Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

12 Dec 2011

Mereka Pergi Dulu

Hari terakhir Syahir di pejabat ini adalah pada 9 Disember 2011 tapi sempat lagi dia jadi juara tenis JPS beregu dengan Isyam pada 10 Disember 2011. Saya cuma dapat nombor 4 sahaja.

Hari ni, 12 Disember 2011 adalah hari terakhir Kamariah pula.

Selamat bertugas di tempat baru untuk kedua-dua mereka.

Saya yang dapat surat berpindah dahulu daripada mereka tetapi saya masih ada di sini sehingga penghujung Januari 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Oct 2010

Sabarlah Sayang

Hong Kong...

Sabarlah ya... lagi 10 hari I sampai. Jangan gi mana-mana tau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Sept 2010

Kod Baru SHRMZB

Kalau boleh aku nak buat kad raya dan tepek kat blog ni.. tapi aku tak reti lah. Aku dah lupa apa yang aku belajar masa kursus satu hari photoshop yang aku pernah hadiri 2 tahun yang lepas. Nak curik orang punya kad raya aku rasa tak kena dan tak syok sebab tak asli dan bukan hasil tangan aku. Oleh itu, tidak adalah tempekan kad raya kat sini. Lagipun, kalau aku penat-penat buat pun, belum tentu lagi ada orang tengok.

Hari ni apa tujuan aku datang opis ni pun aku sendiri tak tahu. Oh.. ya.. pergi ambil surat. Surat pengesahan aku naik pangkat... yehaaaa..... Dalam surat tersebut ada tulis semoga aku tambah rajin buat kerja sebab dah naik pangkat ni. Tengoklah.. kalau aku rajin aku buatlah kerja aku hahaha.

Hari ni juga hari terakhir kerja sebelum cuti raya. Rasa macam nak ke Sogo atau Jalan TAR. Barulah betul ini hari terakhir kerja sebelum cuti raya. Kalau tak buat begitu, rasa macam tak meriah lah raya kali ni. Betul tak puan-puan? Puan-puan di ayat sebelum ni termasuklah bini aku sekali hahaha.

Oh ya.. kalau ada yang masih tercari-cari duit baru untuk dibuat duit raya tetapi tidak sanggup menghadapi kesesakan dalam bank, aku boleh berikan duit RM1 yang bini aku dah tukar dengan banyaknya pada korang. Setiap duit kertas baru bernilai RM100 aku boleh bagi dengan harga RM120....aku cuma mintak upah RM20. Murah bukan berbanding dengan penyeksaan emosi dan mungkin sedikit fizikal hingga ada yang terpaksa bukak posa sebab nak makan panadol untuk menghilangkan sakit kepala memikirkan bank mana yang masih ada lagi duit seringgit baru di hujung-hujung Ramadhan ni.

Akhir sekali..... janganlah bawak keta macam ko sorang jer yang nak raya ya... ehhh hampir terlupa pulak.... SHRMZB.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Aug 2010

Facebook Kena Blok?

Tetiba opis aku jadi bising sedikit... tadik bukan main tekun lagi dorang ni... tekun berfacebook hehehe. Sekarang ni dah 1/2 jam semua orang tak boleh masuk. Barulah ada yang bergerak-gerak bawak file.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Feb 2009

Pangkor Laut Perak Naik Pangkat

Aku janji nak komen pasal resort pulak kan?.. err.. Komen aku ialah..
i) Resort cantik
ii) Bilik cantik walaupun dari luar nampak cam buruk jer
iii) Staff sangat peramah walaupun yang dari bangla atau myanmar
iv) Makanan semua sedapppppppppp
v) Kolam renang tak berapa jernih.. tak nampak bikini minah salleh masa aku menyelam hahaha
vi) Keseluruhannya.... memang padan dengan nilai yang dibayar (walaupun aku dapat free hahaha)

Pasal Perak pulak..... aku ada teori konspirasi pasal apa yang berlaku kat Perak sekarang ni.... tapi aku tak nak tulis kat sini... kalau nak tahu email kat aku hahahaha.

Yang paling penting sekali dalam entri ini ialah.. aku nak bagitahu, aku dah dapat surat yang aku nanti-nantikan.... SURAT NAIK PANGKAT! Yahooooooooooo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Nov 2008

Pangkat dan Nafsu Besar

Bilalah aku nak naik pangkat ni. Sekarang ni dah lewat tengah bulan November dah. Kedengaran cerita pasal naik pangkat beramai-ramai sejak dari bulan Mei lagi. Kejap keluar cerita orang ni belum tandatangan surat tertentu. Tak lama lepas tu, dengar khabar orang lain pula yang belum tandatangan surat tertentu yang lain pula. Kat tempat aku sekarang ada lima jawatan yang sama macam aku tapi cuma dua sahaja yang dah berisi. Jawatan atas aku sikit, ada 3 kosong. Itu baru kat pejabat aku. Kat tempat lain, berlambak-lambak lagi kekosongan yang tidak diisi.

Dalam perkhidmatan awam ni, bila ada jawatan yang tidak diisi, pegawai lain boleh membuat penanggungan kerja di jawatan yang tidak diisi itu. Masalahnya, jawatan yang kosong yang perlu ditanggung adalah lebih banyak dari yang boleh menanggung. Prosidur menanggung kerja pun satu masalah jugak. Ditambah dengan birokrasi yang melambatkan proses kelulusan menyebabkan ramai pegawai yang lambat menerima bayaran. Kebiasaannya kita hanya akan dapat merasa saguhati tanggung kerja selepas beberapa bulan. Kekadang selepas hampir setahun!

Selepas hampir sepuluh tahun berkhidmat, perbualan wajib apabila bertemu rakan-rakan sepelantikan adalah isu bila nak naik pangkat ini. Kalau jawatan kosong untuk dipanjat tiada, mungkin tidak ada sesiapa yang kisah. Perbezaan gaji dan elaun yang begitu ketara menambah lagi ketidaksabaran melihat bilik-bilik kosong tidak berpenghuni yang kononnya layak diisi oleh kami.

Bagi diri aku sendiri, aku sudah ada senarai yang semakin panjang untuk membelanjakan tambahan elaun dan gaji sebanyak hampir RM2,000.00 sebulan itu.

MPV - terpaksa beli sebab anak ramai dan makin membesar.
Kamera DSLR - nak ambil gambar candid senang
Wilson K-Factor - reket tenis abang aku yang aku dok guna dah makin berat
Bola bowling reaktif dengan beg troli - supaya orang gerun tengok aku bila masuk pertandingan hahaha
Rumah lot tepi dengan tanah luas - nak buat barbeque ajak korang makan selesa sikit


Jadi, kalau korang nak tengok gambar yang cantik-cantik kat blog ni, nak makan dengan selesa kat rumah aku, nak kena belasah dengan aku kat lorong bowling dan gelanggang tenis... tolong buat solat hajat memohon kenaikan pangkat aku sekarang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Jun 2007

Alhamdulillah 2

Maaf.. kisah jiwang karat aku terpaksa ditangguhkan dulu sambungannya. Sabar ya peminta-peminat sekelian. Aku ada urusan lain yang terpaksa diselesaikan dulu sebab "pink form" yang aku nanti-nantikan telah selamat diterima pada Jumaat lepas. Lapor diri pada 15 Jun ni di ibu pejabat. Oleh kerana kat tempat aku sekarang tiada jawatan yang aku akan pangku, maka aku akan berpindah ke tempat lain.

Tapi, masa taklimat dulu tu, kami semua macam kena tipu lah. Masa taklimat diberitahu tarikh pemangkuan jawatan pada 1 April (maksudnya akan ada tunggakan) tapi bila dah keluar surat, tak ada perkataan April pun dalam surat tu. Sia-sia saja, aku tidak bercuti sepanjang bulan April dulu. Dengan tarikh baru ni pulak, bermakna aku tak boleh bercuti masa sambut ulang tahun pernikahan aku!

ps - syarat memangku jawatan ialah bekerja secara terus tanpa cuti selama 28 hari dari hari pertama pemangkuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 May 2007

Naikkkkkkkk

Pilihanraya dah makin dekat niiii


Sekarang harga Innova berapa ek?.. bukan nak beli pun.. kalau tahu harga sekarang boleh compare dengan harganya bermula bulan 7 nanti....... naik ke tak agaknya???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Apr 2007

Alhamdulillah

Sejak aku masuk kerja dengan gomen ni, rezeki aku murah betul. Aku lapor diri Oktober 1999. Tak lama lepas tu, kerajaan umum gaji kakitangan awam naik 10%. Sebelum pilihanraya umum tahun 2004, lagi sekali kerajaan naikkan gaji 10%. Tahun 2005 pulak, Sistem Saraan Baru ditukar kepada Sistem Saraan Malaysia pulak. Gred aku dapat kenaikan dalam RM60 kalau aku tak silap. Maknanya dalam tempoh tak sampai 6 tahun, aku sudah rasa 3 kali naik gaji.

Pagi tadi pulak, aku dipanggil untuk menghadiri taklimat pemangkuan gred..... atau dengan bahasa rasmi rakyat Malaysia... taklimat naik pangkat! Awal minggu lepas lagi aku dapat email pasal taklimat tu. Tangan aku ni dok gatal jer nak taip isen pasal email tu. Tapi aku berjaya kawal. Surat rasmi pun takda, jadi aku takut... manalah tahu dorang tersalah email kat aku ke. Masa daftar tadi, nama aku ada dalam senarai, barulah boleh hebohkan satu dunia macam sekarang ni hahaha.

Walaubagaimanapun, surat rasmi (orang gomen panggil "pink form" sebab surat tu kaler merah jambu) belum keluar lagi. Lebih menarik, tarikh mula naik pangkat adalah 1 April 2007. Biasalah.... 660 orang yang naik pangkat serentak. Memang lambat sikit sebab nak tentukan siapa duduk kat mana dan sebagainya. Tambahan pula, kenaikan pangkat ni perlu dibuat dalam tempoh yang singkat setelah dapat kelulusan pihak atasan. Buat masa ini, masing-masing akan tetap bertugas di tempat bertugas sekarang sehinggalah "pink form" diterima dalam masa sebulan dua ni. Kemungkinan untuk aku berpindah ke tempat lain memang besar sebab sekarang ni tiada jawatan yang aku akan pangku kat sini.

Sebenarnya ada banyak pihak yang tak puas hati berkenaan kenaikan pangkat ni. Tapi tak payahlah aku ceritakan kat sini. Takut ada yang tersinggung. Apa yang mampu aku buat sekarang ialah bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi atas limpahan rezeki yang diberiNya dan bertekad untuk bekerja dengan lebih keras lagi. Oleh itu, kemungkinan besar Kisah Sebiji Rambai akan sedikit sepi dari isen-isen baru.

Aku kena selesaikan kerja-kerja aku yang tak selesai sejak 2 tahun lepas dalam masa sebulan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Oct 2006

22 Tahun Lagi

Hari ini, genap 7 tahun aku berkhidmat di sektor kerajaan. Jadi "hamba kerajaan". Arghhh... kalau umur aku panjang dan tak ada sesiapa yang nak tawarkan aku gaji RM15,000.00 sebulan (dengan kenaikan RM2,000 setiap tahun) + MPV (sekali dengan petrol dan kos selenggara) + waktu kerja 4 jam sehari + internet laju + makan minum dan pakaian ditanggung penuh + tuntutan hospital tanpa had + ... (apa lagi ek?), aku kena hidup bosan lagi 22 tahun. Kalau tiba-tiba kerajaan umum umur bersara wajib naik jadi 80 tahun, bertambah lamalah aku hidup dalam bosan!

Kalau aku bosan, kenapa aku tak berhenti? Sebab aku takut! Aku sudah cukup lama dalam bidang pembinaan ini untuk aku lihat betapa teruknya kesan bila ekonomi merudum. Tambah-tambah macam sekarang ni. Dah dekat 10 tahun, sektor pembinaan ini tak naik-naik macam masa aku "grad" pada 1995 dulu. Bermula 1997, sampai sekarang, ramai yang berebut-rebut nak jadi hamba kerajaan macam aku. Dulu tidak. Masa aku belajar dulu, tak pernah terlintas pun untuk jadi pegawai kerajaan ini. Dan masa aku "grad", kemasukan ke sektor kerajaan adalah secara "walk-in interview". Dan untuk jawatan aku ni, tak ada pun yang berjalan masuk. Semua seronok pergi temuduga dengan syarikat swasta untuk menjawab dua soalan sahaja. Berapa gaji nak dan bila boleh mula. Aku jawab.."Kawan saya dah dapat kerja di syarikat ABC dan gaji dia RMXXXX. Saya pun nak yang sama lah." Penemuduga hanya senyum dan tanya kalau mula minggu depan boleh? "Bolehhhhhhhh" jawab aku.

Selepas 2 tahun kerja di dua buah syarikat, ekonomi mula gawat. Gaji aku kena potong sampai jadi lebih rendah dari gaji mula-mula aku kerja. Hinggalah satu ketika tu, aku sampai jadi jurujual "vacume cleaner" ketuk rumah orang. Mujur "timing" aku pohon kerja kerajaan ni tepat. Daripada hampir 40 orang yang ditemuduga, aku terpilih bersama dengan 14 yang lain. Mungkin sebab utama aku dapat ialah aku jadi jurujual masa tu. Penemuduga pulak pernah beli benda alah Lux tu, jadi dia banyak tanya pasal pengalaman aku jual "vacume" tu. Soalan teknikal ada juga, tapi semuanya mudah aku jawab sebab aku belajar dulu bukan setakat untuk lulus periksa sahaja hahaha. Lagipun, pengalaman 3 tahun lebih sebelum jadi jurujual banyak membantu. Masa aku daftar diri dulu, aku diberitahu bahawa "in-take" kali ini adalah yang terakhir buat masa itu. Lebih setahun lepas aku bergelar pegawai kerajaan itu, baru ada temuduga yang lain untuk isi jawatan kosong yang baru diwujudkan. Alhamdulillah... kalau aku lambat isi borang dulu, aku tak tahulah apa aku akan buat sebab masa tu aku dah tahu sangat, aku ni tak ada bakat jadi "salesman".

Ehh.. kenapa aku bosan pula dengan kerja aku sekarang? Ada banyak sebab. Aku tak boleh cerita semua. Kalau ada yang pantau blog aku ni, tak pasal-pasal aku kena OSA hahahaha. Yang aku boleh bagitahu ialah. Aku tak suka dengan profesyen aku ini. Aku ambil kursus ni dulu pun sebab abang aku yang pilih jurusan dan isikan borang UPU. Aku tak tahu apa yang aku akan belajar masa dapat surat tawaran ke U dulu. Tapi tak semualah yang aku tak suka. Cuma sebahagian besar sahaja hahaha. Lagi satu faktor ialah, aku masuk lewat selepas tamat belajar. Ramai "junior" aku masa belajar lebih "senior" daripada aku dalam senarai kekananan jawatan aku sekarang. Diaorang akan naik pangkat dulu dan aku pula akan pencen dulu waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Oct 2006

Kerusi Empuk

Pagi tadi

Ring ring,
Ring ring,
Ring ring,

Arghhh.... Siapa pula yang telefon aku pagi-pagi buta ini?

Hello.
Oh pasal tu.
Ok ok.
Nanti aku dapatkan maklumat tu.
Bye.


Sekarang

Puas aku fikirkan apa maklumat yang aku kena cari tu. Errr.. nak telefon tanya balik? Takkan nak bagitahu, "aku tak ingatlah apa yang ko cakap pagi tadi". Masa tu dah pukul 10.30 pagi! Mana mungkin dia terima aku masih terlelap atas kerusi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Aug 2006

Hidup Umpama Roda

Selepas tamat pengajian, aku pernah kerja di 4 tempat dalam masa 4 tahun sebelum menjadi hamba kerajaan sejak hampir 7 tahun yang lepas ini.

Masa aku grad, aku boleh pilih nak kerja kat mana-mana yang aku suka. Aku pergi temuduga. Yang ditanya berapa gaji nak dan bila boleh mula. Tak sempat aku nak pergi temuduga kali kedua, aku sudah mula bekerja. Itulah untungnya grad zaman ekonomi Malaysia mencanak-canak naik macam tidak akan jatuh.

Cukup setahun di situ, aku sudah bosan. Aku pindah kerja. Bidang kerja sama tapi pejabat yang lebih kecil dan di lokasi yang aku lebih suka. Sebenarnya ia lebih kepada aku mahu dekat dengan awek aku hehehe.

Selepas setahun di tempat kedua ini, ekonomi mula goyang. Satu hari sebelum hari gaji, Bos buat mesyuarat tergempar maklumkan gaji kami semua dipotong 30%. Potongan gaji mula serta-merta dan esok akan mula dapat gaji baru! Giloss. Kami semua protes sebab tidak diberi amaran lebih awal. Bos dengar cakap kami dan dia sanggup jual batang-batang golf dia (atau apa-apa batang yang dia ada.. kami peduli apa) untuk bayar gaji penuh bulan tu. Tapi bulan depan tak ada kompromi lagi. Bos juga cadangkan kami cari kerja lain.

Tak sempat aku cari kerja lain, bos aku sudah carikan aku kerja lain di syarikat kawan dia. Gaji kurang sedikit tapi tidak sesedikit gaji yang akan dipotong 30% itu. Aku pun terima sahajalah. Rupanya, aku ibarat sudah keluar dari oasis kering melangkah ke perigi buta. Hari ketiga di tempat baru, aku sibuk berkenalan dengan pemungut-pemungut hutang yang ingin sangat berjumpa dengan bos baru aku. Dari indon tukang besi sampai towkei kedai bunga cari dia. Hampeh betol!

2, 3 minggu kemudian keadaan jadi tenang. Aku tak tahulah pegawai bank mana yang mangkuk berani bagi bos aku hutang lagi masa tu. Yang aku tahu, pemungut-pemungut hutang tu berhenti bersembang dengan aku dan bank tempat pegawai bank mangkuk itu bekerja dah bertukar signboard. Aku juga sudah tidak perlu duduk di pejabat lagi tetapi ditempatkan di pejabat tapak sebab projek baru dah bermula.

Bos aku janji akan bagi duit minyak dan elaun tapak sebab kena kerja di kontena dan berkantinkan Madhura. Bila ada lukisan yang nak diberikan pada subkontraktor, dia suruh aku cetak guna duit aku dahulu dan claim kat pejabat. "Baik bos" kata aku. Selepas beberapa bulan, aku masih tak dapat semua claim-claim aku. Bukan setakat aku je yang tak dapat apa yang dijanjikan, pekerja-pekerja Indon kat tapak semuanya dah tak nak kerja sebab dah lama tak dapat gaji. Nasib baik diaorang tak pelangkung aku!

Aku sendiri sudah mula mencari-cari kerja lain. Sementara aku sedang mencari-cari itu, pengarah syarikat yang membiayai projek aku tu buat lawatan mengejut dan dia bengang sebab tidak ada Indon yang bekerja. Rupanya, hari itu barulah aku tahu, bos aku sudah pusing duit projek ini untuk projek lama yang tak siap-siap dan takkan siap itu. Akibatnya... aku yang bekerja di syarikat yang mengendalikan kerja di tapak tapi tak tahu malu guna duit yang orang bagi untuk projek lain pulak, telah tidak diperlukan lagi.

Maka bermulalah hidup aku sebagai seorang Salesman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...