30 Jul 2006

Nak Cepat Sangat

Kalau anda sekeluarga sedang menuju ke Tiara Beach Resort, Port Dickson untuk bersuka ria di hujung minggu beberapa hari selepas kakitangan kerajaan mendapat gaji, anda pasti berhadapan situasi seperti gambar di bawah semasa melalui lebuhraya Utara Selatan.




Semasa anda sedang mengawal perasaan disebabkan tempoh perjalanan yang menjadi lebih panjang akibat kesesakan jalanraya di lebuhraya yang tinggi kadar tolnya itu, beberapa kereta yang dipandu oleh beberapa orang yang menyangka hanya mereka sahaja yang perlu segera sampai ke destinasi akan memotong anda dan manusia penyabar yang lain menggunakan lorong kecemasan. Contohnya adalah seperti gambar berikut.




Apa yang anda perlu lakukan? Berdoalah semoga mereka-mereka yang mementingkan diri sendiri itu mendapat bala dan teruskan kesabaran anda melayan anak-anak anda yang sudah acap kali bertanya .... "Bila nak sampai ni ayah? Kitaorang tak sabar nak berenang ni." Kesabaran aku dan doa aku makbul segera pada petang sabtu lepas!




Padan muka!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 comments:

Izhal said...

Alhamdulillah!!! hahahahhaa... huhuuhu...hihihihihi...

ps-kadar tol tinggi,minyak melambung tapi jalan makin slow...

tumismenumis said...

haha..walaupun darah kotor tu banyak kat kepala, tapi tuhan masih memakbulkan doa orang yang sabar.
hahaha...

blackpurple @ jowopinter said...

Memang padan muka... Harap2 kau tidak mengambil gambar itu sambil memandu..hehehe

Bilalah agaknya nak siap h'way tu jadi 3 lanes entah...

Anonymous said...

izhal... memang menyakitkan hati. patutnya tol kena bg diskaun bila hiway jem hahaha
mazudi... alhamdulillah
bp... aku ambil gambar masa keta aku berenti hehehe... 3 lanes tu dah siap dah.. siap separuh-separuh..
Pagi tadik jem dari selepas restoran jejantas sg buluh hingga ke tol jalan duta! Tension gilossss

Unknown said...

Padan muka orang tu! Lan... long Q tu tak pa... jangan kena tipu oleh bas ekspress macam saya. Semua harga barang dah naik gila-gila, tapi tak nampak apa-apa kemajuan, pada hal semakin teruk... ptuiii!!!!

~ GAB ~ said...

Doakanlah orang buat salah tu agar akan jadi lebih baik dari kita...

kingbinjai said...

ya ya padan muka, kalo aku, aku berhenti sebelah dia, bukak tingkap dan jerit PADAN MUKA!

Lan Rambai said...

kenny.. sabar-sabar
gab.. dia dapat yg baik lah tu.. next time dia akan q macam orang lain.
king... silap2 ko pulak kena saman sebab berenti tak pasal-pasal hahaha

Literature Sushi said...

Salah satu perkara yang buat kita tersenyum @ tergelak @ mengekek... ;)

Lan Rambai said...

Raeidzal.. aku memang nak gelak sakan time tu tapi malu ngan anak2 lah hehehe

NONIE AZIZ said...

saya bagi pihak syarikat saya bekerja memohon maaf atas kesulitan anda semua..naiktaraf lorong kini sedang giat diijalankan mengikut peringkat.kesulitan yang anda semua harapi amat dikesali. Sekian. psttt...ada chance nak dapat pekerja contoh tak Lan???muahhahahaha

NONIE AZIZ said...

ayat aku macam kap lam ya nga plak...diiijalankan= dijalankan, Harapi= hadapi muahahahh

Lan Rambai said...

MR.. lokasi kesesakan ni bukan sebab kerja naik taraf yg company ko tgh buat dgn lembabnya itu hahaha. Jem ni lepas exit Seremban.. 3 lane jadi 2 tu
MR lagi.. biasalah.. typo tu asam garam blogger.. bukan ada cikgu asst nak proofread tulisan kita..

Faridt said...

Rancang perjalanan dulu utk elakkan kesesakan sebegini.

Lan Rambai said...

kengkadang kita memang tak boleh nak elak jem ni. Chek in di PD pukul 2 ptg. Takkan nak kluar dari umah lepas subuh. lagipun aku memang dah prepare utk jalan sesak ni hehehe sebab dah tau sangat kat situ memang spot faberit jem

Amanitium Cho said...

kesimpulan, jangan potong barisan, beratur dan tunggu giliran anda.

lagi satu, jangan potong kereta lanrambai guna sebelah kiri semasa jammed di highway. nanti kene doa, abeslah kereta anda. hahah.

jangan biarkan lampu merah menjadi perkara terakhir yang anda lihat. berhati-hati di jalan raya. heh.

Unknown said...

hmmm inlah bahana org yang tak sabar....

Kemat said...

aku puas ati bila tgk org yg x sabar nie, yg selamba dek jer potong Q tanpa pedulika org lain dapat surat cinta..

Unknown said...

bila baca cerita en. lan ni rasa macam tak patut je en. lan memadankan muka orang yang potong q tu.. bawa bersabar...tapi rasanya kalau atas jalan, syok juga kalau dapat memadankan muka dorangkan..?? :) hehehehe..

Lan Rambai said...

amanitium... jgn potong q sesapa pun lahh.. bukan aku sorang yg reti doa hehehe
yus... ada ramai lagi yg terlepas sebab dorang sempat masuk ke lane biasa balik semasa polis tu sebuk menyaman tu
kemat.. aku pun puas hati juga
kenit.. kalau aku tak sabar... aku akan lalu emergency lane tu awal2 lagi hehehe

Aku Bukan Bidadari said...

patut lalu kat sblah polis pehtu tepuk tangan.. ckp bagus tok bagus.. ehheee

kingbinjai said...

lan,
aku dah tukar blog, ini add terbaru : http://kingbinjai.blogspot.com, sila update link tq

Pandang Dengar Diam said...

*mrasalah BALA dapat cash jer sekarang nih kan....

ontahsapo said...

susah nak ketemu kejadian mcm ni, kalau aku pun aku akan gumbira....

Pegawai Khalwat said...

Kalau hang ambik gambaq, sapa yang pegang stereng?

Psss... mengambil gambar semasa memandu sama bahaya dengan menggunakan telefon bimbit.

Sastri said...

hmm...sas tak tahan nak hadapi keadaan sesak camni... rasanya kalau nak p jauh2 baik fly jer... kalo nak drive kena mintak blackie laa drive kot...

zino said...

tahniah kerana anda masih bersabar dan mengikut peraturan.. bertambah mahal perjalanan mereka yg kena tahan.. hehe

Anonymous said...

rontoll.. boleh ajerr
abb.. kang aku pulak yg kena tahan!
king.. noted
cuaca.. saman tu boleh bayar pakai kredit kad hahaha
OS... rezeki aku ada kamera sekali time tu hahaha
peg khal.. aku amik masa keta berenti dlm jem tu
sas.. time dok bujang lagi bolehlah nak fly sana-sinun.. lagi pun pd takder airport lah
zino... padan muka dia hahaha

KAMATO said...

doa orang beriman memang cepat makbul...hehe, tapi kau tu sambil mandu ambik gambar pun bahaya gak tu..

Lan Rambai said...

Kamato.. selama ni memang aku tunggu sangat detik2 orang potong q ni diabadikan dalam kamera aku hahaha