25 Jan 2007

Anak-anak-anak-anak

Anak Sulong. 3.25 kg.

Satu hari sebelum tarikh dijangka bersalin, bini aku cakap baby dalam perot tak banyak bergerak. Kami terus ke Hospital Segamat petang itu. "Bila due date nak beranak ni?" soalan pertama yang diajukan ketika tiba di Dewan Bersalin. "Besok" jawab kami serentak. Bini aku terus diarahkan masuk wad. 3 hari kemudian selepas di "induce" kali ketiga, lahirlah anak sulong aku betul-betul di depan mata.

Anak Kedua. 4.01 kg.

Masa check-up ketika waktu jangka bersalin sangat hampir, doktor pesan "kalau selepas 10 hari selepas due date masih tak sakit lagi, awak kena masuk wad ya." Aku dan bini patuh cakap doktor. Tepat 10 hari, tak beranak-beranak juga, kami ke Dewan Bersalin Hospital Kuala Lumpur. Malam itu juga bini aku di "induce". Sakit 2, 3 jam lepas tu hilang balik. Malam esoknya, bukan takat di "induce" lagi malah dipecahkan tuban secara paksa. Aku tunggu di luar dewan bersalin. Oleh kerana no henpon aku sudah diberikan kepada jururawat, aku amik keputusan lepak dalam kereta sebab pinggang aku sakit. Lepak punya lepak, sedar-sedar dah siang. Dekat pukul 9 pagi dah. Aku gosok-gosok buang taik mata dan terus ke kedai serbaguna, beli roti dan tunjuk kat pak gad.. "Nak antar barang kejap pakcik". Masuk ke wad, bini aku dah takda kat katil. Tanya nurse, dah bersalin rupanya. Caesarian kecemasan sebab baby besar dan tak boleh keluar. Baby dah ada di wad tapi ibu masih di bilik bedah lagi. Azankan baby dan 2 jam kemudian baru bini aku balik ke wad.

Anak Ketiga. 3.95 kg.

Masa check-up ketika waktu jangka bersalin sangat hampir, doktor pesan "kalau selepas 10 hari selepas due date masih tak sakit lagi, awak kena masuk wad ya." Aku dan bini patuh cakap doktor. Tepat 10 hari, tak beranak-beranak juga, kami ke Dewan Bersalin Hospital Selayang pula. Duduk lepak di tempat menunggu dewan bersalin tu dari pukul 10 pagi sampai petang. Tunggu katil kosong baru boleh masuk wad. Aku lepak di wad sampai habis waktu melawat. Sebelum balik ke rumah, aku pesan kat bini, telepon kalau ada apa-apa perkembangan. Aku balik rumah dan tidor nyenyak ditemani 2 anak aku yang masa tu sorang umur 3 tahun 4 bulan dan sorang lagi 2 tahun 15 hari. Besok pagi, dalam pukul 9 aku dah sampai di Hospital Selayang. dan terus ke kedai serbaguna, beli roti dan tunjuk kat pak gad.. "Nak antar barang kejap pakcik". Masuk ke wad, bini aku dah takda kat katil. Tanya nurse, belum balik dari dewan bersalin. Laaaa.... terlepas lagi nak duduk sebelah. Aku keluar balik nak pergi ke dewan bersalin terjumpa nurse sorong pesakit menuju ke wad. Bini aku rupanya. Caesarian kecemasan lagi sebab baby tak boleh keluar jugak.

Anak Keempat. 3.35 kg.

Doktor terus tetapkan tarikh untuk bedah sebab dah dua kali caesarian kecemasan. 3 minggu awal dari tarikh jangkaan bersalin. 17 Januari masuk wad. Tengah malam tu kena posa. Tak da "induce-induce" lagi. Pagi 18 Januari, jam 8.30 terus dibawa ke dewan bedah. Aku sampai ke wad tepat pada masanya dan dapat iringi bini aku sampai ke ruang maksimum yang aku boleh masuk. Bila bini aku dah masuk ke dalam, aku pergi sarapan. Sejam kemudian, duduk termenung sorang-sorang di tempat menunggu. Ketika hampir terlelap, aku lihat seorang nurse sorong baby. Tak sempat dia tanya, aku dah tanya dia dulu. Sah anak aku. Nurse suruh aku ikut dia ke dewan bersalin dan tunggu di kaunter pendaftaran. Selepas sejam, baru dipanggil masuk dan azankan baby. Lepas azan, disuruh tunggu bini aku di luar wad. 12 tengahari baru bini aku sampai ke wad.

Kesimpulan

Aku tak pernah rasa kelam kabut bawa bini ke hospital untuk bersalin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: