 petang dia di JB. 9 malam di Batu Pahat. Jam 11.15 malam di Segamat. Tengahari esoknya buat sidang akhbar di KL. Patutlah saya nampak gemuk dalam gambar ini.

9 Mar 2013

KO Ditawan Vanaam

Saya sudah jatuh hati dengan filem Tamil! Ini semua kerana terpengaruh dengan Sepon. Jalan cerita yang berani dan berpijak di dunia realiti membuatkan hati saya terpaut hehehe.

Menonton Vanaam (poster kiri) membuat saya kagum dengan keberanian mereka berkarya sehingga ke isu pertelingkahan agama dijadikan sebagai salah satu daripada lima kisah yang dipaparkan dalam filem ini.

Filem KO (sebelah kanan) pula membuat saya sedar betapa ada manusia yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengorbankan kawan sendiri demi kuasa. Menyedarkan saya bahawa jika sekadar merompak beberapa ribu ringgit pun ada yang sanggup jadi pembunuh, untuk mendapat kuasa politik pasti lebih dahsyat yang mampu dilakukan oleh manusia! Bukanlah bermakna semua manusia tetapi manusia yang tidak berhati perut lah. Manusia yang tidak ada istilah halal haram dalam hidupnya.

Nota :- Kedua-dua filem ini saya tonton di saluran 202.

24 Feb 2013

Aku Boleh Terbang Laju

Saya telah berjaya chek in di Facebook seolah-olah saya berada di Helsinki. 22 minit kemudian saya chek in di rumah sendiri pula tetapi tidak ada yang bertanya bagaimana saya boleh terbang selaju itu. Adakah ini bermakna ramai yang dah tahu tentang app gps palsu ini?

App ini  boleh membantu seseorang penipu tegar untuk "berada" di tempat yang lain bagi mengelak penipuannya diketahui. Contohnya. ..untuk meyakinkan sang isteri, seorang suami penipu boleh meyakinkan isterinya yang naif kononnya dia "outstation" ke mana-mana tempat yang di dunia ini sedangkan di penipu itu sedang bersama kekasih baru di lokasi yang lain.

App ini juga boleh memudahkan seseorang pekerja mempermainkan bos dia sendiri, seorang anak menyembunyikan lokasi sebenar daripada pengetahuan Ayahnya, seorang pengintip mengaburi pandangan orang yang diintip dan pelbagai lagi penyamaran yang boleh dibuat secara maya. App ini juga pasti akan menyebabkan segala bentuk chek in secara maya tidak laku di mahkamah.

Akan tetapi, app sebegini masih boleh kita gunakan untuk kebaikan. Bagaimana caranya? Tuan-puan kena fikirkan sendiri.

Ps - saya telah berusaha mencari kaedah untuk menipu lokasi ini kerana saya rasa saya telah cuba ditipu baru-baru ini.  Walaubagaimanapun, penemuan ini bukanlah bererti saya pasti yang saya telah ditipu, cuma saya tahu yang kemungkinan untuk saya ditipu memang ada. Itu sahaja.