Showing posts with label bangang. Show all posts
Showing posts with label bangang. Show all posts

16 Dec 2010

Kaya Bangang

Aku tak paham. Lighter aku dirampas semasa hendak memasuki stadium. Aku nampak ada anak kecil diminta membuang botol air minuman yang dipegang. Beg plastik yang aku bawa turut diperiksa. Semua ini atas alasan faktor keselamatan. TETAPI.... mengapa ada air minuman dalam botol yang dijual dalam stadium? Siapa yang benarkan mereka jual benda "terlarang" ni? Atau soalan yang mungkin lebih tepat.... Siapa yang makan rasuah burger sebiji dan air sebotol lantas membenarkan air dalam botol ini dibawa masuk ke dalam stadium? Dan siapa pulak yang dapat habuan semasa mercun diselinap masuk?

Sekarang ni kita sedang bergembira atas kejayaan Malaysia menewaskan Vietnam 2-0 malam tadi. Andai kata... botol yang dibaling ke pembantu pengadil (atau lebih dikenali sebagai penjaga garisan) tepat mengenai kepala beliau, aku rasa... bukan setakat perlawanan akan dibatalkan.. malah Malaysia mungkin akan digantung dari menjadi tuan rumah perlawanan bolasepak antarabangsa untuk seketika. Mujur dalam banyak-banyak botol yang dilempar, hanya satu yang terkena bahu pembantu pengadil tersebut. Entah apa yang dimarahkan sangat pada tukang jaga garisan sambil memegang bendera itu.. entahlah.

Orang Malaysia ni pelik.... marahkan pengadil - baling botol air, marahkan tukang pegang bendera atas garisan - baling botol air, marahkan pemain Vietnam takek kaki pemain Malaysia - baling botol air, marahkan pemain sendiri terlepas tahan bola - baling botol air....... MALAYSIA JARINGKAN GOL................ BALING BOTOL AIR JUGAK!!!!! Air tu bukan murah wei.... RM2-RM3 sebotol.... kaya betul dorang ni..... dah lah kaya.. bangang pulak tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Oct 2010

Bini aku tak suka coli

Aku dah tengok video Islamic Fashion Festival tu.... patut ahh cukai pakaian dalam dikurangkan (ke dimasuhkan terus ek?)... model "pakaian yang islamik" tu semuanya tak mampu beli coli!


Aku sengaja pilih perkataan "coli" sebab bini aku tak suka sebutan coli tu hahaha. Dekat-dekat dengan geli katanya.

ps - aku tak letakkan video catwalk tanpa coli tu kat sini atau di FB aku sebab tak mo ada saham edarkan video pompuan tak pakai coli.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Oct 2010

Projek Habiskan Duit Aku

Aku tak setuju dengan cadangan pembinaan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion. Korang setuju ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Feb 2009

Elizabeth Wong Bogel

Dah lama tak update rupanya blog ni. Dah dekat 2 minggu. Maaf kalau ada yang rindu hahaha. Oklah.. sempena ter update nya kembali blog ini... aku persembahkan gambar yang korang tengah cari-cari sekarang ni. Silalah tatap sepuas-puasnya gambar yang Khir Toyo dan Azalina suka sangat ni.


MAAF! KORANG LAMBAT... GAMBAR SUDAH TIADAAAAA


Terdesak benor dorang ni. Ini bukan bogel.. ini gambar Adun tidur terkangkang pakai kain batik!

Kepada semua Adun dan sesiapa yang berhajat nak jadi Adun.. sila pastikan anda tidak terkangkang semasa tidur kerana kangkangan tanpa sedar anda itu mungkin akan menyebabkan anda diklasifikasikan sebagai Adun yang tidak bermoral.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Oct 2008

Negeri Hang Tuah

Ada tak yang tahu bagaimana untuk tukarkan no kad pengenalan kita? Aku nak tukarkan nombor 04 dalam no kad pengenalan aku lahhhh... Bukannya apa.. aku rasa tak sanggup dikaitkan dengan negeri yang bagi "Datuk" pada pelakon yang suka cium leher Aishwarya Rai dan Kajol!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Jul 2008

Aku dah agak

Aku dah agak. Pemimpin kita memang bangang.

Minggu Lepas

Sesiapa yang menyertai perhimpunan haram akan ditembak oleh tentera-tentera yang diimpot khas untuk menggagalkan perarakan haram itu


Hari Ini

Perhimpunan gagal kerana tidak ramai rakyat yang menyertainya


Aku dah agak. Pemimpin kita memang bangang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...