Showing posts with label ulangtahun. Show all posts
Showing posts with label ulangtahun. Show all posts

28 Jun 2014

Ulang Tahun Ke 16

Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke 16. Hari ini juga www.jualbelibukuterpakai.biz dibuka secara rasminya. Cita-cita saya ingin buka website tersebut dengan 1,000 buah judul tetapi hanya hampir 300 sahaja yang mampu saya senaraikan setakat ini.

Kepada yang membaca posting ini, saya ingin maklumkan anda telah layak menerima kod diskaun untuk pembelian di website yang memudahkan urusan membeli buku terpakai terutama novel terpakai. Kodnya ialah 280698 iaitu tarikh perkahwinan saya. Dengan kod ini anda akan mendapat diskaun sebanyak 20% sekiranya tempahan yang dibuat melebihi RM50.00. Tempahan anda juga layak mendapat penghantaran percuma.

Kod ini terhad kepada 10 orang sahaja dan hanya sah sehingga 26 Julai 2014 sahaja, jadi bertindaklah dengan cepat ya. Kongsikan dengan rakan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Jun 2014

Kursus Lagi

Bulan 6 akan dilengkapkan dengan kursus ini pula. Yang istimewanya ialah tarikh kursus jatuh pada hari ulang tahun perkahwinan saya dan isteri. Inilah hadiah ulang tahun kami tahun ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Jan 2012

Ulangtahun Bebas

Di bawah ini adalah catatan saya di facebook tepat setahun yang lepas.


Alhamdulillah... selepas setahun saya masih berpegang teguh pada kata-kata saya ini. Semoga saya akan terus bebas sehingga akhir hayat saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Aug 2010

Birthday Yang Mengantuk

Berat sungguh mata aku masa memandu ke pejabat tadik. Biasanya ada teman kat sebelah.. jadi kalau ngantuk sangat ada yang tolong picit atau cubit untuk hilangkan rasa nak pejam mata tu. Bini takde lah pulakkk. Dan aku telah bertekad untuk tidor dulu bila sampai kat opis ni.

Sebelum nak lelap sekejap, sebagaimana biasa, duduk jer mesti bukak pc dulu. Bila pc dah bukak, mestilah chek email dulu. Mak aiii.. banyaknya ucapan untuk aku di facebook. Mata terus jadi segar dan baca email satu persatu. Sayangnya, aku tak boleh nak bukak FB kat opis ni. Dah masuk hari ketiga FB dilembabkan perjalanannya.... ia tidak diblok terus sebab kalau awal pagi dan lewat petang, FB masih boleh dibuka. Cuma kadar kelembaban FB tersebut akan membuat anda menjadi seperti arnab yang sempat tidor dahulu sebelum si kura-kura sampai.

Oleh kerana aku tak boleh bukak FB sepanjang hari ini, di blog inilah aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas semua ucapan yang diberikan. Tak sangka betul.. ramai yang ingatkan aku lagi. Untuk korang, terimalah sebuah lagu yang aku karang sendiri liriknya :-

Termenung ku sendiri
Mengenangkan bini pergi Sabah
Susahnya aku nak bangun sahur tadik
Hampir-hampir terlajak ke pagi

Di pagi yang mulia
Hati sayu kena hidang sendiri
Biasanya semua makanan dah ready
Tunggu aku di atas meja

Apa nak dibuatttt
Bini aku kena pergi Sabah
Walau di hari lahirku
Dia pergi kerana kerjaaaaaa

Kepada semua teman
Yang sangat-sangat aku sanjungi
Terima kasih atas segala ucapan
Maafkanlah segala kesalahan
Terima kasih atas segala ucapan
Tahun depan buat lagi sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Aug 2010

Bini Marah Tinggal Berdua

Bini aku marah sebab aku dah lama tak update blog ni.

Dia suruh aku buat summary apa yang aku sepatutnya dah update selama 6 bulan setengah ni. Oklah.... utk elakkan dia marah aku lagi.. berikut adalah summary apa yang aku buat dari februari sampai sekarang.


Januari

Bini aku suruh masukkan birthday dia pada 27 januari. Selamat hari lahir yang terlewat sayang!

Februari

Birthday Bang Ngah... aku pun dah tak ingat aku beli apa utk dia hari tu.

Mac

Birthday Bang Chik... ditto.

April

Birthday Exora aku.... hadiahnya.... insurance dan road tax dekat RM1 ribu!

Mei

Sambutan ulangtahun EOCM pertama kat Glory Beach Resort, PD. Event terbesar pernah aku buat yang menelan belanja lebih RM30 ribu. Penat giler buat event ni tapi berbaloi sebab dalam 100 biji exora terlibat dalam konvoi. Dan.... aku masuk TV lagi.

Jun

Pertama kali aku tak dapat peluk bini aku masa annibersari perkahwinan aku dengan dia. Dalam setahun ada 365 hari, hari tu jugak yang dorang ni pilih utk buat meeting kat JB. Sungguh hampehhhh. Kena duduk kat hotel yang dikatakan banyak hantu pulak tu.. nasib baik aku tak jumpa.

Julai

Bawak anak bini gi Glory lagi. Kali ni keluar duit sendiri dulu tapi kemudian boleh claim sebab pergi utk persidangan.

Ogos

Aku sedang buat persiapan untuk turun takhta. Cukuplah hampir setahun aku jadik presiden. Aku dah penat. Bagi orang lain pulak yang pimpin EOCM. Lagipun dah ramai ahli baru yang tak tahu pun aku Presiden sebab aku dah jarang masuk forum. Semangat dah kurenggg.

Hari ni

Aku dan bini aku berdua jer kat opis aku sekarang ni. Orang lain semua dah balik.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Jan 2009

6 dalam 1

1.

Aku dah lama tak tengok Juara Lagu tapi tahun ni aku tengok. Masa aku pergi berjalan ke utara yang penuh dengat niat tak dipenuhi dulu tu, aku tertengok separuh akhir pop rock sebab umah kakak ipar aku takda astro. Pertama kali aku tengok Meet Uncle Hussin nyanyi... aku dah agak lagu tu bakal juara. Agakan aku tepat sepertimana agakan aku semasa tertengok Jacklin Victor audition One In A Million.

2.

Anak aku yang sulong, Kakak; sekarang tahun 4 sekolah rendah; tanya apa itu bersetubuh. Dah lebih seminggu soalan tu tak berjawab-jawab lagi. Dia kata Ustaz kat KAFA suruh tanya ibubapa masing-masing. Aku syak mereka sedang belajar perkara-perkara yang mewajibkan mandi dan Ustaz itu sendiri tidak tahu nak jawab bila ada dikalangan pelajarnya yang bertanya dengan lebih lanjut perkara-perkara hadas besar ini.

3.

Kalau BN menang di Kuala Terengganu, pasti Najib akan kata ia memberi kesan yang besar pada politik negara dan Utusan Melayu serta Berita Harian akan letak gambar kecil sahaja berkenaan perang di Gaza di halaman utama.

4.

Semalam 18/1.. Adik sambut hari lahir ke 2. Sambutan cuma sebijik kek 1/2 kg. dan yang tukang meriahkan sambutan cuma abang-abang dan kakak sahaja.





5.

Aku sudah mula tak tahan tengok jersey bola yang ada logo AIG. Aku lebih tak tahan mendengar kata-kata orang yang memakai jersey tersebut sejak 2 hari lepas. Semoga pagi esok aku boleh membalas kata-kata bongkak mereka dengan kata-kata bongkak aku pula.

6.

Kalau-kalau lah aku tak sempat nak buat entri baru sebelum aku pergi memadu kasih kat Pangkor Laut Jumaat ini... Aku ingin maklumkan bahawa selepas cuti Tahun Baru Cina nanti, aku janji aku akan letak gambar aku dan bini bersama dalam bath-tub untuk tatapan korang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Nov 2008

Hari Kakak Jadi

Hari ini tepat 9 tahun aku bergelar Ayah.



Tahniah buat Kemat yang baru 2 hari jadi Ayah.

ps - aku tengah sibuk mengemas barang nak pindah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Jun 2008

Menjelang 10 tahun

Aku nikah 28 Jun 1998. Hari ini 27 Jun 2008. Tepat 24 jam dari sekarang genap 10 tahun aku jadi laki orang.

Masa berkawan - setan dok cucuk "Kawan pompuan mesti ramai".
Masa bertunang - setan dok suruh pikirkan balik "Adakah dia calon terbaik?".
Masa bernikah - setan dok usik "Dah nikah tak semestinya ke akhir hayat kan..kan..kan"
Masa beranak - setan dok cadang "Masa ni kalau ada yang lain... tak payah puasa 100 hari!"
Masa beranak-pinak - setan dok bising "Bini ko ni sibuk layan anak dia je... takda masa untuk ko!"
Masa bergaduh - setan dok bisik "Nak buat apa pujuk.. bini ko yang buat salah"

"Ya Allah... kuatkanlah imanku dan tetapkanlah hatiku dalam menghadapi godaan iblis dan syaitan yang sentiasa benci dengan kebahagiaan berkeluarga hamba-hambamu"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 May 2007

Satu Tahun

Hari ini genap setahun umur blog ini..... yehaaaaaaa....

ps - nasib baik Liverpool menang hari tu... kalau tak... aku dah tutup terus dah blog ni hahaha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...