16 Dec 2010

Kaya Bangang

Aku tak paham. Lighter aku dirampas semasa hendak memasuki stadium. Aku nampak ada anak kecil diminta membuang botol air minuman yang dipegang. Beg plastik yang aku bawa turut diperiksa. Semua ini atas alasan faktor keselamatan. TETAPI.... mengapa ada air minuman dalam botol yang dijual dalam stadium? Siapa yang benarkan mereka jual benda "terlarang" ni? Atau soalan yang mungkin lebih tepat.... Siapa yang makan rasuah burger sebiji dan air sebotol lantas membenarkan air dalam botol ini dibawa masuk ke dalam stadium? Dan siapa pulak yang dapat habuan semasa mercun diselinap masuk?

Sekarang ni kita sedang bergembira atas kejayaan Malaysia menewaskan Vietnam 2-0 malam tadi. Andai kata... botol yang dibaling ke pembantu pengadil (atau lebih dikenali sebagai penjaga garisan) tepat mengenai kepala beliau, aku rasa... bukan setakat perlawanan akan dibatalkan.. malah Malaysia mungkin akan digantung dari menjadi tuan rumah perlawanan bolasepak antarabangsa untuk seketika. Mujur dalam banyak-banyak botol yang dilempar, hanya satu yang terkena bahu pembantu pengadil tersebut. Entah apa yang dimarahkan sangat pada tukang jaga garisan sambil memegang bendera itu.. entahlah.

Orang Malaysia ni pelik.... marahkan pengadil - baling botol air, marahkan tukang pegang bendera atas garisan - baling botol air, marahkan pemain Vietnam takek kaki pemain Malaysia - baling botol air, marahkan pemain sendiri terlepas tahan bola - baling botol air....... MALAYSIA JARINGKAN GOL................ BALING BOTOL AIR JUGAK!!!!! Air tu bukan murah wei.... RM2-RM3 sebotol.... kaya betul dorang ni..... dah lah kaya.. bangang pulak tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

Unknown said...

nasib baik ciklan ada kat stadium malam tadikan....

tapi mmg bangang pun sapa yang baling botol air tu... dahlah air banyak lagi dalam tu... mmglah bangang... banyak sangat duit agaknya!!

apai said...

dlm botol air tu bukannya air mineral .... mungkin air kencing penonton .... maklumlah, tandas jauh ....

d' azali said...

huahaha.. lepas komen ni nk crik botol air lah..nk baling2 jgak