Ruang Tamu Arah Luar Sebelah Kiri
Ruang Tamu Arah Luar Sebelah Kanan
Ada kakitangan pejabat saya ini yang mampu bayar RM15 ribu untuk deposit rumah. Saya sangat respek dengan dia. Kakitangan sokongan pun mampu kumpul duit semasa masih muda.
Saya semasa muda?
Dulu saya beli rumah sebab deposit cuma RM1 ribu sahaja dan boleh buat loan 100%. Kalau kena deposit banyak macam sekarang, tak beli rumah lah saya.
Akhirnya dah terima kunci Cressida pada 1 Mac 2016.....
Nak jual ke nak duduk?
Kalau nak jual, ada ke yang nak beli dengan harga RM900,000.00?
Kalau nak duduk, mana nak korek minimum RM25,000.00 untuk grille, lampu, kipas, kabinet dapur, awning, ubahsuai kecil dan sebagainya?
Alhamdulillah....buat pertama kali sejak buka akaun tabung haji, tidak ada urusan mengeluarkan duit pada sepanjang tahun 2015. Dulu akaun tabung haji tu dihubungkan dengan kad ATM bank. Buat potongan gaji pun tak guna sebab senang nak keluarkan balik.
Hujung 2014 dah batalkan link pada kad ATM tu. Hasilnya dapatlah dividen banyak sikit hehehe.
Kalau kad ATM anda ada link denagn akaun tabung haji anda, pergi batalkan sekarang!