Raya dah dekat. Biasanya dekat nak raya ni saya akan ditugaskan oleh isteri saya untuk menukar wang kertas di bank untuk dijadikan duit raya. Tahun ini tidak lagi. Bukan bermaksud kami tak bagi duit raya dah tetapi kami dah buat tabung khas untuk simpan duit RM5, RM10 dan RM20 sejak awal tahun lagi. Sebenarnya saya cuma teruskan simpanan sihijau (Duit RM5). Isteri saya yang simpan wang kertas RM10 dan RM20 hehehe.
Jadi...buat pertama kali dalam sejarah hidup saya nak berhari raya....tak perlu guna duit gaji terkini untuk bagi duit raya.....Alhamdulillah.
Sebut pasal gaji, bulan ini gaji gomen dah dapat awal. 9 hb dah masuk dah. Bulan depan...hujung bulan baru masuk seperti biasa. Kalau tak beringat....konfom makan serdak kuih lah 2 minggu lepas raya nanti. Itupun kalau ada lagi lah. Oleh yang demikian.....saya dah bertekad untuk tidak guna duit gaji yang telah diterima awal ini selagi belum 25hb iaitu tarikh ia patut masuk ke akaun jika bukan kerana nak raya ni. Gaji bulan lepas yang masih ada dalam akaun gaji telah dipindahkan ke akaun yang lain. Jadi, sekarang ni saya akan hanya gunakan duit di akaun yang bukan akaun gaji itu. Doakan semoga saya Berjaya!
Selamat Menyambut Eidul Fitri.
Maaf Zahir Batin.
Showing posts with label ucapan. Show all posts

14 Jul 2015
7 Sept 2010
Kod Baru SHRMZB
Kalau boleh aku nak buat kad raya dan tepek kat blog ni.. tapi aku tak reti lah. Aku dah lupa apa yang aku belajar masa kursus satu hari photoshop yang aku pernah hadiri 2 tahun yang lepas. Nak curik orang punya kad raya aku rasa tak kena dan tak syok sebab tak asli dan bukan hasil tangan aku. Oleh itu, tidak adalah tempekan kad raya kat sini. Lagipun, kalau aku penat-penat buat pun, belum tentu lagi ada orang tengok.
Hari ni apa tujuan aku datang opis ni pun aku sendiri tak tahu. Oh.. ya.. pergi ambil surat. Surat pengesahan aku naik pangkat... yehaaaa..... Dalam surat tersebut ada tulis semoga aku tambah rajin buat kerja sebab dah naik pangkat ni. Tengoklah.. kalau aku rajin aku buatlah kerja aku hahaha.
Hari ni juga hari terakhir kerja sebelum cuti raya. Rasa macam nak ke Sogo atau Jalan TAR. Barulah betul ini hari terakhir kerja sebelum cuti raya. Kalau tak buat begitu, rasa macam tak meriah lah raya kali ni. Betul tak puan-puan? Puan-puan di ayat sebelum ni termasuklah bini aku sekali hahaha.
Oh ya.. kalau ada yang masih tercari-cari duit baru untuk dibuat duit raya tetapi tidak sanggup menghadapi kesesakan dalam bank, aku boleh berikan duit RM1 yang bini aku dah tukar dengan banyaknya pada korang. Setiap duit kertas baru bernilai RM100 aku boleh bagi dengan harga RM120....aku cuma mintak upah RM20. Murah bukan berbanding dengan penyeksaan emosi dan mungkin sedikit fizikal hingga ada yang terpaksa bukak posa sebab nak makan panadol untuk menghilangkan sakit kepala memikirkan bank mana yang masih ada lagi duit seringgit baru di hujung-hujung Ramadhan ni.
Akhir sekali..... janganlah bawak keta macam ko sorang jer yang nak raya ya... ehhh hampir terlupa pulak.... SHRMZB.

25 Aug 2010
Birthday Yang Mengantuk
Berat sungguh mata aku masa memandu ke pejabat tadik. Biasanya ada teman kat sebelah.. jadi kalau ngantuk sangat ada yang tolong picit atau cubit untuk hilangkan rasa nak pejam mata tu. Bini takde lah pulakkk. Dan aku telah bertekad untuk tidor dulu bila sampai kat opis ni.
Sebelum nak lelap sekejap, sebagaimana biasa, duduk jer mesti bukak pc dulu. Bila pc dah bukak, mestilah chek email dulu. Mak aiii.. banyaknya ucapan untuk aku di facebook. Mata terus jadi segar dan baca email satu persatu. Sayangnya, aku tak boleh nak bukak FB kat opis ni. Dah masuk hari ketiga FB dilembabkan perjalanannya.... ia tidak diblok terus sebab kalau awal pagi dan lewat petang, FB masih boleh dibuka. Cuma kadar kelembaban FB tersebut akan membuat anda menjadi seperti arnab yang sempat tidor dahulu sebelum si kura-kura sampai.
Oleh kerana aku tak boleh bukak FB sepanjang hari ini, di blog inilah aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas semua ucapan yang diberikan. Tak sangka betul.. ramai yang ingatkan aku lagi. Untuk korang, terimalah sebuah lagu yang aku karang sendiri liriknya :-

Termenung ku sendiri
Mengenangkan bini pergi Sabah
Susahnya aku nak bangun sahur tadik
Hampir-hampir terlajak ke pagi
Di pagi yang mulia
Hati sayu kena hidang sendiri
Biasanya semua makanan dah ready
Tunggu aku di atas meja
Apa nak dibuatttt
Bini aku kena pergi Sabah
Walau di hari lahirku
Dia pergi kerana kerjaaaaaa
Kepada semua teman
Yang sangat-sangat aku sanjungi
Terima kasih atas segala ucapan
Maafkanlah segala kesalahan
Terima kasih atas segala ucapan
Tahun depan buat lagi sekali
24 Dec 2008
Happy New Year
Aku sibukkkk..... cuma nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1430 buat semua. Jumpa lagi tahun depan.... tahun hijrah ya.. bukan tahun masihi.
Ehhh.. 1430 atau 1429 ek?
Ehhh.. 1430 atau 1429 ek?
Subscribe to:
Posts (Atom)