12 Mar 2008

Malaysia Unik

Malaysia memang sah sebuah negara yang sangat unik.

Kuala Lumpur, ibu negara, 9 daripada 10 kerusi parlimen.

10 daripada 13 kerusi parlimen ibu negeri.

Keseluruhannya 19 daripada 23 atau 82.61% kerusi parlimen di pusat pentadbiran negara dan negeri diduduki oleh parti yang menjadi pembangkang di parlimen.

Parti pemerintah menguasai 140 daripada 222 kerusi parlimen atau 63.06% kerusi tetapi jumlah undi untuk mereka hanya 50.xx%.

Unik kan Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Mar 2008

Isteriku Tukar Jantina?

Tahun 2003, aku dan isteri membuat pertukaran alamat mengundi di sebuah pejabat pos di KL ni. Sebabnya.. aku dah ada rumah sendiri dan tempat mengundi sebelum ni di wangsa maju.. tak best.. dapat pangkah sekali jer sebab tiada DUN di KL.

Mykad kami diberi pada kerani Pos. Keyboard ditekan mengisi maklumat mengikut kad yang sangat canggih itu. Chreet.. chreet.. bunyi printer akhirnya kedengaran. Sukanya hati aku sebab dah boleh pangkah 2 kali nanti.

"Tolong tandantangan di sini" kata kerani bertahi lalat di bawah kening itu kepada isteriku. Mata pen pun mula digerakkan oleh buah hati aku menuju ke tempat yang patut ditenyeh tersebut.

"EHHHH!!! Nanti Sayang!.. Sejak bila aku kawin kawin dengan jantan ni?????"

No. ic memang benar no ic isteriku... seorang wanita.... tapi kenapa tertera nama XXXXXX bin Laleh.. seorang lelaki.

Kerani pos tadi terkejut beruk macam kitaorang juga... dan cuba-cuba menghentak-hentak keyboard beliau untuk membetulkan keadaan... tetapi... "Dalam sistem kami memang itulah nama yang ada encik" kedengaran suara hampa beliau yang mungkin takut menjadi mangsa keadaan dimaki aku agaknya.

Aku telah diminta untuk ke pejabat SPR di jalan sultan ismail untuk memperbetulkan nama dan jantina isteri aku. Pertukaran alamat aku sendiri tidak sempat dibuat kerana kerani itu sendiri tak nak buat.. "takut abang pun bertukar jantina jugak" katanya sambil tersengih.

Dipejabat SPR, kami telah diminta duduk di sofa tetamu yang disediakan. Adalah dalam 10 pegawai yang bertungkus lumus mengembalikan kewanitaan isteri aku. Selepas hampir 10 minit, kami telah diberikan borang pertukaran alamat yang menunjukkan nama dan semua details kami dengan betul.

Dan kami dapat mengundi dengan aman pada 2004.

Persoalannya... siapakah xxxxx bin laleh itu? kenapa no ic dia sama macam ic bini aku?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Feb 2008

Kalah Teruk

Tak patut....

Aku kena buat "blow job" di khalayak ramai.

Bini aku pun kena buat jugak.

Tak patut....

Mana logik soalan hunt ada tertinggal perkataan penting!

Tak patut....

5 peserta teratas kena main game tambahan untuk tentukan pemenang. Dorang kena cium dan sedut pulak tu. Malang buat satu couple tu. Lakinya terpaksa pergi amik anak, tinggalkan bini seorang untuk terima hadiah. Tiba-tiba penganjur buat lawak buat game tambahan tu. Takkan si bini nak ajak orang lain ganti tempat laki dia bercium-cium tu! Satu couple lagi dua-dua dah balik.

Tak patut....

Aku tiba di lokasi 10 minit sebelum flag off. Tak sempat dengar briefing dari awal. Sebab yang kecik.... aku terlajak tidur. Sebab UTAMA... ada ROAD BLOCK kat Federal Hiway!

Dan Yang Paling Tak Patut...

Gila babi punya susah lah soalan "Hunt for Ms Yasmin" ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Feb 2008

Contraception Hunt

Aku dah daftar masuk satu treasure hunt pada 16 Febuari ni. Dapat tahu kat blog Michael Pang. Pertama kali akan masuk hunt yang terbuka. Baru kejap tadi bukak website clerk on course - time out solutions - baru terjumpa latar belakang hunt yang aku akan masuk.

The treasure hunt will kick off at Bayer Schering Pharma’s office in Jaya 33, Seksyen 13 Petaling Jaya on Saturday 16th February. The hunt will be a combination of foot and LRT/monorail hunt through the busy streets of Kuala Lumpur (central). This exciting hunt is opened to all couples.

If you like to put your mind to a test and see how much you know about contraception and family planning, this is the hunt for you! By the end of the hunt, you will understand why Bayer Schering Pharma stands firm to the tagline of “By Choice, not by Chance.” Cash prize totaling RM3,000 awaits the top three couples, plus goodie bags for all participants!


Phewww.. nasib baik aku masuk dengan bini aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Jan 2008

Aku Dirasuk "Hunt" Tu

Apalah korang ni.... takda sorang pun yang dapat jawab soalan mudah tu. Tapi takpelah... aku pun tak dapat jugak masa sms hunt tu. Aku dah tulis Levi's tapi tukar kepada VISS pulak.

50E6S

50 = L (nombor roman)

6 = VI (nombor roman)

jadi, bila digabungkan dengan E dan S jadilah LEVIS. Soalan seterusnya adalah.. kenapakah kumpulan aku jawab VISS?

Soalan Bonus untuk kali ini adalah:-

Di galeri makan anda akan jumpa minuman berwarna "Real" mungkin kembar jenamanya.


Oleh kerana ini soalan bonus... aku akan bagi klu tambahan. Sila buka halaman 85 buku "You Want A Gum, Sol-jah?" oleh mamat yang tiap-tiap tahun menang anugerah tu untuk mendapatkan jawapannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Dec 2007

Mari Jumpa-jumpa Jom

Sila "scroll" ke bawah untuk entri terkini sebelum 29 Disember.... kalau adalah haha



Klik kat sini kalau korang nak jumpa aku.

Klik kat sini kalau korang nak calonkan aku hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Dec 2007

SMS Hunt


Sapa boleh jawab soalan ini dalam masa 3 minit.. aku akan bagi hadiah. 50E6S?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...