Twitter/X
Tiktok
Semua di atas adalah pembunuh. Pembunuh blog ini hahahaha.
Twitter/X
Tiktok
Semua di atas adalah pembunuh. Pembunuh blog ini hahahaha.
Beli plet Sarikei. QRL****.
Ujipandu Polo 28 Julai 2018.
Saja-saja tanya Vento. Ada diskaun RM10,000.00. Model 2017 tambah lagi diskaun RM 9,000.00. Jumlah diskaun RM19,000.00.
Terus bayar deposit RM500.00.
Antara putih dan merah, putih jadi pilihan.
Daftar 31 Julai 2018 rupanya.
7 Ogos 2018 baru ambil kereta.
Antara auto cruise atau keyless entry dan push button start/stop, VW pilih auto cruise.
Ada kakitangan pejabat saya ini yang mampu bayar RM15 ribu untuk deposit rumah. Saya sangat respek dengan dia. Kakitangan sokongan pun mampu kumpul duit semasa masih muda.
Saya semasa muda?
Dulu saya beli rumah sebab deposit cuma RM1 ribu sahaja dan boleh buat loan 100%. Kalau kena deposit banyak macam sekarang, tak beli rumah lah saya.
Akhirnya dah terima kunci Cressida pada 1 Mac 2016.....
Nak jual ke nak duduk?
Kalau nak jual, ada ke yang nak beli dengan harga RM900,000.00?
Kalau nak duduk, mana nak korek minimum RM25,000.00 untuk grille, lampu, kipas, kabinet dapur, awning, ubahsuai kecil dan sebagainya?
Alhamdulillah....buat pertama kali sejak buka akaun tabung haji, tidak ada urusan mengeluarkan duit pada sepanjang tahun 2015. Dulu akaun tabung haji tu dihubungkan dengan kad ATM bank. Buat potongan gaji pun tak guna sebab senang nak keluarkan balik.
Hujung 2014 dah batalkan link pada kad ATM tu. Hasilnya dapatlah dividen banyak sikit hehehe.
Kalau kad ATM anda ada link denagn akaun tabung haji anda, pergi batalkan sekarang!
Syawal pun dah nak habis. Duit raya budak-budak hampir semua dah dimasukkan dalam akaun tabung haji masing-masing. Hari tu saya memang dah bagi tau awal-awal yang hanya 20% sahaja duit raya yang boleh dibelanjakan. 80% simpan.
Tapi. ..lepas kira duit raya...semua terus masuk sampul ikut nama dan yang dah masuk dalam akaun saya tak tolak pun 20% tu. Lupa. Harap-harap tuan punya duit raya pun lupa kihkihkih.
Terlanjur dah ke tabung haji tu. ...terus daftarkan untuk mereka naik haji. Tahun jangka dapat pergi haji ialah tahun 2084! Sempat lah si kakak berumur 85 tahun baru dapat. Kalau tunggu dah bekerja baru daftar sendiri....mungkin sampai umur 124 tahun baru dapat agaknya.
Saya juga dapat rezeki terpijak yang tak disangka-sangka. Bank Islam nak bagi saya kad petrol bernilai RM1,000! Alhamdulillah.....bolehlah jadi orang minyak untuk dua tiga bulan ni kihkihkih.
Khamis lepas Ainur warded di PMC. Kami tak ambik insurans medical card jadi bayar sendiri. Duduk 2 malam kena RM2500....phewwww.
Tengok pada bil, harga bilik RM95 sahaja satu malam. Yang mahal ialah benda-benda remeh yang kita boleh beli sendiri dengan murah di tempat lain. Yang juga mahal tetapi saya rasa berpatutan adalah kos rawatan dan bayaran puan doktor.
Walaupun perlu bayar sendiri kos Ainur masuk wad ini, saya tetap tak akan beli medical card.
Sekian.
Errr....siapa ada vakum? Nak pinjam. Berhabuk gila blog ni huhuhu.
9.40 malam 12 Februari 2015.
Semoga Allah permudahkan jalan beliau ke syurga.
Dulu....Saya pernah cuba buka akaun simpanan di sebuah bank terkemuka di Malaysia. Rupanya saya telah disenaraihitamkan oleh bank tersebut kerana menjadi penjamin kepada orang yang tak reti bayar hutangnya.
Tahun lepas, masa saya beli kereta, jurujual kereta tersebut telah menghantar permohonan pinjaman kereta saya ke bank tersebut. Saya biarkan sahaja. Takkan saya nak beritahu saya ni bawah senarai hitam. Lagipun, saya pun nak tahu juga kot kot dah jadi putih balik ke. Tak lama lepas hantar permohonan, jurujual kata boleh dating tandatangan perjanjian kerana pinjaman kereta saya dah lulus. Wahhh.. saya sudah tidak hitam lagi...yehaaaa. Sekarang ni, pinjaman tersebut saya dah selesaikan dah pun sebab saya dah jual semula kereta yang saya beli tu.
Oleh kerana saya yakin saya dah jadi putih, saya bercadang nak buka akaun semasa di bank tersebut sebab ramai orang yang berurusan secara online menggunakan khidmat bank tu. Dah lama cadang pun tapi baru hari ini sempat hantar borang buka akaun. Itupun isteri saya yang hantarkan. Tengahari tadi dapat sms daripada isteri saya...Saya masih hitam lagi rupanya!
Betul kata orang....bank buat duit dengan cara bagi orang pinjam duit, bukan dengan duit yang orang simpan. Bagi pinjaman akan dapat pulangan melalui keuntungan atau faedah. Bagi orang simpan duit, bank kena bayar keuntungan atau faedah pada penyimpan pula. Lagipun, akaun simpanan atau semasa ni biasanya tempat duit duduk sekejap sahaja. Hari ini masuk gaji, kalau lepas seminggu masih ada separuh dalam akaun.... itu dah boleh jadi salah satu benda pelik di dunia kihkihkih.