31 Jan 2007

Penat

Kalaulah satu hari nanti aku jadi menteri pelajaran (atau pendidikan... sampai sekarang kerajaan kita masih tak tetap pendirian nak guna yang mana satu selama-lamanya), aku akan pastikan pakaian seragam sekolah sekarang diubah. Jangan risau. Aku bukan hendak membuat satu syarikat pembekal pakaian seragam sekolah yang akan memonopoli pasaran satu Malaysia ini. Aku cuma akan wajibkan baju T putih sahaja. Tak kisah sesiapa pun boleh jadi pembekalnya. Nak beli yang jenis mahal atau murah, terpulanglah pada rakyat. Yang penting, baju sekolah itu tak perlu digosok lagi macam sekarang. Selain daripada mengurangkan tenaga manusia untuk menggosok 10 pasang pakaian seragam setiap minggu untuk seorang pelajar( kalau yang sekolah pagi dan petang macam anak aku), bayangkan berapa banyak tenaga elektrik yang dapat dijimatkan.

Tapi.. aku takut, menteri tenaga pada masa tu marah kat aku pulak kot sebab TNB kurang masyukkkkkkkkkkk.

Ps.. dan kalau boleh, aku berharap PM pada masa tu benarkan pegawai kerajaan juga guna pakaian yang tak perlu digosok. Penat lah weiiii...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: