27 Sept 2006

Kisah Jiwang Karat 3

Bini aku pernah buat aku merana di bulan puasa macam sekarang. Aku kata jangan, dia kata dia nak jugak. Aku kata, buat kat sini cukuplah. Dia kata dia nak buat kat sana jugak. Kat sini dah biasa sangat dah. Dia dah muak. Dia mahukan kelainan. Dia mahukan suasana yang lebih "thrill". Lebih sukar untuk menamatkan. Lebih banyak rintangan dan hasilnya pasti akan lebih manis.

Akhirnya, dia pergi. Bulan puasa itu, berat aku turun lebih banyak dari bulan-bulan puasa sebelumnya.

Aku pernah buat bini aku merana di bulan puasa macam sekarang. Dia kata, janganlah buat dia tukar fikiran. Aku kata, kalau dia tukar fikiran lagi bagus. Dia kata, dia dah buat keputusan untuk pergi sebelum dia jumpa aku. Aku kata, kini dia dah jumpa aku dia patut kena timbangkan balik keputusan itu. Dia kata aku hanya buat hal seminggu dua sebelum dia pergi ini. Aku kata, seminggu dua ini baru aku pasti akan merana bila dia tak ada.

Akhirnya, dia pergi. Bulan puasa itu, berat badan dia bertambah lebih banyak dari bulan-bulan puasa sebelumnya.


Kalau rajin sila baca :-
Kisah Jiwang Karat
Kisah Jiwang Karat 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: