Hari ni dimulakan dengan kelam kabut. Janji dengan kawan aku 7.30 kat lobi.. pukul 7.24 baru aku terdengar bunyik alarm kat henpon aku. Rupanya lagu utk alarm sedia ada kat henpon baru aku ni adalah lagu utk menyedapkan tidur... slow nak mampus. Mujur aku ni jenis cepat siap.. 7.40 dah ada kat bawah. Bawak makanan banyak untuk sarapan... sudahnya aku sempat cekau 3 pek biskut. Itu jelah sarapan aku. Tadik aku dah tukar alarm guna lagu rock.
Sampai tempat kursus 8.15 pagi. Semuanya 15 orang yang hadir kursus ni. Ada pegawai Bank Negara rupanya yang join sekali. Dapatlah sembang cakap melayu dengan cina kat sini hehehe. Jadi dari Malaysia 3 orang. Orang Indon ada 2 orang, orang Arab Saudi ada 3 orang, Jepun betul 2 orang, datang dari Jepun tapi Mat Saleh ada sorang. Minah Saleh US ada sorang. Filipino sorang, Korean sorang dan cina Hong Kong tapi kerja kat China ada sorang. Ada signage tulis "Tolong jangan duduk dengan orang yang anda kenal". Grup aku, sorang Arab, sorang cina, sorang mat salleh tinggal kat jepun dan sorang melayu dari Malaysia. Yang tukang ajar pulak mat saleh dari US dan Urusetia amoi hong kong.
Kalau nak cerita pasal kursus... bazir masa aku type je kat sini.. korang pergilah mana-mana kursus pun.. lebih kurang sama jelahh.. cuma.. kali ni aku dapat dengar cerita dan masalah-masalah dari perspektif internasional ahh... dah grup pun multi national.... masalahnya pun multi besar ahh jugak. Mat salleh duduk jepun tu pernah berhenti kerja sebagai software engineer dan naik basikal dari UK sampai Jepun. Sampai kat jepun dia jadik cikgu english. Dia bosan tengok PC lama-lama... aku syak dia tak ada akaun facebook macam korang. Kat tempat kerja dia sekarang ada 4 orang staff yang langsung tatau cakap english walau sepatah pun... sebijik macam drebar teksi yang naik dari airport semalam. Kita bagitau nak pergi mana.. dia call kawan dia dan suruh cakap dengan kawan dia tu. Lepas tu dia amik balik henpon untuk dengar kawan dia cakap cina dengan dia. Masalah komunikasi tu.
Masalah utama kat Hong Kong ni ialah nak makanlah kan. Lunch tadik kami dibawa ke Conrad Hotel kat sebelah. Aku belasah jelah apa yang ada kat situ.... dah lapar kan. Daging panggang dia punya menarik aku tengok.. tapi teringat aku kat Hong Kong... terus tak jadik nak mintak sepotong. Mula-mula makan buah dulu.... lepas tu nampak member aku makan nasik beriani udang. Apa lagi.. aku pun sepantas kilat ah carik. Rupanya bukan beriani udang tapi beriani kosong jer. Udang tu amik kat tempat seafood.. udang tu udang rebus. Kalau kat KL dok sibuk pasal restoran kat hotel halal ke tak.... kat sini... belasah jelah seafood yang ada. Tapi aku hati2 jugak. Mamat Indon (muslim) tu tak amik daging tapi selamba jer dia makan salmon with champagne sauce. Rupanya dia jenis kencing pun tak istinjak hehehe. Camna aku tau dia tak istinjak... aku tengok dia kencing tak basuh lah kat urinal.
Makan malam aku makan kat bilik kawan aku. Dia bawak rice cooker yang sangat comel. Sedap sungguh serunding rupanya.... kari ayam Berahim pun lazat gila.... Rewind sikit.. malam semalam kami makan kat kedai sebab on da way balik hotel ternampak kedai ada logo halal. Kedai New Delhi. Ada halal tapi jual arak! Sebab aku memang dah tahu pasal halal tapi ada arak ni... aku belasah jelah... makan beriani udang. HKD72 sepinggan. Nasib baik mintak yang mild.. kalau mintak yang spicy.. aku tatau ahh boleh makan ke tak... mild pun pedas. Pedas dia lain macam ahhh tapi puas hati sebab udang banyak. Lepas ni tak makan kat kedai dah... nanti tak cukup duit nak beli key chain dan magnet peti ais nak bagi kat korang pulak.
Pasal magnet peti ais... tadik aku dah jumpa perangai orang Hong Kong yang sangat bodoh. Gerai tu berdepan. Aku nak tengok2 jer. Aku pergi gerai kiri, kawan aku pergi belah kanan. Sambil cakap dengan aku, dia tarik tangan kawan aku suruh tengok gerai dia jugak. Tapi kawan aku tak pergi kat gerai dia. Kawan aku pegang magnet kat gerai depan tu... aku pun tanya ahh magnet kat gerai minah bodoh tu berapa. Tanda harga tunjuk HKD10 tapi sebab kawan awak tak nak datang sini saya bagi HKD7. Pulakkk... aku pun bagitau ahhh kat kawan aku kat situ murah... dia tak bagi kawan aku tengok... dia kata dia nak jual kat aku jer. Kawan aku tak boleh beli dengan dia. Bangang punya nyonya! Rupa-rupanya............... dia ada niat nak tipu aku. Aku nak beli 50... nyonya tu buat-buat baik masukkan dalam plastik dan kata bagi extra 2.... tapi ada satu longgok yang aku dah pilih dia tak masukkan... aku suruh dia kira balik... oohhh... longgok ni pun sekali lahh.. kata nyonya tu. Kena hati2 sebab dorang sengaja buat2 salah kira dan "terletakkan" benda yang kita beli kat luar beg plastik. Nak tipu orang punya pasal... last2 dia yang hampir bagi aku extra 10 keping. Aku kira dalam hati dah cukup 50 tapi dia dok masukkan lagi... dalam hati aku memang nak belasah jer amik extra 10 keping tu sebab dia memang cuba nak tipu aku.. biar dia pening masa nak tutup akaun dia untuk malam ni. Tetiba dia kira balik... hehehe.. kali ni dia bagi jumlah yang betul sebab dah kantoi.
Kalau korang nak tengok gambar.. sila tengok kat facebook aku. Malas nak upload kat blog ni lah. Kat FB senang. Kalau ada yang belum jadi friend aku kat FB.. silalah add aku sebagai friend dan letakkan message... saya ingin sangat berkawan dengan en lanrambai sebab saya nak tengok gambar en lanrambai dengan Jacky Chan. Aku akan accept seberapa cepat yang mungkin.
Orait. Habis bab 2. See you in bab 3 esok. Babaiii... eh baru teringat... tadik aku jumpa kasut murah.. dalam RM20 jer... tapi tak jadi nak belek sebab brand kasut tu BABILA.
No comments:
Post a Comment