Dah lama tak menulis di sini. Tak sedar dah dekat sebulan. Ok.. ini sambungan kepada Wasiat Bahagian Pertama. Bahagian kedua ni saya nak tulis jawapan kepada soalan yang saya tulis sendiri di bahagian pertama tu.
Hukum Wasiat kepada waris?
Ada hadith yang menegah wasiat kepada waris kerana Allah swt telah tetapkan hak waris mengikut Faraid. Walaubagaimanapun, kalau nak buat wasiat kepada waris juga, silakan. Waris yang berhak yang akan buat keputusan untuk ikut wasiat tersebut atau tidak.Contohnya, kita ada 5 anak tetapi kita nak wasiatkan semua harta pusaka kita kepada anak sulong sahaja. Wasiat tersebut perlu mendapat persetujuan 4 waris yang lain terlebih dahulu. Jika semua setuju, tak ada masalah. Bolehlah diteruskan beri pada seorang sahaja itu. Jika ada waris yang tidak setuju, secara otomatik, waris yang tidak setuju itu layak terima harta pusaka mengikut Faraid. Yang setuju dengan wasiat, maknanya dia setuju lepaskan hak dia lah.
Wang gratuiti terbitan kerana meninggal dunia semasa masih dalam perkhidmatan kerajaan?
Wang ini bukan harta pusaka dan tidak tertakluk kepada Faraid
Takaful/insurans nyawa?
Bergantung kepada jenis penama yang diletakkan dalam polisi. Jika sebagai hibah, penama dapat semua. Jika penama sebagai wasi, penama wajib bahagikan mengikut Faraid.
Mrta rumah?
Rumah yang dilunaskan oleh Takaful/Insurans MRTA atau MLTA dikira sebagai harta pusaka dan tertakluk kepada Faraid.
Hutang piutang?
Sebelum harta pusaka dibahagikan kepada waris samaada mengikut Faraid atau wasiat yang dipersetujui waris atau apa-apa cara yang dipersetujui oleh waris yang berhak, hara pusaka tersebut hendaklah digunakan untuk melangsaikan hutang si mati terlebih dahulu. Hutang ada 2 jenis, hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah. Hutang dengan manusia adalah hutang yang kita perlu bayar pada pemiutang dan cukai pendapatan yang belum dibayar. Hutang dengan Allah adalah seperti zakat yang belum dilunaskan, fidyah yang belum dikeluarkan dan Haji yang belum ditunaikan. Selesaikan hutang dulu baru cerita tentang pembahagian harta ya.
Duit sumbangan orang ramai dan bantuan urus jenazah kakitangan kerajaan?
Terpulang pada waris untuk gunakan. Jika boleh dibayar balik pada pihak yang membayar dahulu kos pengebumian. Seeloknya jika melibatkan anak yatim, serahkan pada anak-anak si mati. Bimbang termakan duit anak yatim kerana sumbangan ini mungkin bagi membantu mereka.
Anak angkat dan Ibu tiri?
Tidak layak mendapat harta pusaka mengikut Faraid. Sekiranya kita mahu pastikan mereka ini mendapat sebahagian daripada harta pusaka kita, kita perlu nyatakan dalam wasiat. Tetapi ia terhad kepada 1/3 daripada keseluruhan harta pusaka. Lebih 1/3 perlu dapat persetujuan waris Faraid terlebh dahulu.
KESIMPULAN
Pada saya harta pusaka adalah salah satu ujian yang sangat besar buat kita. Ada ramai yang gagal kerana tamak. Ada ramai yang gagal kerana tidak amanah. Ada ramai yang makan hak orang lain samaada secara sengaja atau tidak sengaja. Ada ramai yang teraniya kerana hak mereka dinafikan oleh saudara sendiri.
Rancanglah bagaimana dan ke mana harta pusaka kita patut dibelanjakan. Rebutlah peluang untuk terus mendapat pahala dengan menggunakan wasiat. Kita tidak seharusnya hanya memastikan harta kita bekerja untuk kita semasa kita masih hidup sahaja tetapi kita mesti merancang supaya harta kita akan membantu kita semasa di alam kubur dan Akhirat kelak.
Banyak lagi ilmu tentang harta pusaka yang ingin saya kongsikan tetapi bukan di blog ini. Website www.hibahdanwasiat.com sedang dalam proses pembinaan lagi. Saya akan update bila dah siap.
Sekian.
No comments:
Post a Comment