11 Jul 2008

Petikan dari entri terpanjang sepanjang zaman aku berblog ni.

Pada suatu masa dahulu…. Aku cuba nak ngorat budak junior aku... tapi….ngoratan aku gagal sepanjang aku study dulu. Namun, masa aku dah kerja kat KL dan dia masih belajar kat JB, aku yang gigih berusaha ini tetap cuba nak ngorat dia.


Dunia ini memang kecil. Tadi aku jumpa dia. Hampir 13 tahun tak pernah bertembung di mana-mana, tetiba dia muncul kat opis aku ni. Emmmm....


Kalau rajin bacalah Kisah Jiwang Karat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Jul 2008

Aku dah agak

Aku dah agak. Pemimpin kita memang bangang.

Minggu Lepas

Sesiapa yang menyertai perhimpunan haram akan ditembak oleh tentera-tentera yang diimpot khas untuk menggagalkan perarakan haram itu


Hari Ini

Perhimpunan gagal kerana tidak ramai rakyat yang menyertainya


Aku dah agak. Pemimpin kita memang bangang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Jun 2008

Menjelang 10 tahun

Aku nikah 28 Jun 1998. Hari ini 27 Jun 2008. Tepat 24 jam dari sekarang genap 10 tahun aku jadi laki orang.

Masa berkawan - setan dok cucuk "Kawan pompuan mesti ramai".
Masa bertunang - setan dok suruh pikirkan balik "Adakah dia calon terbaik?".
Masa bernikah - setan dok usik "Dah nikah tak semestinya ke akhir hayat kan..kan..kan"
Masa beranak - setan dok cadang "Masa ni kalau ada yang lain... tak payah puasa 100 hari!"
Masa beranak-pinak - setan dok bising "Bini ko ni sibuk layan anak dia je... takda masa untuk ko!"
Masa bergaduh - setan dok bisik "Nak buat apa pujuk.. bini ko yang buat salah"

"Ya Allah... kuatkanlah imanku dan tetapkanlah hatiku dalam menghadapi godaan iblis dan syaitan yang sentiasa benci dengan kebahagiaan berkeluarga hamba-hambamu"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Jun 2008

Kemalu-maluan

Confirm!!!!

Mamat ni memang pemalu yang amat!

Semua soalan aku tak dijawabnya. Anak berapa? Bini berapa? Umur berapa? Semuanya dijawab - biarlah menjadi teka-teki semua orang.

Sampai aku sedang jawab telefon pun ditutup mukanya takut-takut gambarnya diambil curi!

Ada satu lagi yang dapat aku "confirm"kan hari ni.

Semangat memblog aku semakin hilang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 May 2008

Diet

Dua bulan lepas aku sakit gigi. Pergi klinik nak cabut tapi doktor kata kalau tengah sakit tak boleh cabut gigi. Makan antibiotik dulu, dah hilang sakit baru datang balik untuk cabut.

Isnin lepas aku bawak bini ke klinik. Terlanjur dah ke klinik tu aku ke klinik gigi berdekatan. Gigi aku tak sakit jadi sebelum sakit tu datang balik, baik aku cabut dulu.

Dekat setengah jam doktor perempuan tu berhempas pulas pulas kiri, pulas kanan, korek sana, korek sinun tapi gigi aku masih kuat lagi terbenam dalam gusi. "Encik kena datang balik lah dua minggu lagi kalau macam ni. Nak kena buat pembedahan sikit kalau masih tak boleh cabut."

Klinik gigi kerajaan memang suka kalau kita datang selalu. Itu sebabnya doktor tak boleh selesaikan gigi aku masa tu jugak. 20 Mei baru boleh datang balik untuk cuba cabut lagi. Kalau tak boleh juga barulah diusahakan cara lain. Akibatnya 2 hari aku demam dan dah 5 hari susah nak makan.

Tengahari tadi ada minah tegur aku.... "En. Lan nampak kurus sikitlah"

Tiba-tiba aku dapat idea bagaimana nak membantu bini aku diet cara berkesan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 May 2008

Akhil Hayy Datang Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Apr 2008

BABI SELANGOR

Maaflah lama tak updet blog ni. Baru ari ni jumpa gambar yang sesuai nak letak hehehe... lihatlah dunia...




gambar ni dicilok dari blog yang mencilok dari malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...