Pemergian Arwah abang saya tanpa meninggalkan balu dan anak telah menyedarkan saya betapa pentingnya ilmu dan pengetahuan tentang wasiat, hibah dan faraid. Setelah habis saya kaji nanti, saya akan kongsikan di blog ini. Setakat ini yang saya tahu ialah saya sendiri tidak layak mendapat sebarang pusaka Arwah kerana saya berlainan ibu dengan Arwah dan wasiat kepada bukan waris ada had tertentu.
Semasa berpuasa seorang ibu berkata kepada anaknya, "Dengan berpuasa ni, kita dapatlah merasa bagaimana perasaan orang yang susah nak dapat makanan".
Semasa menghadap juadah berbuka, giliran si anak pula berkata, "Ibu, sekejap lagi dapatlah kita merasa perasaan orang yang terlebih makanan pulak kan kan kan"
Semasa mula-mula sekali aku baca kat FB pasal Islamic Fashion Festival dengan gambar-gambar yang tak mencerminkan Islam langsung, aku rasa sangsi. Biar betul ni. Takkan lah ada yang sanggup meletakkan kedudukan Islam sebegitu rendah sekali? Lebai google digunakan untuk mencari jawapan. Ternyata yang aku dapat dari lebai google sungguh jauh berbeza dengan yang dipaparkan. Kali ni.. hati aku terdetik.. ishkkk... takkan ada yang sanggup buat fitnah sebegini dahsyat pulak. Tidak berpuas hati.. aku tambahkan penyelidikan sebab perkara ini bukan sahaja dipaparkan di blog-blog peribadi tetapi dijadikan berita di malaysiakini dan harakahdaily. Akhirnya... aku berjaya menjumpai video acara IFF yang memalukan itu.
Tidak mungkin ada yang begitu pakar hingga mampu membuat video palsu yang sebegitu nyata menunjukkan kehanyiran acara itu. Kalau setakat gambar foto pegun, aku boleh percaya lagi kalau ada yang mengatakan gambar tersebut telah di"photoshop"kan. Tapi ini video.... TIDAK MUNGKIN.
Aku tetap dengan pendirian tidak mahu memaklumkan atau memberikan link kepada video tersebut seperti yang dinyatakan dalam FB aku siang tadi. Cukuplah sekadar dengan link berikut bagi menguatkan pendapat aku... kisah IFF yang memalukan ini bukannya satu fitnah politik. Ia adalah kisah benar penghinaan terhadap Islam!
Arghhhhh... aku tengah berpuasa ni.. tapi aku ada perasaan yang sangat kuat untuk menyumpah-nyumpah... kalau boleh aku nak maki habis-habisan.. guna segala perkataan kotor yang aku tahu. Tapi aku sedang berpuasa... dan benda yang aku nak maki ni pulak memang bertujuan untuk mengganggu iman semua orang kat Malaysia ni. Memang sengaja dibuat supaya nampak kita ni... muslim di malaysia... kononnya fanatik sangat dengan agama sendiri tak tentu pasal.
Arghhhh... semakin aku menaip makin aku tensionnnnnnnnnnnn.
Arghh.. korang dah tengok iklan raya TV3 suku tahun ni? Arghhhh... sakitnya hati aku tengok iklan tu!!!!!!!! Arghhhh... kenapa teruk sangat ni? Arghhh... macamana iklan macam ni boleh disiarkan di stesen tv sebuah negara Islam? Arghhhhh
Baca sini dan fikirkan kenapa imej santa claus boleh dimasukkan dalam Idul Fitri.
update 12.25 am 6 september 2010
TV3 dah hentikan siaran iklan ni dan mintak maaf dalam buletin utama 5 september 2010. Tahniah kepada semua muslimin dan muslimat yang prihatin sehingga iklan ini berjaya dihentikan siarannya. Cuma... agak-agak kan... boleh ke kita tahu siapa yang jadi dalang disebalik pembikinan iklan ni ek?
Kenapa kena ada tazkirah ek? Solat terawih dah ler. Ceramah bulan lain pun boleh. Terawih masa Ramadhan jer kan kan kan. Moreh pun ada masa Ramadhan jer. Bila ada tazkirah, terawih lambat mula dan moreh pun dah sejuk. tak sedap.
Kenapa kena dengar tazkirah ek? Sebab kita tak paham bahasa arab! Kalau kita paham bahasa arab, tak perlu ada sessi khas tazkirah... sebab sambil dengar imam baca ayat Al-Quran dalam Terawih, itu dah jadi tazkirah buat kita. Tapi kita tak paham bahasa arab, kenalah ada sessi khas untuk terangkan tentang apa yang ada dalam Al-Quran.
Tak suka dengar tazkirah ke? Pergi belajar bahasa arab dulu ya.
Ceramah beliau sebenarnya acara penutup kepada Karnival Jom Ke Surau. Bermula 9 pagi lagi, bermacam-macam aktiviti yang dianjurkan. Pertandingan Nasyid Pra-Sekolah dan Antara Rumah, mewarna untuk murid sekolah rendah, explorace remaja, congkak dan gubahan bunga kaum ibu, sepakraga bulatan kaum bapak, derma darah, pendaftaran SPR, "halau hantu" oleh Darul Syifa, jualan bonet kereta (car boot sale) dan yang paling utama sekali gerai-gerai jualan. Aku sebut yang utama sekali sebab aku bukak gerai jugak haha.
Tak sangka betull... ramai yang minat dengan sosej aku... hehehe... 250 batang! Nuget ayam 7 kg. Bebola udang, ketam, ayam.. tah berapa kilo tah. Tak henti-henti menggoreng kecuali waktu zuhor, waktu budak-budak sedang mewarna dan waktu Asar. Mujur Kakak dan sepupunya tolong jualkan sekali. Kalau tidak, tak menang tangan nak layan.
Budak lelaki baju oren (Bang Ngah) dalam gambar kat atas ni.. kerjanya... mintak duit beli aiskrim, air botol, air kotak, aiskrim lagi, air kotak lagi, air botol lagi.. tah berapa banyak yang dia seorang belanjakan entahlah.. tak terkira aku. Hari pulak panas terik. Aku sendiri banyak abiskan duit beli air jugak hehe.
Sibuk dengan gerai sampai nak balik tukar seluar sukan pun tak sempat untuk main sepakraga ni. Kasut pun pinjam kawan punya.... tapi GAYA TETAP ADA!!! hahahaha
ps - gambar-gambar semua aku cilok dari www.saujanautama.com sumbangan Badass, Kemat Hassan dan Berlingo.
Sempena post aku yang ke 100 ini, aku ingin menghadiahkan semua pengunjung blog ini dengan satu tulisan yang benar-benar mantap. Mantap dari segi isi, susun kata yang tidak membosankan, kata-kata nasihat yang berguna, lawak yang boleh buat korang semua ketawa hingga mengalir air mata, kisah sedih yang menghiris kalbu, rasa rindu yang mencengkam jiwa dan rasa gundah bila aku lambat membuat "entry" seterusnya.
Aku tinggal di satu kejiranan yang masih muda lagi. Kalau tak silap, fasa pertama yang berpindah ke sini ialah pada tahun 1999. Aku sendiri mula menetap pada tahun 2001. Istimewanya taman perumahan aku ini ialah kedudukannya yang terasing dari kejiranan lain. Untuk ke Saujana Utama, aku dan ribuan yang lain perlu melalui jalan khas sejauh lebih kurang 5 km dari jalan utama Sungai Buloh - Kuala Selangor. Hanya di permulaan simpang jalan Kuala Selangor itu sahaja ada beberapa rumah kampung dan estet. Selebihnya adalah ladang kelapa sawit di sebelah kiri dan tanah terbiar serta beberapa kilang yang tidak diketahui status halal atau haram di sebelah kanan. Kalau korang pertama kali ke sana, terutamanya di malam hari, pasti korang akan tertanya-tanya, "betulker ada taman perumahan kat dalam hutan ni?". Ramai jiran yang pernah bercerita tentang saudara mara atau rakan taulan mereka yang berpatahbalik kerana merasa tidak mungkin ada taman perumahan yang jauh ke dalam hutan di negeri Selangor Maju 2005 ini. Yang peliknya, sekarang ini sedang dibina Saujana Utama 3 dan jualan rumah di situ amat menggalakkan. Saujana Utama yang asal dan Saujana Utama 2 dah lama selesai dijual 100%.
Aku rasa aku telah memberi tekanan yang maha hebat kepada diri aku sendiri pada perenggan pertama di atas. Oleh itu, aku tarik balik ayat-ayat tersebut kerana aku tak mampu nak buat entri yang mantap dan penuh dengan kriteria yang aku sendiri tetapkan itu. Aku akan tulis macam biasa jelah bermula dari perenggan berikut.
Nampak kan.. dengan jelas Rosnah Mat Aris menghina Siti Khadijah.... Semua orang marah kan.. kan .. kan....
Kalau tengok klip video yang ini.. ada rasa apa-apa tak? Takda? Tak kisah? Dah biasa sangat? Kalau orang baca Bismillah sebelum minum arak depan korang apa korang rasa? Lepas minum tu sendawa kuat-kuat, ucap Alhamdulillah pulak... takda rasa nak tumbuk muka dia?
Sebenarnya aku cuba cari klip video yang artis wanitanya lebih seksi lagi sambil mengucapkan Alhamdulillah dan sebagainya tapi tak jumpa lagi. Kalau aku jumpa, nanti aku letak linknya lain kali.
Pada yang pernah tengok anugerah-anugerah untuk artis kat Malaysia ni, rasanya korang pun dah biasa tengok dah pun artis berkemban ucap syukur atas kemenangan dia kann..
Sempena post aku yang ke 100 ini, aku ingin menghadiahkan semua pengunjung blog ini dengan satu tulisan yang benar-benar mantap. Mantap dari segi isi, susun kata yang tidak membosankan, kata-kata nasihat yang berguna, lawak yang boleh buat korang semua ketawa hingga mengalir air mata, kisah sedih yang menghiris kalbu, rasa rindu yang mencengkam jiwa dan rasa gundah bila aku lambat membuat "entry" seterusnya.
Petikan ceramah Ustaz Hassan Din yang aku baru dengar di TV3 sebentar tadi:
Anak kecil yang dilatih berpuasa, sudah tentu bila besar akan berpuasa tetapi belum tentu lagi bersolat.
Anak kecil yang dilatih bersolat, selain dari solat, dia juga pasti akan berpuasa.
Memang bagus paksa anak berpuasa dan memberi upah jika dia berpuasa. Solat? Tak pernah pula kita terfikir nak bagi upah kan? Patutlah aku tengok ada yang beria-ia berpuasa tapi tak pernah bersolat pun.
Ingatan untuk diri sendiri: Ibubapa wajib suruh anak-anak dirikan solat apabila berumur 7 tahun. Anak sulung aku tak lama lagi genap 7 tahun!
Bila aku dah mula pakai baju Melayu ke surau. Bila aku dah mula pakai kopiah ke surau. Bila beg kecik aku, dah mula aku sandang ke surau.
Itu tandanya, tugas aku sudah bermula. Tahun ni, RM4.70 sekepala. Sama macam tahun lepas. Setakat ini, dah dua malam aku menunggu. Sambutan pun macam tahun lepas. Ramai yang dok tengok jadual jer berapa nak kena bayar. Majoriti tunggu 10 malam terakhir. Takpelah. Aku sendiri pun hanya akan bayar 10 malam terakhir jugak. Aku bayar lambat bukan sebab ada fadhilat apa-apa pun. Aku bayar lambat sebab aku memang jenis suka buat kerja "last minute".
Tapi selambat-lambat aku, masih ramai yang lebih lambat daripada aku. Tahun lepas, pada pagi raya, aku tunggu di luar surau bermula jam 7.30 pagi. Kebanyakan yang datang bayar pagi tu, pekerja asing Indonesia. Tiba-tiba datang seorang yang berkereta dan berbaju Melayu lengkap bersamping serta songkok tinggi 1/2 kaki. Dia jumpa aku. Dia bayar kat aku. Masa tu 15 minit lagi akan mula solat sunat Edul Fitri. Nasib baik dia jumpa aku tahun lepas. Kalau tahun ini dia buat lagi macam tu, kemungkinan besar dia gagal bayar sebelum tamat tempoh. Tahun ini, aku balik kampung bini. Harapnya, mamat tu juga balik kampung bini dia. Biasanya di kampung, amil adalah orang tua yang tunggu anak-anak balik kampung. Di tempat aku, amil yang nak balik kampung!
Anda bagaimana? Tunggu pagi raya juga baru hendak tunaikan fitrah? Kalau anda tunaikan zakat fitrah dengan menyerahkan wang atau beras tersebut secara terus kepada golongan penerima zakat, memang ia sesuatu yang menggembirakan si penerima itu. Tapi kalau setakat nak bayar pakai duit kepada amil yang kutip RM4.70 sekepala itu, aku nasihatkan, tak perlu tunggu hingga pagi raya. Duit-duit itu semua hanya akan masuk ke akaun pusat zakat bila BSN dah buka lepas cuti raya! Sementara tunggu BSN buka juga, aku terpaksa bawa hasil kutipan aku ke serata negeri yang bakal aku lawat hari raya nanti. Kalau tak bawa tak sedap hati. Takut kena curi. Mampus kena ganti pakai duit sendiri.
Sebelum pergi ke surau untuk persediaan ceramah, pasanglah dulu perangkap tikus di rumah anda. Sesampai di surau, lihatlah buktinya kewujudan manusia yang menganggap sedekah itu ialah.... campak kerusi buruk anda di sini. Ini pula adalah wakaf yang dibina secara gotong royong kira-kira 2 tahun yang lepas. Wakaf ini akan menjadi pentas ceramah. Selain Akhil Hayy yang pernah berceramah di sini tahun lepas, ustaz-ustaz lain yang pernah mengeluarkan suara lantang mereka ialah Datuk Harussaini Mofti Perak, Ir Shaari Sungip dan Dr. Fauzi Deraman. Penceramah yang sangat-sangat "power" seperti Taib Azamudin, Dr Hassan Ali dan yang sejenis dengannya biasanya dibuat di dalam surau sahaja. Bukannya apa... sengaja nak bagi SB-SB yang hadir merasa tidak berapa selesa hehehe. Tempat duduk yang disediakan adalah terhad kerana surau cuma ada lebih kurang 200 kerusi sahaja. Yang lain kena duduk atas tikar jelah nanti. Setelah semua persiapan seperti skrin besar, sistem PA, kerusi meja dan sebagainya selesai, maka acara simbolik membakar bendera Israel telah dibuat sebagai tanda membantah tindakan Yahudi laknat di Lubnan sekarang. Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa peniaga yang membuat persiapan membuka gerai jualan di pintu masuk surau. Selepas solat maghrib, projector dan laptop dipasang berhadapan skrin besar untuk tayangan rayuan derma pembinaan Kidas dan juga powerpoint aktiviti-aktiviti akan datang. Anak-anak aku tidak ketinggalan dalam membuat bayang-bayang di skrin besar tersebut. Selepas isyak, muslimin dan muslimat mula memenuhi Dataran Al-Hidayah. Hampir 9.40 baru Ustaz Akhil Hayy sampai. Rupanya ada kemalangan maut yang menyebabkan kesesakan lalulintas luarbiasa. Penyambut tetamu yang tidak dilantik telah memeriahkan lagi sambutan terhadap Ustaz. Aku memilih untuk berdiri di wakaf sahaja daripada berebut-rebut untuk bersalam dengan ustaz. Dapat juga salam dengan dia sebelum dia naik ke wakaf. Akhil Hayy kurang sihat malam itu. Makanya dia tidak dapat ceramah berdiri. Mujur ada orang yang pernah sedekahkan sofa cantik. Sakit-sakit pun, lebihkurang 2 jam dia berceloteh. Sempat lagi buat mak aku terkenangkan seruan Azan di Mekah yang katanya sebiji seperti yang dilaungkan Akhil Hayy. Dengan tekak yang gatal itupun, masih merdu nyanyian yang dilagukan. Nyanyian yang diselang-selikan dengan ceramah penuh humor membuatkan masa berjalan begitu pantas sekali. Tengah sedap-sedap dengar ceramah, si Abang mengamuk pulak nak balik sebab dia nak membotolsusu. Terpaksalah aku bawa dia balik ke rumah dulu. Selepas aku buat susu dia, aku periksa perangkap tikusku. Yahoooo.. dapat sekali 2 ekor cencorot! Abang pulak sambil membotol, terus lelap. Yang lain masih di surau pula. Mujur anak jiran aku ada di rumah dia dan sanggup menemani Abang dan cencorot dalam sangkar tu. Aku menapak kembali ke surau. Hampir 11.45 malam, ceramah tamat. Rupanya ramai anak kecil yang sudah tertidur termasuklah Kakak dan Adik. Terpaksalah aku dukung si Adik pula dan menapak ke rumah sekali lagi. Masa aku dukung Adik, aku lihat di pentas, sesi otogeraf tak rasmi telah mula berlangsung. Bila aku kembali ke surau 15 minit kemudian, sesi otogeraf itu masih panjang lagi "Q"nya. Mungkin sebab Akhil Hayy baru keluarkan album nasyid yang buat ramai yang mahukan tandatangan beliau pada kulit albumnya. Sambil-sambil diaorang berebut-rebut nak otogeraf tu, sesi ambil gambar ajk surau bersama ustaz pun berjalan. Ambil gambar ikut suka tuan punya kamera hehehe. Rasa macam nak buat simbol rock kapak di belakang kepala Ustaz tapi tak sangguplah pulak. Selesailah sudah ceramah Isra' Mi'raj Surau Al-Hidayah Saujana Utama untuk tahun ini. Bagi yang tak pernah dengar Akhil Hayy ni bernasyid, tekanlah "play" pada klip video di bawah. Pada yang nak dengar rakaman ceramah dia pulak, sila klik sini.
Sebagai penutup entri ini, sama-samalah kita hayati lirik Selimut Putih.
Bila Izrael datang memanggil, Jasad terbujur di pembaringan, Seluruh tubuh akan menggigil, Terbujur badan dan kedinginan.
Tak ada lagi gunanya harta, Kawan karib sanak saudara, Jikalau ada amal di dunia, Itulah hanya pembela kita.
Janganlah mahu disanjung-sanjung, Engkau digelar manusia agung, Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa keranda diusung.
Datang masanya insaflah diri, Selimut putih pembalut badan, Tinggal semua yang dikasihi, Berbaktilah hidup sepanjang zaman.