Mula-mula pakai Exora.. panik jugak aku... mana taknya.. fuel consumption 24 sen/km masa first few hundreds kilometer. Kemudian FC tu turun sikit dalam 22 sen/km. Aku terpikir.. tak boleh jadi ni... tinggi betul FC Exora ni. Aku letakkan satu topik pasal fuel consumption kat forum Exora... ramai yang kata... FC tinggi sebab kereta masih baru dan hanya akan ok selepas servis 1000km.
Khamis minggu lepas, aku servis Exora 1000km. Jumaat malam bawak balik kampung sebab nak tayang Exora kat orang kampung hehehe. Masa mula-mula perjalanan kat hiway.. aku bawak ikut speed limit. Tapiiii.. kereta sedap.. mana boleh tahan weiii. Jalan malam pulak tu.... bawak macam biasa jelah.... ikut nafsu hehehe... tapi tak berapa lenjan sangat ahhh sebab takut FC tinggi sangat. Hasilnya.... bila isi minyak masa nak balik ke Sg Buloh... FC yang aku dapat ialah 20.5 sen/km. Hmmmm.. kira oklah tu untuk MPV.
Selepas isi minyak full tank kat segamat tu.. Aku bertekad untuk betul-betul kawal hawa nafsu nak lenjan Exora ni. Selepas perjalanan dari Segamat balik ke Sg Buloh dan berulang-alik ker tempat kerja selama 3 hari..... buat pertama kalinya Exora aku mengeluarkan isyarat minyak dah nak habis.... meter km to next pump station visit pun sampai berkelip-kelip. Malam tadi isi minyak kat petronas lagi. Isi sampai full tank = RM92.19. Total milage sejak last isi full tank kat Segamat tu... 527km... jadi RM92.19/527= 17.45 sen/km. Bacaan pada AFC meter juga tepat 9.7liter/100km (AFC ni aku reset semula just before isi minyak kat segamat). Ini bermakna.. kalau aku berjaya kawal hawa nafsu aku.. FC Exora aku akan ok. Kalau aku maintain kat hiway 90km/h mungkin FC tu boleh jadi lebih rendah lagi kot.
Bermula hari ini, aku nak bawak exora aku macam style biasa aku balik.... ie.. pergi selaju yg boleh hehehe.... nak tengok berapa banyak beza FC antara pemanduan ikut nafsu dengan kawal nafsu!
No comments:
Post a Comment